Now Reading
“Ingatkan Sebab Busuk” – Rupanya Ini Alasan Kucing Suka Bau Kaki Manusia

“Ingatkan Sebab Busuk” – Rupanya Ini Alasan Kucing Suka Bau Kaki Manusia

Muka ‘busuk’ yang ditunjukkan kucing setelah menghidu sesuatu ialah tindak balas flehmen yang terjadi untuk memproses bau yang menarik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing cukup terkenal dengan perangai yang pelik dan bermacam ragam. Namun bagi pencinta si bulus itu, semuanya comel-comel sahaja!

Satu perangai pelik yang kucing suka buat ialah mencium bau-bau yang ‘busuk’ seperti kaki, stokin, kasut dan ketiak. Tapi apa penjelasan di sebalik perangai aneh-aneh haiwan ini?

Dia yang cium, dia yang terkejut. (Sumber: GIPHY)


Bau Manusia Seperti Feromon Untuk Kucing

Syarikat menjual makanan kucing, PawmisedLand, telah menerangkan sifat pelik kucing ini menerusi akaun TikToknya. Kucing menghidu kaki bukan semata-mata untuk mengenal pasti bau yang terdapat padanya.

Sebenarnya, manusia mempunyai bau yang unik di bahagian badan seperti kaki dan ketiak. Ini sekaligus bertindak seperti feromon bagi kucing menyebabkan mereka amat gemarkan pada bau kaki tuannya.

Apabila kucing menggosok pada badan seseorang, kelenjar bau yang terletak pada misainya akan mengambil bau individu tersebut. Malah, kucing juga akan menandakan seseorang atau sesuatu tempat dengan bau mereka menggunakan kelenjar ini.

Selain misai, terdapat juga kelenjar bau pada tapak kaki, pipi, mulut, badan dan ekor kucing.

Sumber gambar: Pexels

Kucing Berhubung Menerusi Bau

Tapi kenapa kucing nak hidu bau anda? Si bulus buat sedemikian bukan saja-saja, sebaliknya untuk membantu mereka berhubung dengan anda.

Ia juga sekaligus menguatkan ingatan si bulus bahawa anda adalah sebahagian daripada keluarga mereka. Oleh itu, mereka akan bertindak untuk melindungi anda daripada sebarang pemangsa.

Pawmisedland berkata tindakan kucing menghidu kaki juga merupakan sebahagian daripada naluri bekerja mereka untuk menjaga keselamatan tuannya. Unik betul!

https://www.tiktok.com/@pawmisedland/video/7392507667954109716

Netizen Kongsi Kucing Gemar Cium Kaki & Ketiak

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai telah berkongsi pengalaman mereka berhadapan sifat aneh si bulus ini.

Rata-rata sebelum ini menyangka kucing suka menghampiri kaki mereka kerana berbau busuk. Malah, ada juga yang sampai kena gigit kaki.

Ramai juga orang yang berkata kucing mereka suka menghidu ketiak. Ada yang sampai nak jilat ketiak tuannya!

Selain itu, kucing juga gemar menghampiri tuannya yang belum mandi berbanding yang baru sahaja mandi.


Kucing Buat Muka ‘Busuk’ Untuk Proses Bau

Kucing mempunyai daya hidu yang kuat antara 14 hingga 22 kali ganda berbanding manusia dan berkomunikasi menerusi bau. Muka ‘busuk’ yang ditunjukkan kucing setelah menghidu sesuatu ialah tindak balas flehmen yang terjadi untuk memproses bau yang menarik.

Selain kelenjar bau, terdapat juga saraf penerima bau (scent receptor) pada lelangit mulut yang digelar organ Jacobson.

Organ ini akan mengubah bau menjadi satu signal yang menjelaskan keadaan sekeliling buat si bululs. Jadi, kucing juga mungkin akan menjilat kaki untuk menerima bau tuannya.

Bukan itu sahaja, kaki manusia juga diselaputi dengan minyak dan peluh. Walaupun kedengaran kotor, tetapi kucing gemar rasa masin ini!

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian

Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd