Now Reading
Mokky’s Pizza X PMC: Kolaborasi Kedai Piza Dengan Jenama Streetwear Tempatan Hasilkan T-Shirt

Mokky’s Pizza X PMC: Kolaborasi Kedai Piza Dengan Jenama Streetwear Tempatan Hasilkan T-Shirt

Mokky’s Pizza & Coffee yang baru sahaja membuka cawangan kedua di Bukit Tunku, menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan menjelang 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mokky’s Pizza & Coffee merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat piza di Lembah Klang. Ditubuhkan pada tahun 2022 dan didorong oleh usaha kolaboratif empat rakan kongsi, Mokky’s kini telah mempunyai dua cawangan dengan yang pertamanya di Bukit Jelutong, dan terbaharu di Bukit Tunku.

Pizeria itu melangkah satu kaki ke hadapan apabila kini tampil dengan idea baru dan berkolaborasi dengan jenama streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC).


150 T-Shirt Eksklusif Boleh Dibeli Dari Mokky’s Bukit Jelutong

Sebanyak 150 t-shirt eksklusif boleh didapatkan di cawangan Bukit Jelutong pada harga RM119 sehelai bermula Sabtu (27 Julai) ini bermula jam 11 pagi dan selagi stok masih ada. 100 orang pelanggan pertama akan turut menerima keychain edisi Mokky’s x PMC percuma.

Membawa kelainan dan sempena meraikan ‘semangat’ piza itu sendiri, t-shirt tersebut dibungkus di dalam kotak piza yang direka khas oleh PMC.

Kejayaan kolaborasi antara dua syarikat tempatan itu telah diraikan menerusi satu acara tertutup di Mokky’s Bukit Tunku pada 23 Julai lalu. Acara yang dihadiri rakan media, influencer, pelanggan VIP dan rakan-rakan itu turut memberi peluang untuk “Customize Your Own Pizza Toppings” dan “Draw Your Dream Pizza Box.”

Kolaborasi ini menampikan cetakan dan reka bentuk ikonik yang menggabungkan cerita-cerita unik dari sejarah 14 tahun Pestle & Mortar Clothing.

Kolaborasi Raikan Budaya & Komuniti Tempatan

“Kami sangat berbangga dengan projek ini. Kami tidak menyangka dapat menguruskan acara yang begitu berjaya semasa kami meraikan ulang tahun pertama sejak memulakan perniagaan pada Julai 2023. Kami pasti akan menjalin lebih banyak kerjasama pada masa hadapan untuk memastikan jenama kami dikenali secara meluas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mokky’s Food Services, Umar Abdul Aziz.

Menurut Pengasas Bersama Mokky’s Food Services, Muhammad Azfar Abdul Aziz, pemilihan PMC dalam kolaborasi pertama ini ialah kerana syarikat tersebut merupakan pemain utama dalam komuniti streetwear serta mempunyai kehadiran yang kuat.

Melalui kolaborasi ini, kedua-dua syarikat tempatan ini bukan hanya meraikan fesyen, tetapi juga budaya, masakan dan komuniti.


Mokky’s Bawa Piza Gaya New York

Menongkah arus dalam dunia kulinari tempatan, Mokky’s membawa perbezaan menerusi piza gaya New York.

Muhammad Shahmi Shaharudin, yang lebih mesra dengan panggilan Mokky, menjelaskan, “Daya tarikan pizza gaya New York terletak pada keupayaannya untuk menampung lebih banyak topping berbanding pizza Itali tradisional.”

Antara menu popular di Mokky’s termasuk Beef Pepperoni, Alfredo Chicken dan Fake Margherita. Selain piza, kedai makanan itu turut membawa hidangan barat lain seperti spaghetti, chicken wings dan fries.

Bukan sahaja dari segi kulinarinya, Mokky’s turut membawa kelainan dari segi susun atur di pizeria yang ringkas dan seolah-olah membawa gaya kedai di Amerika.

Suasana di Mokky’s Bukit Jelutong

Mokky’s Sasar Jadi Syarikat Tersenarai Awam Menjelang 2028

Kejayaan Mokky’s dalam mengembangkan perniagaannya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Mokky’s memasang hasrat untuk membuka tiga cawangan baharu menjelang tahun 2025, menjadi syarikat tersenarai awam menjelang 2028, dan membuka 108 cawangan di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur menjelang 2030.

Umar Abdul Aziz, CEO Mokky’s & Muhammad Azfar, Pengasas Bersama Mokky’s (kiri) & Hugh, CEO PMC (kanan)

“Walaupun menguasai seni menyediakan pizza yang hebat memerlukan latihan, cabaran sebenar terletak pada memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Komitmen terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan inilah yang memastikan kesetiaan pelanggan,” kata Umar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd