Now Reading
[Video] Ceddy Jelaskan Makna 3 Corak Pada Keffiyeh Palestin

[Video] Ceddy Jelaskan Makna 3 Corak Pada Keffiyeh Palestin

Keffiyeh pada mulanya dipakai di Palestin oleh golongan nomad Arab Badwi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka”. Itulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh masyarakat dunia dalam menunjukkan solidariti terhadap tanah suci Palestin.

Selain daripada slogan tersebut, orang ramai juga menggunakan gambar tembikai dan keffiyeh sebagai simbol terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penjajahan Israel.

Anda pasti tahu tembikai diambil sempena warnanya yang serupa dengan bendera Palestin, tetapi apa pula maksud di sebalik kain keffiyeh?

Baca Artikel Berkaitan: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Guna Gambar Tembikai, Apa Maksudnya?


Ceddy Jelaskan 3 Simbol Umum Pada Keffiyeh Palestin

Pempengaruh, Ceddy Ang (@ceddyornot), telah berkongsi maksud simbol umum yang terdapat pada keffiyeh Palestin.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, dia telah menerima keffiyeh tersebut yang digunakan sebagai balutan bagi satu produk yang diberikan kepadanya.

Dia yang menyedari keffiyeh sentiasa dihiasi simbol-simbol yang sama telah melakukan carian Google bagi memahami makna di sebalik corak yang dipamerkan.

Jala Ikan

Selalunya terletak pada bahagian tengah keffiyeh, jala ikan ini menjadi simbol ikatan antara nelayan Palestin dan Laut Mediterranean.

Perikanan merupakan budaya masyarakat Palestin sejak zaman berzaman yang dijalankan di laut ini. Namun setelah kewujudan Israel, aktiviti perikanan di kawasan ini menjadi terhad.

Perjanjian Oslo Accords 1993 menyatakan bahawa Israel perlu membenarkan perikanan sehingga 20 batu nautika, namun perkara ini tidak dilaksanakan. Kini, aktiviti perikanan di Laut Mediterranean terhad hanya sehingga enam batu nautika (11km).

Malah, nelayan Palestin juga harus bersaing dengan mereka dari Israel. Walaupun keadaan ini amat menjejaskan kehidupan para nelayan, namun mereka masih meneruskan aktiviti tersebut bagi menampung keluarga dan komuniti.

Sumber gambar: Pexels
Daun Zaitun

Corak berombak kebiasannya pada bahagian tepi keffiyeh sebenarnya adalah daun zaitun. Ia membawa simbol kekuatan, daya tahan dan ketabahan rakyat Palestin.

Merupakan salah satu industri pertanian utama di sana, minyak zaitun yang dihasilkan menjadi bahan asasi bagi banyak hidangan Palestin.

Pokok zaitun yang telah dicabut dan dimusnahkan oleh Israel juga telah menjadi simbol penentangan penjajahan rejim itu. Ia juga dilihat sebagai identiti dan menjadi peringatan terhadap akar umbi rakyat di tanah suci Palestin.

Sumber gambar: Pexels
Garisan Tebal

Bahagian tepi keffiyeh yang dihiasi garisan tebal merujuk kepada laluan perdagangan yang bersejarah di Palestin iaitu Incense Route.

Laluan perdagangan ini menghubungkan wilayah Mediterranean dengan Arab, India dan Afrika Timur. Ia memudahkan perdagangan rempah, herba, wangian dan lain-lain barangan mewah antara wilayah tersebut. Malah, seperti kebanyakan laluan perdagangan lain, ia menjadi saluran pertukaran idea, agama dan budaya.

Incense Route merupakan warisan budaya dan sejarah yang penting bagi petani Palestin, memandangkan ia melalui tanah mereka dan mempengaruhi praktis pertanian di sana.

https://www.tiktok.com/@ceddyornot/video/7390959255248997649

Kefiyyeh Di Palestin Mula Dipakai Oleh Komuniti Nomad Badwi

Keffiyeh bukanlah terhad pada budaya Palestin sahaja, tetapi ia merupakan hiasan kepala tradisional Arab. Pada mulanya, kefiyyeh dipakai oleh komuniti nomad Badwi di Palestin.

Seorang pakar pakaian Palestin dan felo penyelidik kanan di Metropolitan Museum of Art, Wafa Ghnaim, berkata keffiyeh hanya dipakai oleh lelaki Badwi sehingga 1920an. Pakaian itu bertujuan untuk membezakan antara lelaki nomad dengan penduduk dan pekerja pertanian (fellaheen) di Palestin.

Dalam masa sama, majoriti penentang bersenjata ketika itu menggunakan keffiyeh bagi menyembunyikan wajah mereka. Pemimpin revolusi kemudiannya mengeluarkan arahan agar kaum lelaki memakai keffiyeh sebagai tanda solidariti dan agar British tidak dapat mengenal pasti golongan penentang.

Sumber gambar: Pexels

Keffiyeh Jadi Simbol Solidariti Terhadap Penjajahan Israel Pada 1960an

Ghnaim berkata keffiyeh mula dikaitkan dengan nasionalisme Palestine dan sebagai simbol solidariti terhadap penjajahan Israel pada 1960an. Pasa masa yang sama, pejuang nasionalis Palestin turut memakai keffiyeh ketika menjalankan operasi gerila.

Sekitar hujung 1960an, wanita telah mula membalut keffiyeh pada leher mereka. Ia mungkin dipengaruhi penggunaannya oleh seorang wanita Palestin, Leila Khaled, yang merupakan sebahagian daripada Popular Front for the Liberation of Palestine.

Ketika itulah kita mula melihat wanita memakai keffiyeh hitam dan putih, terutamanya wanita Palestin.

Pakar pakaian Palestin, Wafa Ghnaim

Baca Artikel Berkaitan: Berganding Bahu, Khairul Aming & Sofyank Hasilkan Video Beri Gambaran Keadaan Di Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Dengan Indonesia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin” – Anwar Ibrahim


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd