Now Reading
[Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan

[Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan

Cikgu Urut yang juga merupakan seorang perawat tradisional bertauliah berkata teknik ini akan menyebabkan seseorang rasa ingin sendawa dan kentut bagi membuang angin dari dalam badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perut berangin adalah salah satu simptom dialami oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman seperti gastrik dan GERD.

Kadangkala masalah angin ini akan menyebabkan perut menjadi terlalu kembung, malah sehingga mendatangkan kesukaran pada pernafasan.

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan, angin juga boleh dikeluarkan menerusi urutan atau tekanan pada bahagian-bahagian tertentu di badan.


Ini 5 Langkah Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan

Seorang perawat tradisional bertauliah di bawah TCM-KKM, dikenali sebagai Cikgu Urut di TikTok (@cikguurut3), berkongsi lima langkah yang boleh dilakukan bagi mengeluarkan angin dari dalam badan.

Pertama, tekan pada bahagian pelipat antara ibu jari dan jari telunjuk. Lakukan perkara ini sebanyak 20 kali pada kedua-dua belah tangan.

Sumber: @cikguurut3/ TikTok

Kedua, tekan pada bahagian tepi siku menggunakan tiga jari. Sewaktu menekan di bahagian tersebut, anda akan rasa terdapat batang urat.

Sumber: @cikguurut3/ TikTok

Kemudian, tekan di tengah-tengah dada di bawah tulang rusuk dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Cikgu Urut menerangkan terdapat kawasan lembut di bahagian tersebut yang perlu ditekan.

Katanya lagi, apabila menekan di bahagian ini, seseorang akan terasa ingin sendawa. Dia sendiri sendawa kuat apabila melakukan perkara ini!

Sumber: @cikguurut3/ TikTok

Seterusnya, tekupkan sedikit kedua-dua belah tangan bagi menepuk perut beberapa kali.

Akhir sekali, goncangkan perut dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan. Kata Cikgu Urut, mereka yang mempunyai masalah sembelit juga boleh mempraktikkan kaedah ini bagi melancarkan proses membuang air besar.

Sumber: @cikguurut3/ TikTok

Ketika melakukan kesemua langkah ini, anda akan berasa seperti ingin sendawa dan membuang angin. Jadi jangan buat di khalayak ramai pula!


Guna ‘Calming Oil’ Untuk Rasa Lebih Lega

Di samping itu, Cikgu Urut berkata penggunaan minyak pati atau ‘calming oil’ dapat membantu melegakan simptom gastrik, GERD dan kegelisahan.

Anda hanya perlu gosokkan minyak tersebut pada bahagian perut, dan hidu sisa minyak yang ada pada tangan. Pasti akan rasa lebih lega!

Beberapa jenis minyak pati yang mempunyai fungsi melegakan ialah lavender, ylang-ylang, German chamomile dan jasmin.

@cikguurut3

Siapa yang selalu banyak angin?? Hadirkan diri. Nak calming oil? Follow @ZACK KINRARA @CikguUrut . cikguurut petuaDIY urutdiy calmingoil calmingjoint

♬ original sound – cikguurut3 – cikguurut3

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jangan Urut Leher Terlalu Kuat, Boleh Sebabkan Strok


Salah Makan & Minum Sebabkan Kembung Perut

Penting untuk membuang angin yang berkumpul dalam perut kerana jika tidak ia boleh menyebabkan masalah kembung. Kembung perut pada asasnya terjadi kerana terlalu banyak angin di dalam usus dan disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman seperti air gas serta sesetengah sayur-sayuran.

Akan tetapi, ia juga mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman seperti:

  • Sembelit
  • Alahan makanan
  • Ketidakhadaman
  • Diverticulosis atau diverticulitis
  • Gastroenteritis
  • Penyakit seliak (CD)
  • Sindrom Rengsa Usus (IBS)

Bagi kaum wanita, sesetengah daripada mereka akan mengalami kembung perut apabila menghampiri haid. Namun, kembung perut yang berpanjangan boleh jadi petanda masalah lebih serius seperti kanser ovari.


Jaga Pemakanan Untuk Kurangkan Angin & Kembung Perut

Terdapat tiga gejala yang boleh terjadi setelah mengalami kembung perut iaitu sendawa, kembung dan perut meragam. Perut kembung juga biasanya terjadi setelah memakan makanan berat yang mengambil masa panjang untuk dicerna.

Dalam kes perut meragam, selalunya keadaan ini terjadi apabila kelaparan, tetapi mungkin juga disebabkan oleh kemurungan dan perasaan berdebar-debar.

Masalah angin dan kembung perut yang biasa boleh dikurangkan menerusi penjagaan pemakanan. Namun ubat juga boleh diambil untuk melegakan simptom seperti:

  • Suplemen laktosa bagi masalah penghadaman laktosa
  • Simethicone yang akan memecahkan gelembung gas dan kurangkan sendawa
  • Activated charcoal yang memerangkap gas dan toksin

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd