Now Reading
[Video] Isu Persenda OKU, Restoran Steamboat Tampil Mohon Maaf

[Video] Isu Persenda OKU, Restoran Steamboat Tampil Mohon Maaf

Video promosi restoran tersebut mula menjadi perhatian apabila dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan golongan OKU.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam menarik pelanggan dan melariskan produk. Antara kaedah yang paling popular pada ketika ini adalah dengan menggunakan platform media sosial seperti TikTok.

Kebanyakan peniaga pada masa kini dilihat mahir membuat dan memuat naik video kreatif mereka menggunakan medium tersebut bagi menarik pelanggan.

Namun, ada segelintir pengguna media sosial merasakan video promosi sesetengah peniaga dilihat tidak sensitif kerana seolah-olah menghina ciptaan Allah SWT.

Keadaan ini membuatkan netizen berang hingga mereka bertindak mengecam dan mahu memboikot perniagaan seseorang itu.

Mohon Maaf Selepas Dikecam Gara-Gara Video Promosi

Begitulah yang berlaku terhadap sebuah restoran apabila video promosinya mendapat kecaman orang ramai kerana didakwa menghina orang kurang upaya (OKU).

Susulan daripada itu, restoran yang dikenali sebagai Achik Steamboat dan Shellout Jitra, Kedah tampil memberi penjelasan berhubung promosi berkenaan menerusi satu video di akaun TikTok @achiksteamboat_shellout.

Menerusi video tersebut, pihak restoran memohon maaf dan menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mengejek golongan istimewa.

Namun, ia hanyalah sekadar mengikut trend yang sedang tular di TikTok pada ketika ini.

“Saya Siti mewakili staf Achik Steamboat ingin memohon maaf kepada semua netizen di luar sana tentang video ini, yang sekarang tengah viral sangat, yang cakap kami menghina dan mengejek OKU.

“Kami memang tiada niat langsung untuk menghina atau mengejek OKU. Kami hanya meniru konten yang tengah viral.

“Jadi, hari ini kami ingin beri penjelasan, kami memang tiada niat langsung. Jangan fikir (yang) negatif, kami memang tiada niat, kami hanya tiru konten.

“Saya harap netizen di luar sana faham penjelasan saya,” jelasnya.

Melalui video permohonan maaf itu, restoran berkenaan turut menunjukkan contoh konten yang diikuti oleh mereka di TikTok.

https://www.tiktok.com/@achiksteamboat_shellout/video/7397378835919949063

Trend Rupanya Popular Di Indonesia

Menerusi semakan kami, video promosi asal telah pun dipadam di akaun TikTok restoran berkenaan.

Carian kami juga mendapati memang wujudnya trend TikTok berkenaan namun kebanyakannya di negara jiran, Indonesia.

https://www.tiktok.com/@warkop.bellavista/video/7372105066293071110
https://www.tiktok.com/@sidoagungkroya/video/7382800768316869894

Pengguna Media Sosial Beri Nasihat, Mohon Tidak Ulangi Perkara Sama

Video permohonan maaf itu nyata menarik perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat tidak dapat menerima permohonan maaf dan penjelasan restoran terbabit.

Namun, ada juga yang dapat menerima serta memberi pesanan agar kedai makan berkenaan berhati-hati dan tidak semudahnya mengikut konten sedemikian di masa hadapan.

Golongan OKU Anggap Video Tidak Sesuai Dijadikan Promosi

Terdahulu, video promosi Restoran Achik Steamboat dan Shellout menjadi perhatian dan mendapat kecaman selepas ia dilihat seolah-olah mengejek dan menghina golongan istimewa.

Video promosi tersebut mula menjadi perhatian apabila dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan golongan OKU.

Jelas pengguna yang dikenali sebagai Amir Azam, kandungan video itu tidak sepatutnya dijadikan contoh apalagi untuk dijadikan sebagai bahan promosi.

“Dah normal tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun Achik Steamboat dan Shellout, saya harap boleh padam video berkaitan, mengejek-ngejek fizikal seseorang individu OKU. Isu sensitiviti OKU.

“Jadi, saya harap content yang macam ni tidak patut ditunjukkan contoh kepada umum. Bahkan lagi untuk mempromosikan kedai anda, tempat untuk mencari rezeki,” kata Amir.

https://www.tiktok.com/@amirazam94/video/7397026019380563201

Berikut merupakan komen pengguna TikTok:

“Maaflah Kalau Kasar, Sebelum Nak Tiru Konten Pun, Fikir Dulu Sebelum Buat”

“Lepas Ni Aware La Sikit, Please Ada Common Sense. Kita Dah 2024 Kot, Semua Pandai Fikir”

“Tak Pe Maafkanlah Ye Semua, Jangan Buat Lagi, Buat Konten Tak Kisah Tapi Jangan Sampai Mengejek Fizikal OKU”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kak Long 7E Buat Hal Lagi. Kali Ini Didakwa ‘Berlakon’ OKU Pula

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Individu Persenda Golongan OKU Dalam Video Viral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd