Now Reading
[Video] Apa Hukum Lelaki Buka Baju Tapi Masih Menutup Aurat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

[Video] Apa Hukum Lelaki Buka Baju Tapi Masih Menutup Aurat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sudah menjadi fitrah lelaki akan tertarik kepada perempuan manakala perempuan akan tertarik kepada lelaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular di media sosial video yang menunjukkan dua orang lelaki tidak memakai baju di salah sebuah gerai durian.

Video tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ada yang mengecam perbuatan penjual terbabit.

Namun, kedua-dua individu itu menjelaskan bahawa tindakan mereka yang tidak berbaju bukanlah teknik untuk menarik pelanggan sebaliknya ia dilakukan kerana pada ketika itu cuaca panas.

Haram Lelaki Buka Baju Walaupun Masih Menutup Aurat

Sehubungan itu, timbul tanda tanya adakah lelaki boleh tidak memakai baju memandangkan aurat mereka adalah dari pusat hingga lutut.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan hukum lelaki yang tidak memakai baju walaupun masih menutup aurat adalah haram.

“Patutnya lelaki tak boleh buka baju tepi jalan, buang baju tinggalkan seluar sahaja.

“Walaupun aurat dia dari pusat sampai ke lutut tapi bila wanita lalu dan tengok jadi haram. Lelaki tengok tak haram, perempuan tengok haram,” jelasnya.

Menerusi satu lagi video di YouTube, UAI menjelaskan perbuatan itu boleh menyebabkan timbulnya perasaan ‘suka’ dari golongan bukan mahram dan ia adalah sesuatu yang tidak baik.

“Tanya orang perempuan, bila dia tengok lelaki tak pakai baju, dia rasa apa? Berahi (suka) tak? (Kalau) dia rasa lain macam kerana itu diharamkan oleh ulama.

“Kita ramai tak cakna benda ni, kita kira lelaki aurat pusat sampai lutut. Kita boleh buka baju depan mahram kita, mak kita, kakak kita,” jelasnya.

Fitrah Lelaki Suka Pada Perempuan, Perempuan Suka Pada Lelaki

Tambah UAI lagi, sudah menjadi fitrah lelaki akan tertarik kepada perempuan manakala perempuan akan tertarik kepada lelaki.

“Siapa lelaki yang tidak berahi (suka) melihat orang perempuan, maka orang itu menyalahi fitrah.

“Dan jenis perempuan suka melihat lelaki. Jahat tak? Itu bukan jahat. Itu fitrah.

“Setiap manusia dilahirkan ada fitrahnya tersendiri. Fitrah lelaki, suka pada wanita dan fitrah wanita suka pada lelaki,” katanya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd