Now Reading
[Video] Gelagat Anjing Dimarahi ‘Ibu’ Kerana Buat Bising Bikin Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Anjing Dimarahi ‘Ibu’ Kerana Buat Bising Bikin Ramai Terhibur

Anjing digelar Rosy itu dimarahi oleh ‘ibu’ yang terganggu dengan salakannya ketika sedang mengajar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu adalah individu yang amat kita hormati, sayangi, dan kadangkala geruni.

Aura wanita ini begitu kuat sampaikan anak-anak boleh berasa gerun hanya apabila namanya dipanggil oleh ibu, apatah lagi dalam nada yang tegas.

Rupa-rupanya, kuasa ibu ini bukan hanya berhasil ke atas manusia, tetapi juga haiwan.


Anjing Tersenyum Lepas Ditegur

Baru-baru ini, satu video dari Instagram yang tular di TikTok (lajubuaikulaju71) menyaksikan seekor anjing yang pada mulanya berbunyi garang dan menyalak beberapa kali terhadap seorang individu.

Menerusi video yang diambil dari akaun Instagram Dr Sneha (@sne0305) itu, kelihatan dia sedang mengangkat tangannya seperti sedang bermain bersama anjing berwarna perang itu.

Namun tidak lama kemudian, seorang wanita telah memanggil anjing tersebut dengan panggilan ‘Rosy’ dalam nada yang tegas.

Mendengar panggilan ini, dia berhenti menyalak dan terdiam seketika sebelum tersenyum lebar hingga ke telinga!


Anjing Seolah Salahkan Orang Lain Kerana Dimarahi

Tidak terhenti di situ, wanita itu kemudiannya kedengaran seperti memarahi Rosy dalam bahasa Telugu.

Lebih menggelikan hati lagi apabila anjing tersebut seolah-olah memarahi pula individu yang merakamnya itu kerana menyebabkan dia dimarahi.

Dia kemudiannya berbaring manja di kaki perakam seperti sedang merajuk.

Individu yang memuat naik video itu menyatakan bahawa ibunya seorang yang lemah lembut, tetapi masih mempunyai sisi seperti seorang ‘gengster’.

Sumber gambar: @sne0305/ Instagram

Ibu Yang Sedang Mengajar Terganggu Dengan Bunyi Rosy

Sneha menjelaskan Rosy sebenarnya berterusan menyalak kerana tidak dibenarkan ‘mengunyah’ tangannya.

Difahamkan ibu Sneha yang sedang mengajar salah seorang adiknya ketika itu berasa terganggu dengan bunyi bising salakan Rosy. Sebab itulah dia menegur anjing itu dan memarahinya.


“Dah Kena Marah Pun Nak Senyum” – Pengguna TikTok

Di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur melihat gelagat comel Rosy. “Tersedak-sedak aku gelak tengok dia senyum,” kata seorang individu.

Ada juga yang berkata anjing tersebut pandai berlakon kerana terus berubah menjadi baik setelah ditegur ‘ibu’.

Malah beberapa individu turut berseloroh bahawa anjing itu pasti menyalahkan individu di hadapannya kerana menyebabkan ia dimarahi.

Ramai juga yang berkata Rosy takut dengan ibunya. “Mak punya aura, baru panggil nama je tu,” kata seorang pengguna TikTok.

Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Video Kucing Sahut Selawat Sebelum Tidur Raih 4.2 Juta Tontonan!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd