Ayah Rogol Anak OKU 13 Tahun Kini Ditahan, Kantoi Selepas Mangsa Melahirkan Bayi
Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa dipercayai dirogol berkali-kali sejak berusia 12 tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malang sekali apabila seorang bapa yang memegang tanggungjawab melindungi keluarga melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak perempuannya.
Seorang lelaki berusia 45 tahun telah ditahan di Dungun, Terengganu semalam (21 Julai) atas dakwaan merogol anak perempuannya.
Perkara itu terbongkar apabila remaja berumur 13 tahun itu melahirkan bayi sekitar 7 malam hari sama di sebuah klinik kesihatan setelah mengadu sakit perut.
Mangsa Lahirkan Bayi Di Klinik Kesihatan
Mangsa yang juga merupakan seorang kurang upaya (OKU) telah mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dikejarkan oleh ibunya ke klinik kesihatan berdekatan. Doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati remaja tersebut hamil.
Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir.
Dia tidak lama kemudian telah melahirkan seorang bayi perempuan di klinik sama sewaktu rawatan. Mangsa dan bayinya sejurus itu dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut.
Polis Percaya Mangsa Dirogol Sejak 12 Tahun
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, laporan kejadian itu disahkan telah diterima oleh pihak polis.
Polis menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga. Hasil siasatan itu, kita menahan bapa mangsa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir.
Dia juga memaklumkan mangsa dipercayai dirogol berulang kali sejak berusia 12 tahun berdasarkan siasatan awal, lapor Sinar Harian.
Suspek Ada Rekod Dadah
Tambah Maizura, siasatan turut mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas melakukan jenayah rogol.
Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika disabit kesalahan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.