Rasa Gatal Selepas Pakai Makeup? Rupanya Ada Kutu Di Muka
Kutu muka, juga dikenali sebagai Demodex, yang membiak terlalu banyak boleh menyebabkan masalah demodicosis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Biasanya seorang wanita pasti mengenakan makeup pada muka agar tampil kemas dan cantik. Walaupun lambat bersiap, janji hasilnya memuaskan hati dan dapat meningkatkan keyakinan diri.
Tapi, pernah tak anda terasa gatal pada kulit muka setelah memakai makeup?
Ada Kutu Tinggal Di Muka Manusia
Menurut seorang ahli optik, Dr Gurleen Dhanoa, di akaun TikTok (@eyesthethicsofficial) terdapat kutu yang tinggal di muka serta folikel bulu mata dan kening manusia.
Kedengaran menggelikan bukan? Namun katanya kita memerlukan kutu muka itu dalam jumlah yang sihat.
Dianggarkan sekitar 23% hingga kesemua manusia mempunyai kutu yang digelar Demodex itu pada muka, namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. WebMD menjelaskan bahawa kutu muka secara umumnya tidak berbahaya, malah boleh membantu dalam menyingkirkan kulit mati pada muka.
Seperti kutu lain, Demodex boleh berjangkit dari seorang ke seorang individu yang lain. Begitulah juga bagaimana bayi mendapat kutu itu.

“Kita Memberi Kutu Makan Makeup” – Dr Gurleen Dhanoa
Dia berkata apabila seseorang memakai makeup, ia seolah-olah seperti memberi makan pada kutu muka sekaligus meningkatkan pembiakan mikroorganisma parasit itu. Perkara inilah yang menyebabkan muka terasa gatal selepas memakai makeup.
Malah, kutu muka boleh melekat pada barangan makeup seperti berus dan mascara serta makeup itu sendiri. Jadi lepas ini jangan biasakan kongsi barang makeup!
Di samping itu, jumlah kutu muka yang terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan dan masalah kulit digelar demodicosis (Demodex folliculitis). Demodex boleh membiak dengan banyak pada individu yang berisiko tinggi (imunokompromi) atau mempunyai masalah kulit lain.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Info Herpes, Boleh Berjangkit Secara Oral Jika Kongsi Barangan Makeup!
HOCL Dapat Kurangkan Gatal Pada Muka
Malangnya, Demodex tidak boleh disingkirkan dari muka sepenuhnya. Namun Dhanoa menjelaskan penggunaan semburan ‘hypochlorous acid‘ (HOCL) penting untuk membunuh bakteria sebelum memakai sebarang produk muka. Dia juga berkata agar semburan tersebut turut digunakan ke atas berus makeup.
Selepas solekan dibersihkan, gunakan semburan itu sekali lagi. Tambahnya lagi, gunakan berus spoolie untuk menyikat bulu mata dan kening.
Tindakan itu akan mengurangkan atau menghilangkan terus rasa gatal pada kulit muka selepas memakai makeup.
@eyestheticsofficial Healthy amount of Mites aka demodex live in our hair follicles and in our skin. Avoid using expired makeup, dirty brushes, sponges and tools and use HOCL to keep them in check so they dont overpopulate #creatorsearchinsights #makeuphack #skincare #hack #tip #itchymakeup #lashes #eyebrows #follicle #hair #cleanse #HOCL #hypochlorousacid #eyes #eyedoctor #optometrist #doctorsoftiktok
♬ original sound – EYEsthetics | Optometrists
Kutu Muka Bertelur Dalam Kulit Manusia
Terdapat dua spesies Demodex yang tinggal pada kulit muka manusia. Demodex folliculorum biasanya tinggal dalam folikel rambut halus terutamanya kening dan memakan sel kulit. Sebaliknya, Demodex brevis tinggal berhampiran kelenjar minyak dalam folikel rambut dan memakan sebum.
Sewaktu kita tidur, kutu muka ini akan keluar dari pori kulit untuk mengawan sebelum kembali ke dalam muka dan bertelur.
Dia mengawan kat muka kita la… (Sumber: GIPHY)
Antara langkah berjaga-jaga dalam membersihkan muka yang boleh diambil untuk mengelak pembiakan kutu ini adalah:
- Elakkan produk kulit muka yang tebal dan berminyak agar pori tidak tersumbat dengan sel kulit dan minyak.
- Lakukan prosedur ‘exfoliate’ sekurang-kurangnya sekali seminggu.
- Basuh muka dua kali dalam sehari.
- Jangan gunakan makeup yang telah tamat tempoh dan peralatan seperti berus yang kotor.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Tiny Bumps Pada Kulit Wajah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Pakai Sunscreen Atas Mekap? Ini Penjelasan Pakar
Terlalu Banyak Kutu Muka Sebabkan Masalah Demodicosis
Seperti yang diterangkan, jumlah kutu muka yang terlalu banyak boleh menyebabkan demodicosis. Masalah ini boleh timbul secara tiba-tiba dengan simptom seperti berikut:
- Rasa seperti terbakar
- Gatal
- Jerawat pustula yang kelihatan seperti ‘whitehead’
- Kemerahan
- Rasa kasar seperti kertas pasir pada kulit muka
- Timbul sisik yang mungkin menyamai ekzema
- Kulit sensitif
- Kilauan putih pada kulit atau bulu mata
Bukan itu sahaja, demodicosis juga boleh memberi kesan kepada mata sehingga menyebabkan mata gatal, penglihatan berkurangan dan bulu mata gugur.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.