Now Reading
Ini Perbezaan Antara Maraton & Triatlon Yang Anda Harus Tahu

Ini Perbezaan Antara Maraton & Triatlon Yang Anda Harus Tahu

Acara maraton berasal dari legenda Yunani Pheidippides dan diwujudkan ketika Olimpik moden pertama pada tahun 1896.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Olimpik Paris 2024 bakal berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini dengan triatlon merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan.

Di samping triatlon, anda juga mesti biasa mendengar tentang acara maraton. Tetapi tahukah anda perbezaan antara kedua-dua acara ini?

Ada yang menyangka triatlon bermakna peserta harus berlari tiga kali ganda berdasarkan kepada suku kata ‘tri’.


Maraton Hanyalah Acara Larian Jarak Panjang

Maraton adalah larian jarak panjang yang mana peserta akan menyelesaikan jarak 42.2km yang mengambil masa purata empat hingga lima jam. Namun pelari profesional mungkin mengambil masa lebih pendek.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysian Runners Shine In The Gold Coast Marathon 2024: A World-Class Display Of Endurance

Jika anda pernah melihat pendaftaran maraton, terdapat perlumbaan yang lebih pendek seperti maraton separa (21km) dan 10km.

Terdapat juga kategori Fun Run dengan jarak hanya 3km atau 5km. Malah, ada juga perlumbaan maraton untuk kanak-kanak dalam jarak antara 1km hingga 2km.

Peserta dalam kategori Junior Dash di Gold Coast Marathon (GCM) 2024. (Sumber gambar: Fernando Fong/ TRP)

Triatlon Merangkumi Acara Renang-Berbasikal-Larian

Berbeza dengan maraton, triatlon adalah acara sukan yang lebih ‘ganas’ melibatkan tiga aktiviti iaitu larian, berbasikal dan berenang.

Kebiasaannya perlumbaan triatlon mengambil masa tiga jam untuk diselesaikan bergantung kepada tahap kecergasan peserta.

Terdapat empat jenis triatlon iaitu triatlon pecut, triatlon separa, triatlon Olimpik dan triatlon penuh. Triatlon pecut adalah yang paling pendek bermula dengan renangan 750m, diikuti berbasikal 20km dan ditamatkan dengan larian sejauh 5km.

Me after running 100m (Sumber: GIPHY)

Juga dikenali sebagai triatlon standard, ia bermula dengan renangan 1.5km, kemudian berbasikal 40km dan larian 10km.

Triatlon separa pula dikenali sebagai triatlon separa-Ironman dan dimulakan dengan renangan 1.9km, berbasikal 90km, sebelum ditamatkan dengan larian 21.1km.

Triatlon penuh atau dikenali sebagai Ironman adalah acara yang paling menakutkan! Bermula dengan renangan sejauh 3.8km, kemudian berbasikal 180.2km, ia ditamatkan dengan larian 42.2km. Jarak larian ini adalah seperti MARATON PENUH!

Sebab itulah triatlon didefinasikan sebagai disiplin paling sukar dalam dunia!


Maraton Berasal Dari Legenda Yunani Pheidippides

Nama ‘Maraton’ diambil sempena legenda pengutus Yunani, Pheidippides. Legenda tersebut menceritakan tentang Pheidippides yang terlibat dalam Battle of Marathon.

Dia ketika itu melibat sebuah kapal Persia mengubah haluan ke arah Athens apabila peperangan hampir dimenangi oleh tentera Yunani. Dia menganggap perkara tersebut merupakan cubaan oleh Persia untuk menyerbu atau mendakwa kemenangan palsu ke atas tanah Yunani.

Pheidippides telah berlari hingga ke Athens tanpa henti, menanggalkan pakaiannya dan senjata bagi mengurangkan beban dibawa. Dia tiba di perhimpunan bagi menuntut kemenangan pihaknya sebelum jatuh pengsan dan meninggal dunia.


Idea Maraton Timbul Ketika Olimpik Moden Pertama

Apabila Olimpik moden bermula pada tahun 1896, pemula dan penganjur memerlukan acara yang hebat bagi menarik perhatian penonton dan mengingat semula kemegahan ketika zaman Yunani purba.

Ahli filologi Perancis, Michel Breal, mengemukakan idea sebuah maraton di mana peserta akan berlari dari bandar Marathon hingga ke Athens.

Idea tersebut disokong oleh pengasas Olimpik moden, Pierre de Coubertin, serta orang Yunani. Maraton Olimpik pertama telah berlangsung pada 22 Mac 1896 dengan jarak sekitar 40km.

Breal’s Silver Cup pertama dianugerahkan kepada seorang Yunani bernama Spyridon Louis yang memenangi maraton tersebut yang dijalankan di Athens.

Selama bertahun-tahun, acara maraton hanya terbuka kepada peserta lelaki sahaja. Maraton wanita kemudiannya diperkenalkan pada Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Breal’s Silver Cup
Spyridon aka Spyros Louis

Triatlon Jack & Don’s Jadikan Acara Itu Terkenal

Sejarahwan triatlon dan penulis, Scott Tinley, berkata rekod terawal tentang acara sukan yang serupa dicatatkan pada awal abad ke-20 di Perancis. Acara yang melibatkan pelbagai sukan itu sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama.

Ini bermakna triatlon pada awalnya merangkumi aktiviti yang berbeza dan bukan aktiviti renang-berbasikal-larian seperti zaman kini.

Pada tahun 1901, acara yang digelar The Three Sports telah diiklankan sebagai acara bagi “ahli sukan terbaik”. Ia merangkumi larian, berbasikal dan segmen berkanu.

Pada 19 Jun 1921, segmen berkanu telah ditukar kepada renang, menyerupai hari-hari awal triatlon standard. Ketika itu, perlumbaan tersebut merangkumi larian 3km, berbasikal 12km dan berenang merentasi sungai Marne di Perancis.

Acara moden renang-berbasikal-larian pertama telah diwujudkan pada hujung 1970an di Southern California oleh peserta kelab sukan.

Dua orang ahli San Diego Track Club, Jack Johnstone dan Don Shanahan, mencadangkan idea perlumbaan yang merangkumi larian 4.8km, berbasikal 8km sekeliling Fiesta Island, dan renangan ke tanah besar.

Setelah itu, peserta perlu berlari berkaki ayam dan berenang di sepanjang teluk sehingga masuk ke Fiesta Island. Perlumbaan akan berakhir dengan dakian ke atas tebing tanah yang curam.

Triatlon hanya menjadi acara popular selepas dua orang peserta triatlon Jack and Don’s, Judy dan Johm Collins, mengasaskan Hawaii Ironman pada 1975 setelah berpindah dari California. Acara tersebut menarik perhatian antarabangsa terhadap triatlon yang terkenal sehingga kini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd