Now Reading
Diminta Memanah Di THSS, Siti Nurhaliza Terpanah LED Pula!

Diminta Memanah Di THSS, Siti Nurhaliza Terpanah LED Pula!

Siti Nurhaliza diminta mempamerkan aksi memanah selepas persembahan Zizi Kirana yang membawa lagu Atouna El Toufoule.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peringkat akhir The Hardest Singing Show (THSS) telah berlangsung pada malam Ahad (14 Julai) di Pusat Konvensyen CIBD, Cheras. Seramai enam peserta telah bertanding di pusingan akhir itu iaitu Aepul Roza, Ayda Jebat, Aisha Retno, Stacy, Zizi Kirana dan Putera Muhammad.

Ketika sesi Zizi Kirana, dia telah melakukan aksi memanah sambil menyanyi. Membawa lagu Atouna El Toufoule oleh Remi Bandali, Zizi turut menyelitkan part rap dalam lagu itu.

Aksi memanah tersebut telah dilakukan terhadap sebuah batu yang diwarnakan seperti bendera Israel. Pada akhir persembahannya, Zizi turut mengibarkan bendera Palestin.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali Zizi melakukan aksi sedemikian. Dia sebelum ini pernah melakukan aksi memanah ketika minggu kedua pertandingan tersebut, membawa lagu Perang Dah Tamat oleh Malique.


Siti Nurhaliza Diminta Lakukan Aksi Memanah

Ketika sesi komen oleh barisan juri, Datuk Siti Nurhaliza yang turut belajar memanah mengakui tidak mudah untuk anak panah menembus sasaran. Pengacara Nabil Ahmad kemudiannya meminta Tok Ti melakukan aksi memanah.

Walaupun dilihat terkejut pada mulanya, penyanyi tersohor negara itu menyahut cabaran tersebut!

Bukan senang nak tengok Tok Ti memanah. Yang dah kena panah dengan dia Tok K je.

Pengacara, Nabil Ahmad.

Siti kemudiannya melakukan aksi tersebut, namun panahan pertamanya terkena pada panel yang terletak di bahagian belakang sasaran. Alamak!

“Tok Ti memang aim LED ya,” seloroh Nabil dengan situasi itu.

Nabil meminta Tok Ti agar mencuba lagi sekali dan dalam cubaan kedua tersebut, dia berjaya memanah tepat pada sasaran. Hebat betul Tok Ti ni!


“Memanah Dapat Pahala” – Tok Ti

Setelah itu, Siti menegaskan sekali lagi bahawa aksi memanah amat sukar jika tidak mempunyai fokus.

Sebenarnya memanah ini, kita dapat pahala. Dan malaikat bersama-sama dengan orang yang memanah. Setiap panahan kita ini, kita sebenarnya ingat pada Allah SWT.

Juri The Hardest Singing Show, Datuk Siti Nurhaliza

Tok Ti juga berkata aksi memanah yang dilakukan oleh Zizi sambil bergerak dan menyanyi memerlukan konsentrasi yang berbeza berbanding persembahan dengan gerakan melompat, menari dan sebagainya.


Siti Diminta Sign Panel LED Yang Terkena Panahan

Apa jadi dengan LED yang terkena panahan tadi? Malangnya anak panah telah tembus ke dalam dan merosakkan LED tersebut. Sampai berlubang!

Tapi yang bestnya, pihak penganjur tak meminta ganti rugi dari Siti, sebaliknya meminta idola itu menurunkan tandatangan pada papan panel LED!

“Alaa itu kan, rosak. Sorry la,” Siti meminta maaf sebelum menandatangani panel tersebut.


Aepul Juara The Hardest Singing Show

Malam itu turut menyaksikan Aepul Roza dinobat sebagai juara THSS. Membawa lagu It’s My Life nyanyian Bon Jovi, vokalis kumpulan Drama Band itu dipuji oleh Siti kerana membawa idea di luar kotak.

“Saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah. Alhamdulillah rezeki Allah SWT,” ucap Aepul.

Berikut merupakan senarai pemenang peringkat akhir THSS serta wang tunai yang dibawa pulang:

  1. Aepul Roza: RM150,000
  2. Ayda Jebat: RM 20,000
  3. Stacy: RM 10,000
  4. Aisha Retno: RM 5,000
  5. Putera Muhammad: RM 5,000
  6. Zizi Kirana: RM5,000

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd