Now Reading
SRG Juara Mobile Legends MSC 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM4.67 Juta

SRG Juara Mobile Legends MSC 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM4.67 Juta

Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau tujuh tahun dan mengalahkan juara empat tahun berturut-turut Filipina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (14 Julai), Malaysia mencipta sejarah apabila pertama kali memenangi kejuaraan antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MSC).

Mewakili negara, Selangor Red Giants (SRG) telah mengalahkan kumpulan Falcons AP Bren Sport dari Filipina dengan mata 4-2, sekaligus menamatkan kemarau tujuh tahun.

SUmber gambar: @yoodoredgiants/ Instagram

Malaysia Kalahkan Pemegang Piala M2-M5 Filipina

Piala itu sebelum ini dipegang oleh kumpulan dari Filipina selama empat tahun berturut-turut, yang mengalahkan juara M1 Indonesia.

SRG pada mulanya telah tewas perlawanan pertama dengan AP Bren yang menggunakan strategi ‘backdoor’, menggapai 23 ‘kills’ berbalas 16.

Namun skuad Malaysia bangkit pada perlawanan kedua melalui ‘crucial wipeout’ dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

https://twitter.com/rashidxtwt/status/1812497100170793226

SRG Capai Match Point Namun Kalah & Perlu Ke Perlawanan Penentuan

Pada perlawanan ketiga, Malaysia walau bagaimanapun gagal mengekalkan momentum dan tewas dengan hanya 6 berbanding 22 kills.

SRG menyaksikan peningkatan apabila berjaya mengalahkan skuad Filipina itu dalam perlawanan keempat (18-4) dan kelima (12-11), sekaligus mencapai ‘match point’.

AP Bren tidak mengaku kalah apabila berjaya menjatuhkan skuad Malaysia pada perlawanan keenam dengan keputusan 14-2 dalam masa kurang 12 minit. Kemenangan ini menyamakan kedudukan dan mengheret SRG ke perlawanan penentuan.


Pemain Malaysia Terima Status Pemain Paling Bernilai MSC 2024

SRG kemudiannya bergelar juara dunia setelah mengalahkan AP Bren dengan keputusan 21-10 menerusi ‘three-crowd control setup’ menggunakan hero Ruby, Alpha, dan Minotaur.

Dalam masa sama, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali sebagai Sekyss telah menerima status pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Skuad Malaysia membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1 juta (RM4.67 juta). MSC 2024 menawarkan kumpulan hadiah terbesar berbanding mana-mana pertandingan MLBB sebelum ini.

SUmber gambar: @yoodoredgiants/ Instagram

“We Painted Riyadh RED & YELLOW” – SRG

SRG juga telah mencipta rekod tanpa kalah selama 107 hari menerusi 25 perlawanan sejak 29 Mac lalu.

Perlawanan ini pertama kali diadakan di luar Asia Tenggara iaitu di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd