Now Reading
“Larangan Sidai Kain Pada Waktu Malam Adalah Khurafat” – Dr Abu Anas Madani

“Larangan Sidai Kain Pada Waktu Malam Adalah Khurafat” – Dr Abu Anas Madani

Tiada sebarang hadis sama ada sahih mahupun daif yang menyokong larangan menjemur kain pada waktu malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mesti anda biasa mendengar nasihat orang tua-tua yang tidak membenarkan pakaian dijemur di luar pada waktu malam kan?

Katanya, ini kerana terdapat syaitan yang berkeliaran dan akan duduk di ampaian. Ada juga yang berkata perkara ini menyebabkan kita mudah terkena sihir yang dihantar pada pakaian.

Selain itu, terdapat juga nasihat agar pakaian di ampaian tidak diangkat jika sudah tiba waktu Maghrib. Sebaliknya tunggu sahaja sehingga ke siang hari.


Tiada Nas Yang Melarang Pakaian Disidai Waktu Malam

Ulama Datuk Dr Abu Anas Madani telah mengulas isu ini di akaun TikTok miliknya. Katanya, perkara tersebut merupakan satu kepercayaan khurafat.

Beliau berkata tiada sebarang nas atau dalil Nabi Muhammad SAW melarang menjemur pakaian pada waktu malam.

Berdasarkan laman web Maktabah Al-Bakri, tiada sebarang hadis sama ada sahih mahupun daif yang menyokong larangan menjemur kain pada waktu malam. Malah, tiada sebarang kaitan antara perbuatan ini dengan syaitan yang berkeliaran pada waktu malam.

Memandangkan tiada sebarang larangan, maka perkara tersebut kembali pada hukum asalnya iaitu harus menjemur pakaian pada waktu malam.

Sumber gambar: Islam Itu Indah/ Facebook

Larangan Keluar Ketika Waktu Maghrib

Tambah Dr Abu Anas, Rasulullah SAW hanya melarang untuk keluar ketika waktu Maghrib.

“Waktu Maghrib, ambil anak-anak kamu balik ke rumah. Jangan berkeliaran sebab syaitan berkeliaran ketika itu,” katanya. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda:

احْبِسُوا صِبْيَانَكُمْ حَتَّى تَذْهَبَ فَوْرَةُ الْعِشَاءِ؛ فَإِنَّهَا سَاعَةٌ تَخْتَرِقُ فِيهَا الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Tahanlah anak-anak kamu (dari keluar rumah) hingga berlalunya permulaan Isyak, kerana saat itu adalah saat syaitan-syaitan menjadikannya sebagai jalan untuk mendapatkan atau memperolehi keinginannya.”

Riwayat Ahmad (14482)

Dr Abu Anas berkata kanak-kanak yang keluar pada waktu Maghrib akan diganggu syaitan yang berkeliaran.

Melarang kanak-kanak dan haiwan ternakan untuk keluar pada waktu menjelang malam atau Maghrib ialah sunah memandangkan terdapat syaitan yang berkeliaran ketika itu.


Cuaca Waktu Malam Di Malaysia Tidak Sesuai Untuk Keringkan Pakaian

Walaupun tiada larangan menyidai pakaian pada waktu malam, Dr Abu Anas mempersoalkan sama ada cuaca di negara ini sesuai untuk melakukan perkara itu memandangkan sering kali terdapat embun pada waktu malam.

Beliau turut menceritakan bahawa ketika sedang mengikuti pengajian di Madinah, pelajar-pelajar di sana biasa menjemur kain pada waktu malam di atas sutuh rumah.

Mengulas lanjut, dia menjelaskan pakaian dijemur pada waktu malam memandangkan cuaca amat panas pada siang hari.

Beliau menegaskan bahawa kepercayaan khurafat tersebut tidak benar, sebaliknya hanya timbul masalah sama ada pakaian yang dijemur akan kering.

@abhar218

Bolehkah Kita Sidai Kain Baju Pada Waktu Malam, Takut Disihir Atau Jin Bertenggek. Siri Tanya Jawab 19 AAM 2021 Tanya Jawab (19); Pelbagai Tajuk Bersama Dr. Abu Anas Madani – Ahad 25-7-2021 /15-12-1442H. #abuanasmadani #drbasitpsd #aam #tanyajawab #dakwah #fyp #sidaikain #malam

♬ original sound – Dr. Abu Anas Madani – Dr. Abu Anas Madani

Jemur Pakaian Dalam Rumah Tak Bagus Untuk Kesihatan

Memandangkan orang ramai mempercayai nasihat agar tidak menjemur baju di luar rumah pada waktu malam, mereka memilik untuk menyidai baju di dalam rumah. Namun begitu, perkara ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.

Apabila pakaian dijemur di dalam rumah yang tertutup, kelembapan ruang akan meningkat. Apabila rumah menjadi lebih lembap, lebih banyak debu yang terkumpul sekaligus mengganggu pernafasan serta meningkatkan risiko asma dan alergi.

Malah, udara lembap ini boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria. Oleh itu, seseorang dengan kulit sensitif akan mudah mengalami alergi atau ruam jika menjemur pakaian di dalam rumah.

Pakaian yang dibasuh menggunakan pelembut kain mempunyai bau yang lebih wangi. Namun bau wangi ini sebenarnya mengandungi bahan acetaldehydes yang berbahaya dan salah satu sebab kanser. Pendedahan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko pada kesihatan anda.

Sumber gambar: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd