Now Reading
Ini Sebab Penting Semak Testis Kucing Jantan Sebelum Dimandulkan

Ini Sebab Penting Semak Testis Kucing Jantan Sebelum Dimandulkan

Ia dilakukan bagi memastikan kedua-dua testis telah berada di dalam kantung telur kucing jantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah pembiakan kucing secara berlebihan telah berlaku di banyak tempat dalam negara. Banyak kucing liar boleh ditemui di kedai makan, tepi jalan dan pasar, kebiasaannya dalam keadaan yang kotor dan sakit.

Pencinta kucing yang bertanggungjawab pasti akan memandulkan mereka agar tidak membiarkan lebih banyak kucing membiak.

Prosedure pemandulan berbeza antara kucing jantan dan betina. Kucing jantan hanya akan dipotong kantung telurnya, manakala kucing betina perlu dibedah bagi mengeluarkan rahim dan ovari.

Sumber gambar: Unsplash

Kucing Jantan Akan Diperiksa Testis Dahulu Sebelum Dimandulkan

Walaupun secara umumnya pemandulan kucing jantan dilakukan dengan memotong kantung telur, namun tahukah anda bahawa mereka perlu diperiksa terlebih dahulu?

Menurut sebuah hotel kucing yang turut menjalankan prosedur pemandulan, Catswell, kucing jantan perlu disemak dahulu bagi memastikan ia mempunyai dua biji testis.

Ia dilakukan bagi mengesahkan kucing tidak mengalami cryptorchidism iaitu keadaan di mana satu atau kedua-dua testis tidak turun dari abdomen ke kantung telur (retained testicle).

Sumber gambar: Pexels

Si Bulus Jantan Dengan Cryptorchidism Akan Dimandul Seperti Kucing Betina

Sekiranya kucing jantan mengalami cryptorchidism, prosedur pemandulan harus dilakukan seperti kucing betina.

Prosedur imbasan ultrasound akan dijalankan bagi menentukan kedudukan dan saiz testis di dalam abdomen. Perkara ini boleh terjadi dalam hampir kesemua baka kucing.

Kebiasaannya hanya satu testis yang tidak turun ke kantung telur. Masalah ini juga mungkin diwarisi namun tiada sebarang data yang membuktikannya.

Cryptorchidism juga boleh dialami oleh manusia ya!

https://www.tiktok.com/@catswellofficial/video/7384324309491158273

Jika Tidak Dimandulkan Dengan Betul, Masih Boleh Buntingkan Kucing Betina

Catswell menjelaskan bahawa jika kucing jantan dengan masalah cryptorchidism dimandulkan seperti biasa, ia kemungkinan masih dapat membuntingkan kucing betina.

Menjenguk ke ruangan komen, ramai individu berkongsi kucing jantan mereka turut mengalami masalah tersebut. Seorang individu berkata doktor veterinar memaklumkan terdapat risiko testis di dalam perut tidak dijumpai.

Ada juga kucing yang suruh ditunggu dahulu selama beberapa bulan sehingga testisnya turun ke kantung telur sebelum dimandulkan.


Mandulkan Kucing Boleh Kurangkan Risiko Barah

Menurut Pengasas Klinik Haiwan dan Surgeri Kitty’s Care, Dr Muhammad Naim Md Kasim, berkata si bulus yang dimandulkan dapat mengurangkan risiko mengalami barah, terutamanya bagi kucing betina.

Selain itu, memandulkan kucing dapat mengelakkan mereka daripada merayap dan bergaduh dengan kucing lain yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit.

Malah, kucing yang dimandulkan juga akan kurang kencing merata untuk menanda tempatnya, menjadikannya lebih manja dan sihat, serta memanjangkan hayatnya antara tiga hingga lima tahun.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Boleh Kena Sawan Jika Pakai Ubat Kutu Botol Hijau – Klinik Veterinar

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Sapu Minyak Gamat Pada Luka Kucing? Ini Penjelasan Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dijangkiti Virus Parvo, Wanita Ini Kongsi 5 Langkah Merawat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd