Now Reading
Video Penunggang Motosikal Ludah Kena Lengan Sendiri Hanya Konten, Ini Penjelasan Tuan Badan

Video Penunggang Motosikal Ludah Kena Lengan Sendiri Hanya Konten, Ini Penjelasan Tuan Badan

Menurutnya, video itu menjadi tular di media sosial kerana dia yang juga seorang pengarah kreatif tahu akan algoritma (algorithm) di TikTok dan Instagram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang pemandu wanita dikejar seorang penunggang motosikal lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.

Penunggang motosikal lelaki terbabit mengejar wanita berkenaan sehingga ke kawasan tempat letak kenderaan sebelum mengetuk cermin tingkap kereta terbabit dan meludahnya, namun ludahan tersebut terkena pada lengannya sendiri.

Video tersebut kemudiannya tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai, di mana kebanyakan orang mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit selain mentertawakan ludahannya itu yang terkena pada diri sendiri.

@sutradaramalaya

ada lagi lelaki mcm ni? pantang tgk perempuan sorang

♬ original sound – izaq – izaq

Penunggang motosikal tampil beri penjelasan, rupanya video hanya konten

Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit selaku pemilik video berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa rakaman tersebut hanyalah konten semata-mata yang dibuat sendiri oleh dirinya.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @sutradaramalaya, lelaki tersebut menyatakan itu bukanlah video pertama yang menjadi tular dibuat olehnya, bahkan sebelum ini terdapat beberapa video viral lain yang dihasilkannya.

Menurutnya, kesemua video itu menjadi tular di media sosial kerana dia yang juga seorang pengarah kreatif tahu akan algoritma (algorithm) di TikTok dan Instagram.

Dakwa buat servis marketing secara anonymous untuk jenama kecil, besar dan artis

Jelasnya lagi, dia juga membuat perniagaan servis ‘marketing anonymous’ bagi syarikat-syarikat besar dan kecil untuk mempromosikan jualan mereka.

Bahkan dakwanya ada juga segelintir artis yang menggunakan perkhidmatannya itu untuk mempromosikan jenama mereka tersendiri.

“Mungkin video-video viral yang hari ini korang tengok, mungkin dari saya juga, tapi korang tak akan tahu perkara itu.

“Jadi berhati-hati macam itulah juga Israel akan menipu kita semua suatu hari nanti,” katanya.

Ingin tutup ‘marketing anonymous’, terlalu banyak keburukan daripada kebaikan

Berkongsi lanjut, dia memaklumkan akan menutup perkhidmatan marketing sedemikian untuk memberi fokus terhadap perniagaannya sendiri dalam bidang permotoran.

Perkhidmatan atau perniagaan membuat konten ini baginya terlalu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Video penjelasan lelaki terbabit turut dikongsikan di akaun X @jllmisai yang mendakwa warga platform media sosial itu juga umpama sudah ditipu oleh video terbabit.

Netizen beri pelbagai reaksi dengan video penjelasan tersebut

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial terhadap penjelasan lelaki terbabit.

Kebanyakan netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana melakukan konten-konten yang membawa kepada kecaman dan tidak memberi sebarang faedah.

Malah, ada juga yang mendakwa penjelasan lelaki terbabit telah membuktikan tentang betapa mudahnya rakyat di negara ini untuk tertipu atau percaya sesuatu perkara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd