Now Reading
[Video] Myvi Huyung-Hayang Atas Jalan, Pemandu Warga Emas Diserang Hipoglisemia Di Kelantan

[Video] Myvi Huyung-Hayang Atas Jalan, Pemandu Warga Emas Diserang Hipoglisemia Di Kelantan

Pemandu tersebut telah terkena serangan hipoglisemia, iaitu kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan matanya kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular satu video di TikTok Hazaini Universal (@benjim999) menyaksikan sebuah kereta Myvi bewarna putih yang terhuyung-hayang di jalan raya.

Insiden yang berlaku di Kota Bahru, Kelantan itu telah dirakam oleh seorang individu dari sebuah kereta lain yang mengekori Myvi tersebut.


Pasangan Ekori Myvi Putih

Mereka telah membunyikan hon tanpa henti, namun pemandu kereta putih itu tidak menghentikan kenderaannya, malah sehingga hampir melanggar kenderaan dari arah bertentangan.

Walaupun tidak dihiraukan, mereka masih membunyikan hon dan mengekori kereta tersebut kerana risau dengan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Melihat keadaan itu, pengguna TikTok mempersoalkan sama ada pemandu kereta itu tertidur ataupun sakit.

@benjim999

Dah perasan cara drive dia ke kiri kanan so kami horn non stop tapi tak berhenti ke tepi. Hampir nak kena langgar. Risaukan keselamatan orang lain jugak

♬ original sound – HAZAINI UNIVERSAL – HAZAINI UNIVERSAL

Pemandu Warga Emas Kena Serangan Hipoglisemia

Dalam satu hantaran lain, Haizani menjelaskan bahawa kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki warga emas ketika itu.

Katanya dia telah terkena serangan hipoglisemia, iaitu kekurangan gula dalam darah, sehingga menyebabkan matanya kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas.

Menurut Haizani, warga emas itu baru sahaja keluar daripada wad dua hingga empat hari lalu akibat kencing manis. Difahamkan bahawa pengambilan ubat-ubatan kencing manis boleh mengakibatkan serangan hipoglisemia tersebut.


Pemandu Tak Dengar Bunyi Hon & Tak Sedar Ditegur Anak

Menerusi video terbabit, kedengaran lelaki warga emas itu berkata dia berasa pening. Warga emas itu difahamkan berada dalam keadaan separa sedar ketika insiden tersebut berlaku.

Pemandu tersebut menjelaskan dia tidak menghentikan kenderaan kerana tidak mendengar sebarang bunyi hon.

Pemandu warga emas terbabit telah ditemani oleh seorang anak perempuan yang berada di tempat duduk belakang. Remaja berumur 17 tahun itu berkata dia telah menepuk bahu ayahnya dan meminta untuk menghentikan kenderaan, tetapi tidak didengari lelaki itu.

Dalam pada itu, pasangan yang mengekori mereka telah membantu untuk menghantar kedua beranak itu pulang dengan selamat.

https://www.tiktok.com/@benjim999/video/7396844979076844816

Orang Ramai Puji Tindakan Pasangan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan memuji tindakan pasangan terbabit yang sanggup membantu pemandu warga emas itu.

Beberapa individu juga menerangkan bahawa pesakit yang diserang hipoglisemia boleh diberi makan sesuatu yang manis sebagai rawatan awal.

Hazaini walau bagaimanapun berkata mereka tidak mempunyai pengalaman dan memilih untuk menghantar lelaki itu pulang ke rumah terus.

Dalam pada itu, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman melihat ahli keluarga yang diserang hipoglisemia. Ada pesakit yang pertuturannya menjadi tidak masuk akal, malah sehingga pengsan.


Mata Kabur Simptom Hipoglisemia Yang Teruk

Menurut lelaki warga emas itu, dia memandu sedemikian kerana berasa pening dan tidak jelas penglihatannya. Penglihatan yang kabur merupakan antara simptom hipoglisemia yang sudah teruk. Simptom lain termasuk:

  • Kebingungan atau tingkah laku yang lain daripada biasa
  • Kehilangan koordinasi
  • Sukar bercakap atau percakapan tidak jelas
  • Tidak boleh makan atau minum
  • Otot lemah
  • Rasa mengantuk

Merujuk kepada Mayo Clinic, seseorang boleh mengalami sawan, pengsan, malah sehingga meragut nyawa dalam serangan hipoglisemia yang lebih serius.

Hipoglisemia juga boleh dikenal pasti melalui simptom awal seperti:

  • Kelihatan pucat
  • Badan bergetas
  • Pening kepala
  • Berpeluh
  • Lapar atau mual
  • Degupan jantung tidak sekata atau laju
  • Sukar berikan fokus
  • Rasa lemah dan penat
  • Rasa mudah marah atau gelisah
  • Sakit kepala
  • Rasa kebas pada bibir, lidah atau pipi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes

Baca Artikel Berkaitan: Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda


Beri Pesakit Sedikit Makanan Atau Minuman Manis

Simptom glisemia yang tidak serius boleh dirawat dengan mudah di rumah. Hanya ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Beri pesakit sedikit makanan atau minuman manis seperti jus buah-buahan, madu atau gula-gula.
  2. Semak tahap gula dalam darah 15 minit setelah diberi makan atau minum. Tahap normal gula dalam darah ialah lebih 70 mg/dL (3.9 mmol/L). Berikan makanan atau minuman manis lagi jika tahap ini masih rendah.
  3. Setelah tahap gula dalam darah berada dalam julat normal, beri pesakit makanan yang sihat untuk mengelakkan berlakunya penurunan gula dan menambah semula simpanan glikogen dalam badan.

Bagi pesakit yang mendapat rawatan insulin, boleh juga berikan suntikan glikogen yang kebiasaannya disediakan bagi situasi kecemasan. Jika tiada dan pesakit telah pengsan, dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

Baca Artikel Berkaitan: “Susah Ke Nak Jaga Kesihatan?” – Ramai Persoal Pelanggan Rela Beratur Panjang Demi Slime Cheese


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd