Now Reading
Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik

Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik

Selain daripada menerusi pemakanan, ibu bapa boleh mempratikkan petua orang tua dengan menggunakan daun sejenis pokok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu cakna terhadap tumbesaran mereka dengan memerhatikan berat badan serta tinggi.

Setiap ibu akan diberi buku rekod kesihatan bayi sewaktu mengandung, yang turut memaparkan graf berat bayi berbanding usia yang disarankan. Oleh itu penting untuk memastikan agar tumbesaran anak-anak sejajar dengan saranan tersebut.

Selain daripada menerusi pemakanan, terdapat juga lain-lain ikhtiar yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk menambah berat badan anak.


Guna Daun Pokok Kemunting Cina Petua Orang Tua

Pengguna TikTok, Meena (@mami.meena), telah berkongsi petua untuk menaikkan berat badan anak menggunakan daun sejenis pokok.

Anaknya sebelum ini mengalami masalah kurang berat sehingga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Walaupun telah memberi anaknya pelbagai makanan yang berkhasiat bagi menaikkan berat badannya namun kanak-kanak itu mengalami penyusutan BMI. Katanya, berat yang kurang ini turut menyebabkan tinggi anaknya tidak meningkat.

Apabila berat anaknya gagal ditingkatkan menerusi pemakanan, dia akhirnya menggunakan petua orang tua zaman dahulu dengan menggunakan pokok kemunting cina.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan


Bilaskan Anak Dengan Rendaman Daun Vinca Selama 3 Hari

Juga dikenali sebagai pokok Vinca, dia berkata orang tua-tua akan menggunakan daunnya untuk menaikkan berat badan, meningkatkan selera makan serta ikhtiar untuk menghapuskan cacing dalam badan anak.

Berikut merupakan cara penggunaan daun tersebut sebagai air mandian:

  1. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai daun, tetapi lebih bagus jika lagi banyak.
  2. Masukkan daun ke dalam baldi yang diisi sedikit air.
  3. Ramaskan daun tersebut sehingga hancur.
  4. Mandikan anak seperti biasa dahulu dengan sabun.
  5. Kemudian, bilaskan anak dengan air rendaman daun tadi.
  6. Jangan lap badan anak dengan tuala, sebaliknya biarkan sahaja air rendaman kering sendiri pada badan.
  7. Lakukan selama tiga hari berturut-turut pada belah petang.

Ulang Semula Selepas 2 Minggu Jika Tidak Menjadi

Katanya, dia dapat melihat perubahan pada berat badan anaknya selepas tiga hari mengamalkan petua tersebut. Tambahnya, perkara itu hanya perlu diulang selepas beberapa bulan apabila anak-anak mula tidak lalu makan.

Namun jika ikhtiar tersebut tidak menjadi, ia boleh diulang semula setelah dua minggu.

Di dalam videonya, Meena menggunakan daun dari pokok Vinca berbunga ungu. Namun dia berkata lebih elok sekiranya menggunakan daun pokok Vinca dengan bunga berwarna putih.

@mami.meena

Replying to @emyrra05 Ni antara tips orang tua2 dulu untung ikhtiar cacing atau nak naikkan berat badan anak . Korang boleh cuba tau ..Dengan anak saya sgt2 serasi .Lepas 3 hari terus nampak perubahan #tipsnaikkanberatbadananak

♬ original sound – meena | Mom & Lifestyle ✨ – meena | Mom & Lifestyle ✨

Kemunting Cina Ada Bahan Anti-Kanser

Juga dikenali sebagai kembang sari, ros pantai dan periwinkle, pokok kemunting cina ini sebenarnya berasal dari Madagascar.

Bahagian-bahagiannya yang tumbuh di atas tanah seperti bunga dan daun kebiasaannya digunakan untuk membuat ubat. Pokok ini turut digunakan sebagai ubat batuk, bagi mengurangkan kesesakan paru-paru dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Malah, ia boleh digunakan terus ke kulit bagi:

  • Menghentikan pendarahan
  • Menghilangkan gigitan serangga, sengatan tebuan, dan kerengsaan mata
  • Merawat jangkitan dan pembengkakan (keradangan)

Periwinkle juga dipercayai dapat merawat kanser dengan penemuan dua alkaloid anti-kanser, vinblastine dan vincristine, pada daunnya lebih 50 tahun dahulu.

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd