Now Reading
Kemasukan Murid Bumiputera Ke SJKC & SJKT Meningkat

Kemasukan Murid Bumiputera Ke SJKC & SJKT Meningkat

Kementerian Pendidikan menyatakan semakin kurang murid bukan Bumiputera didaftarkan ke SJKC dengan penurunan dari 88.3% kepada 81.48% dalam tempoh sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada zaman ini, semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk memasukkan anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau sekolah antarabangsa.

Ini kerana dikatakan sekolah-sekolah tersebut menawarkan sistem pendidikan yang lebih menarik bagi ibu bapa berbanding sekolah kebangsaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Luah Pengalaman Buruk Hantar Anak Ke Tadika, Ibu Lain Kongsi Tadika Cina Lebih Bagus & Prihatin


Makin Ramai Pelajar Bumiputera Masuk Ke SJKC & SJKT

Menjawab persoalan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui tentang statistik bilangan dan peratusan pelajar di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengemukakan jawapan bertulis di laman Parlimen.

Menurutnya, kemasukan murid Bumiputera ke SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Ia menunjukkan peningkatan 11.67% dari tahun 2014 ke 18.52% tahun ini.

Di samping itu, KPM menyatakan semakin kurang murid bukan Bumiputera didaftarkan ke SJKC dengan penurunan dari 88.3% kepada 81.48% dalam tempoh sama.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera daripada 0.38% pada 2014 kepada 0.49% tahun ini, dan kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99% untuk tempoh sama.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kemasukan Murid Bukan Bumiputera Ke SK Menurun

Dalam masa sama, kemasukan murid bukan Bumiputera ke Sekolah Kebangsaan (SK) turut menunjukkan penurunan daripada 6.19% pada 2014 kepada 4.88% tahun ini.

Sebaliknya, kemasukan murid Bumiputera telah meningkat daripada 93.81% kepada 95.12% bagi tempoh sama.


Semakin Ramai Murid Bumiputera Masuk Ke Sekolah Antarabangsa

Di samping itu, KPM turut memaklumkan bahawa terdapat seramai 88,951 murid di sekolah antarabangsa setakat 31 Mei lalu.

Daripada jumlah ini, 29,225 (32.9%) bukan warganegara, manakala 59,726 (67.1%) adalah warganegara yang merangkumi 19.9% Bumiputera dan 80.1% bukan Bumiputera.

KPM memaklumkan bahawa terdapat peningkatan 34% dalam tempoh masa lima tahun dari tahun 2019 ke 2024 dari segi kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa.

Dalam tempoh sama, enrolmen murid Bumiputera meningkat 49.4% berbanding 30.6% murid bukan Bumiputera.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Belajar Di Pusat Tuisyen Lebih Faham Dari Sekolah? Ini Pandangan Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Kongsi Pengalaman Anak Bersekolah Di AS, Diajar Subjek Ekonomi & Bisnes Sejak Darjah 4


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd