Now Reading
Kenapa Anak Pertama Kerap Kena Marah? Ini Penjelasan Pakar

Kenapa Anak Pertama Kerap Kena Marah? Ini Penjelasan Pakar

Psikologis Klinikal yang dikenali sebagai Aiman berkata perkara ini boleh dikaitkan dengan ‘intergenerational wound’ yang dialami oleh ibu bapa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kalangan adik-beradik anda, ada tak seorang yang selalu cepat marah? Selalunya orang kata anak sulunglah yang lebih panas baran.

Perkara ini mungkin terjadi kerana anak pertama sering dimarahi oleh ibu bapa sejak kecil berbanding adik-beradik yang lain.

Namun, mengapa ibu bapa sering memarahi anak pertama berbanding adik-adiknya?


Ibu Bapa Turunkan ‘Intergenerational Wound’ Pada Anak Pertama

Seorang Psikologis Klinikal yang dikenali sebagai Aiman telah mengulas berkenaan perkara ini di X. Secara ringkasnya, ‘psikologi’ ibu bapa ketika membesarkan anak pertama berbeza setelah menyambut kelahiran anak-anak yang seterusnya.

Dia menjelaskan bahawa ibu bapa biasanya terbawa-bawa luka emosi yang diwarisi atau ‘intergenerational wound’ sejak zaman kecil dalam membesarkan anak pertama.

Ibu bapa sudah tentu amat menyayangi cahaya mata pertama mereka, namun ia turut disertai dengan sifat marah, geram, suka menengking dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan anak pertama mengalami luka emosi sama seperti ibu bapa ketika kecil.

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: First Time Jadi Ibu Bapa? Ini 6 Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Sebenarnya Normal


Luka Emosi Kurang Dialami Oleh Anak Kedua & Seterusnya

Adakah luka emosi ini hanya diturunkan oleh ibu bapa kepada anak pertama? Bagaimana pula dengan adik-beradik yang lain?

Aiman berkata apabila anak-anak seterusnya lahir, kesemua ‘kehitaman’ dan ‘kelukaan’ ibu bapa sudah semakin berkurangan dan hanya dipenuhi kasih sayang. Oleh itu, adik-adik tidak lagi atau kurang mewarisi ‘intergenerational wound’ berbanding abang atau kakak sulung mereka.

Dia mengaitkan perkara itu dengan anologi ibu bapa mencurahkan kekotoran dalam air baldi pada anak pertama, dan meninggalkan hanya air bersih bagi ‘menyucikan’ adik-adiknya.

Jelas Aiman, perkara ini menjadikan anak pertama secara umumnya mewarisi luka emosi berbanding adik-beradik lain yang diberi kasih sayang sepenuhnya. Malah, semakin ramai anak yang dilahirkan, semakin kurang luka emosi yang diwariskan kepada mereka.

Sumber gambar: Unsplash

Anak Pertama Sering Cuba Dibesarkan Menjadi Individu Sempurna

Aiman turut mengaitkan sikap anak pertama dengan tindakan ibu bapa yang cuba mengejar kesempurnaan apabila pertama kali memikul tanggungjawab membesarkan cahaya mata.

Antara tindakan yang dilakukan agar anak menjadi seorang yang ‘perfect’ ialah suka membandingkan, disiplin yang terlalu tegas dan mengawal anak hingga ke sekecil-kecil perkara (micromanaging). Perkara ini secara tidak langsung menyumbang kepada kecederaan emosi anak sulung.

Anak pertama membuka jalan bagi adik-adik kerana ibu bapa melepaskan segala kehampaan dan kemarahan terhadap mereka sehingga habis daripada sistem, meninggalkan hanya kasih sayang untuk anak seterusnya.

Psikologis Klinikal, Aiman Psikologi
Sumber gambar: Pexels

Setiap Keluarga Hadap Situasi Berbeza

Dalam masa sama, Aiman berkata sifat amarah ini tidak semestinya dialami oleh semua anak sulung memandangkan setiap keluarga melalui situasi yang berbeza.

Namun, perkara di atas merupakan satu penjelasan umum dan kebiasaan bagi situasi ‘firstborn syndrome’ yang dikaitkan dengan ‘intergenerational wound’.

Aiman juga menjelaskan bahawa teori personaliti menurut giliran kelahiran (birth order theory) tidak semestinya membentuk personaliti seseorang. Tambahnya, luka emosi pada kanak-kanak bukan penentu mutlak bagi masa depan mereka.


Anak Sulung Biasanya Lebih Bertanggungjawab & Lantang Bersuara

Bagi ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak, adakah anda perasan jika anak pertama anda mempunyai personaliti yang berbeza?

Choosing Theraphy menyenaraikan sembilan ciri-ciri umum anak sulung:

  1. Dominan dan berkuasa kerana wujudnya penguasaan terhadap adik-adik.
  2. Bersifat melindungi kerana seringkali diberi tanggungjawab menjaga adik-beradik.
  3. Ingin terlalu berjaya (overachieving) dan menjadi seorang yang sempurna disebabkan oleh harapan tinggi ahli keluarga.
  4. Berpotensi menjadi pemimpin kerana telah ‘memimpin’ adik-adik sejak kecil.
  5. Bertanggungjawab kerana sering diminta tolong oleh ibu bapa berbanding adik-adik.
  6. Mempunyai tekad yang tinggi menerusi harapan ibu bapa dan mempelajari banyak perkara sendiri.
  7. Lantang bersuara memandangkan mereka sering dilihat sebagai ‘jurucakap’ dalam kalangan adik-beradik.
  8. Bercita-cita tinggi kerana menerima perhatian penuh dari ibu bapa sebelum kelahiran adik-adik.
  9. Mempunyai pandangan sendiri kerana merasa pendapat dan kebimbangan mereka penting apabila menerima perhatian penuh ibu bapa.

Ibu Bapa Perlu Kawal ‘Intergenerational Trauma’ Agar Tak Diturunkan Kepada Anak

Selain daripada luka emosi yang diwarisi, sesetengah anak-anak juga turut berhadapan dengan ‘intergenerational trauma’.

Berbeza dengan luka emosi, perkara ini terjadi apabila impak trauma diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Antara perkara yang menyebabkan trauma ini adalah peperangan, kemiskinan dan keganasan domestik.

Trauma boleh membentuk pemikiran, perasaan dan tingkah laku, sekaligus mempengaruhi bagaimana ibu bapa membesarkan dan berkomunikasi dengan anak-anak. Ia seterusnya akan memanjangkan kitaran kegelisahan, ketakutan dan lain-lain impak kesihatan mental.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa sembuh daripada trauma agar tidak diturunkan kepada anak-anak. Berikut merupakan tindakan yang boleh diambil:

  • Kenal pasti dan bincangkan impak trauma
  • Mendapatkan sokongan daripada orang sekeliling
  • Dapatkan bantuan profesional
  • Jangan ulang kesilapan terdahulu
  • Izinkan perasaan sedih dan berkabung dengan trauma
Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Bila Waktu Tidur Sesuai Untuk Anak Anda? Ini Saranan Pakar Pediatrik

Baca Artikel Berkaitan: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd