Now Reading
“Ini Adalah Satu Bentuk Scam” – Peniaga Jelaskan Madu Putih Murah Ialah Sintetik

“Ini Adalah Satu Bentuk Scam” – Peniaga Jelaskan Madu Putih Murah Ialah Sintetik

Katanya, harga ladang bagi royal jelly yang asli ialah antara RM500 dan RM900 bagi setiap kilogram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Madu merupakan salah satu makanan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia dihasilkan oleh lebah yang mengambil nektar daripada beribu-ribu bunga dan mengandungi banyak khasiat.

Antara jenis madu yang terkenal di Malaysia ialah madu tualang, kelulut, manuka dan royal jelly.

Namun, kini makin banyak madu tiruan atau bukan asli yang dihasilkan secara sintetik dan dijual dengan harga murah.


‘Madu Putih’ Murah Bukan Madu Mahupun Royal Jelly

Seorang peniaga madu berkata madu berwarna putih yang dikenali sebagai madu susu atau royal jelly dan dijual dengan murah tidak seharusnya dibeli, apatah lagi dimakan.

“Ini adalah satu bentuk scam yang besar dalam dunia madu kita,” katanya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok Old Bee (@oldbeehq), dia berkata madu putih yang murah itu sebenarnya bukanlah madu ataupun royal jelly. Sebaliknya ia telah dihasilkan secara sintetik.

Madu tersebut kebiasaannya dijual di dalam botol kaca tanpa sebarang label.


Royal Jelly Hanya Boleh Dihasilkan Di Ladang Ternakan Lebah

Di samping itu, dia turut menegaskan bahawa madu dan royal jelly merupakan dua bahan yang berbeza. Katanya pencampuran kedua-dua bahan itu akan menyebabkan ia rosak dan berubah menjadi toksin.

Dia menerangkan bahawa royal jelly yang berharga RM50 hingga RM60 sebotol adalah tidak masuk akal, memandangkan harga ladangnya adalah antara RM500 ke RM900 bagi setiap kilogram.

Royal jelly hanya boleh dihasilkan di ladang ternakan lebah dan tidak boleh dihasilkan menerusi madu.

Katanya, penghasilan royal jelly di ladang ternakan lebah melibatkan proses pembuatan ratu yang kompleks.

Antara proses penghasilan ratu lebah di ladang ternakan. (Sumber gambar: Old Bee/ Facebook)

Madu Putih Berbeza Dengan Madu Yang Telah ‘Crystallize’

Tambahnya lagi, madu palsu atau sintetik boleh dikenal pasti melalui ujian makmal.

Di ruangan komen, dia menjelaskan bahawa madu putih ini tidak seharusnya dikelirukan dengan madu yang menghablur menjadi kristal (crystallize).

@oldbeehq

Salah satu jenis madu sintetik yang paling banyak dijual di Malaysia. Ramai saudara mara dan kawan2 kita tertipu dengan madu ini. sebar2kan untuk kebaikan semua #fyp #maduoldbee #oldbee #madulongan #pakarlebah #oldbeepartner

♬ original sound – OLD BEE HQ – OLD BEE HQ

Madu Putih Boleh Didapati Dari Iran & Kazakhstan

Di samping itu, dia berkata sememangnya terdapat madu berwarna putih, tetapi ia tidak dihasilkan di Malaysia.

Dalam satu hantaran lain, dia menerangkan bahawa madu putih asli diambil dari pergunungan Iran. Ia dihasilkan daripada sejenis bunga astralagus yang berwarna merah jambu atau ungu.

Madu yang dihasilkan daripada bunga itu berwarna putih, dengan tekstur lemak berkrim dan mempunyai rasa daun pudina.

Selain Iran, madu putih juga boleh didapati di Kazakhstan yang dihasilkan daripada bunga milk vetch.

@oldbeehq

Replying to @ᴋყσsнι Madu putih daripada pergunungan Iran. Rasa sedap dan ada rada pudina. Sama2 ambil manfaat InsyaAllah #fyp #maduoldbee #oldbee #madulongan #pakarlebah #oldbeepartner

♬ original sound – OLD BEE HQ – OLD BEE HQ

Semut Tak Akan Hampiri Madu Asli

Orang ramai dinasihati agar mendapatkan madu asli dan tidak tertipu dengan madu sintetik yang banyak dijual di pasaran.

Di sini kami kongsikan tips untuk kenal pasti madu yang asli iaitu:

  • Semut tidak datang padanya
  • Madu asli tidak akan bercampur dengan air dan akan mudah tenggelam
  • Kertas atau tisu yang diletakkan madu asli di atasnya tidak akan menjadi lembap atau koyak
  • Madu asli akan meleleh, manakala madu tiruan akan meninggalkan kesan melekit
  • Madu asli yang dibakar di atas sudu akan membuak-buak, berbanding madu tiruan yang akan mendidih seperti memasak air
Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: KKM Perkenal Logo ‘Autentik’ Untuk Kesan Madu Asli, Tapi Lain Pula Respon Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd