Semburan Baygon Berkesan Untuk Halau Ular? Ini Penjelasan PHM
Antara kesan terhadap ular yang terdedah dengan racun serangga tersebut ialah iritasi pada kulit dan mata, gangguan pernafasan serta hilang koordinasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ular merupakan salah seekor haiwan berbahaya dan berbisa yang boleh mendatangkan risiko terhadap orang ramai.
Apabila ular berada di perkarangan rumah atau masuk ke dalam, diingatkan orang ramai agar menelefon pihak berkuasa seperti bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Namun, ada juga individu yang berani mengambil tindakan sendiri untuk menghalau atau membunuh ular seperti mengetuknya menggunakan batang kayu serta menggunakan semburan racun serangga.
Baygon Boleh Sebabkan Iritasi Pada Kulit Ular
Public Health Malaysia (PHM) di Facebook telah berkongsi mengenai penggunaan semburan pembunuh serangga, Baygon jenis ‘Cockroach Control’ dalam menghalau ular.
Menurutnya, semburan tersebut akan menyebabkan iritasi pada kulit dan mata ular. Perkara ini juga boleh menjadikan haiwan reptilia tersebut kehilangan koordinasi.
Dalam kes yang lebih ekstrim, ular turut boleh mengalami kegagalan organ apabila disembur dengan Baygon.
Selain itu, semburan tersebut boleh mengakibatkan gangguan terhadap saraf dan kekejangan serta gangguan pernafasan bagi ular.
Formula Baygon Bukan Untuk Bunuh Ular
PHM turut menyarankan orang ramai agar mendapatkan bantuan profesional apabila berhadapan dengan ular, berbanding mengambil tindakan sendiri.
Di samping itu, PHM menyenaraikan beberapa jenis serangga perosak yang dapat disingkirkan menerusi semburan Baygon merangkumi nyamuk, lalat, semut, lipas, tungau dan kutu.
Tambahnya lagi, formula semburan Baygon tidak dihasilkan untuk digunakan ke atas ular dan kesannya berbeza-beza. Kepekatan formula tersebut tidak akan berhasil untuk membunuh ular, tetapi hanya menyebabkan kesan sampingan.
“Baygon Halau Ular Walaupun Tak Membunuhnya” – Netizen
Menjenguk ke ruangan komen, ramai pengguna Facebook berkongsi pengalaman mereka menggunakan semburan Baygon terhadap ular.
Seorang individu berkata ular yang disembur dengan racun serangga itu telah pengsan sebelum sempat masuk ke rumahnya. Ada juga ular yang segera meninggalkan sesuatu tempat setelah terdedah kepada semburan Baygon.
Malah, ada juga ular yang mati setelah disembur dengan Baygon. Seorang lelaki berkongsi dia pada mulanya menyembur Baygon pada seekor ular sehingga ia kelihatan pening. Dia kemudiannya menyembur lagi ke dalam mulut ular tersebut yang ternganga, menyebabkan haiwan berbahaya itu mati.




Bomba Sarankan Standby Baygon Di Rumah
Di samping itu, beberapa individu turut menerima saranan daripada pihak bomba agar menyediakan semburan Baygon di rumah sekiranya didatangi ular. “Bomba pesan sementara tunggu mereka datang, sembur dari jarak jauh dan selamat untuk elak ular datang pada kita,” kata seorang individu.
Racun serangga ini juga berkesan untuk digunakan ke atas tebuan yang membuat sarang dan digunakan oleh APM.




4 Jenis Bahan Kimia Dalam Semburan Baygon
Dalam satu hantaran lain di TikTok, PHM telah menyenaraikan jenis-jenis racun yang terkandung di dalam semburan Baygon tersebut serta kesannya terhadap serangga dan ular.
#1. Permethrin
Salah satu racun serangga di bawah keluarga piretroid, bahan ini menyerang sistem saraf serangga sehingga ia lumpuh mati. Bagi ular pula, ia akan menyebabkan iritasi dan ketidakselesaan pada kulit dan mata ular.
Walaupun permethrin boleh menyebabkan masalah pernafasan atau keracunan jika digunakan dengan jumlah besar, namun ia tidak direka untuk membunuh haiwan reptilia.
#2. Cypermethrin
Sama seperti permethrin, racun ini akan mengganggu sistem saraf pusat serangga, serta menyebabkan iritasi dan masalah pernafasan pada ular.
National Pesticides Telecommunications Network, cypermethrin juga amat berbahaya terhadap ikan, lebah dan serangga akuatik.

#3. Propoxur
Baygon sebenarnya merupakan nama tanda dagang bagi propoxur. Apabila racun ini disemburkan pada serangga, ia akan menghalang enzim cholinesterase, sekaligus menyebabkan kegagalan saraf dan kematian.
Bagi ular pula, ia boleh menyebabkan keracunan dengan kesan termasuk kegagalan pernafasan dan neuromuskular, jika didedahkan dalam jumlah besar. Namun PHM menegaskan bahawa kepekatan dalam semburan ini biasanya tidak sehingga mematikan ular.
#4. Imiprothrin
Seperti permethrin, bahan kimia ini melumpuhkan dan membunuh serangga melalui gangguan ke atas sistem saraf.
Jika digunakan terhadap ular,ia akan menyebabkan isitasi dan ketidakselesaan, serta kesan toksin jika dalam jumlah yang banyak. Namun kebiasannya ia tidaklah sehingga membunuh haiwan reptilia itu.
@publichealthmsia Benarkah Baygon berkesan untuk menghalau ular? Berikut kami kongsikan penjelasan bahan racun yang terdapat dalam Baygon dan bagaimana ia memberi kesan pada serangga dan ular. . Sebagai kesimpulan, adalah bagus untuk standby baygon untuk membunuh dengan berkesan lipas (sangat cepat!!), nyamuk dan serangga kecil lain.
♬ original sound – naag jogi
Dalam masa sama, seorang pakar kawalan serangga dikenali sebagai Naim mengingatkan orang ramai agar menghadkan penggunaan racun serangga. Ini kerana racun serangga mengandungi piretroid yang boleh mewujudkan risiko masalah perkembangan saraf dalam kanak-kanak.
Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Penggunaan Racun Serangga! Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Saraf Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



