[Video] 2 Remaja Indonesia Lemas Di Air Terjun Jami, Jasad Ditemukan Pada Kedalaman 5 Meter
Kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dilaporkan hilang sekitar 1 tengahari Jumaat (12 Julai) sebelum ditemukan lemas pada pagi keesokan harinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dua remaja perempuan, Tazkiyah Wulandari dan Salsabillah Azahra Allisa Anggraeni telah ditemukan lemas di Air Terjun Jami yang terletak di Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan pada Sabtu (13 Julai) lalu.
Menerusi rakaman video yang tular, kedua-dua mangsa berusia 17 tahun sebelum itu dilihat sedang membentuk bulatan sambil berpegangan tangan dengan lima rakan lain.
Mangsa Tiba-Tiba Tenggelam Ke Dalam Air
Mereka kemudian secara tiba-tiba seperti disedut ke dalam air, sehingga dua mangsa tenggelam dan hilang sekitar pukul 1 tengahari Jumaat (12 Julai).
Difahamkan dua lagi rakan yang tidak pandai berenang tunggu di tepi sambil merakam kejadian tersebut.
Pencarian segera dilakukan oleh kumpulan SAR yang merangkumi Basarnas, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPPD) Maros, pihak polis, dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Pencarian dilakukan menerusi penyelaman di lokasi oleh Search and Rescue Unit (SRU) 1 serta carian di sisi kiri dan kanan sungai serta air terjun oleh SRU 2.
Pencarian dihentikan pada pukul 6.30 petang hari sama, sebelum disambung pada pagi keesokan harinya, lapor detik.com.
Kemalangan Jiwa Di Air Jerjun Jami, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 14, 2024
SEKUMPULAN remaja dirakam sedang bermandi-manda sebelum dua orang antara mereka tenggelam lemas dan meninggal dunia.
Video saat-saat terakhir sebelum mereka hilang ditelan air telah dirakam oleh rakan… pic.twitter.com/g9HDntPzTJ
“Kemungkinan Tersepit Di Batu” – Ketua BPBD
Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Maros, Towadeng, berkata kedua-dua mangsa ditemui tidak lama antara satu sama lain. Jasad Salsabila ditemukan pada jam 7.39 pagi, manakala Tazkiyah pada 7.50 pagi.
Tambahnya lagi, kedua mangsa ditemukan pada kedalaman sekitar lima meter. Mereka dikatakan mungkin tersepit di batu apabila tenggelam.
Jasad Salsabila dan Tazkiyah telah dibawa ke Puskesmas Tompobulu untuk dibersihkan sebelum dihantar ke tempat pengurusan jenazah.
Kumpulan Remaja Telah Mandi Sejak Jam 10 Pagi
Salah seorang rakan mangsa, Salsa Nurfadilah, berkata mereka telah bermandi-manda di air terjun terbabit sejak 10 pagi itu dan telah berhenti makan sebelum sambung berenang.
“Jam 10 mulai mandi, sempat (istirahat) makan dulu baru turun kembali. Saya tanya sampai pukul dua setengah sahaja mandi (dan) harus kembali sebelum Asar,” jelasnya.
Salsa berkata kedua-dua mangsa itu baru sahaja berenang kembali setelah berehat sebelum tenggelam dan hilang.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lemas Ditarik Ombak, Ini Cara Kenal Pasti ‘Rip Current’
Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



