Now Reading
Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk

Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk

Salah satu minuman tersebut ialah kopi yang bersifat asidik dan mengandungi kafein yang boleh menyebabkan masalah kembung perut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah refluks asid terjadi apabila asid perut naik ke esofagus. Keadaan ini menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati dan regurgitasi asid.

Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) merupakan kejadian refluks asid yang kronik. Ia disebabkan oleh otot yang memisahkan bahagian bawah esofagus dan perut yang lemah.

Individu yang mengalami masalah GERD perlu menjaga pemakanan agar tidak memburukkan simptom. Antara makanan yang tidak boleh diambil ialah makanan berminyak, pedas dan berlemak tinggi.


3 Minuman Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit GERD

Di samping itu, terdapat juga minuman yang perlu dielakkan oleh pesakit GERD. Seorang individu yang merupakan pesakit GERD, Zack Kinrara, telah berkongsi di akaun TikTok miliknya tiga minuman yang akan menambahkan kesakitan itu.

#1. Kopi

Kopi adalah minuman yang bersifat asidik dan mengandungi kafein. Menurut Zack, pengambilan kopi oleh pesakit GERD boleh menyebabkan masalah kembung perut serta sendawa.

Selain kopi, doktor turut menasihati agar teh juga dielakkan kerana kedua-duanya mungkin boleh menyebabkan pedih ulu hati dan refluks asid dalam pesakit GERD.

Jika anda ingin minum kopi, pilih biji kopi yang gelap kerana ia mempunyai kandungan kafein lebih rendah atau kopi ‘cold brew’.

Sumber gambar: Unsplash
#2. Lemon

Pesakit GERD perlu mengelakkan daripada mengambil minuman yang berasidik seperti jus atau air rendaman lemon.

Zack berkata minuman lemon boleh menyebabkan pedih ulu hati dalam pesakit GERD. Perkara ini sehingga boleh menimbulkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam akibat kesakitan yang dialami.

Satu kajian mendapati meminum jus lemon sewaktu makan akan meningkatkan isi perut sebanyak 1.5 kali ganda. Isi perut yang banyak boleh meningkatkan simptom refluks asid.

Akan tetapi, pengambilan minuman lemon yang sedikit dipercayai dapat mengurangkan simptom GERD.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Jus Lemon Berlebihan Mampu Bahayakan Perut, Lelaki Kongsi Tips Terbaik Sediakan Detox

#3. Rosel

Minuman ini diperbuat daripada buah roselle yang berwarna merah. Kaya dengan vitamin A, C dan amino asid, ia mempunyai banyak khasiat.

Namun begitu, sifatnya yang asidik menjadikan minuman ini tidak sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah GERD.

Menurut Zack, minuman rosel boleh menyebabkan angin sehingga sakit di bawah tulang rusuk. Malah, ia boleh menjadikan pesakit GERD berasa pening melayang.

Namun katanya, jika seorang individu berasa ketiga-tiga minuman di atas tidak memburukkan simptom mereka, tiada masalah untuk mengambilnya. Selain itu, minuman beralkohol dan bergas juga perlu dielakkan.


Air Kelapa Muda Bagus Untuk Pesakit GERD

Jadi, minuman apakah yang sesuai diambil oleh pesakit GERD? Minuman tidak berasidik bukan sahaja sesuai untuk pesakit GERD, tetapi mungkin dapat mengurangkan simptom refluks asid.

Teh herba dapat meningkatkan fungsi penghadaman dan mengurangkan masalah perut seperti angin. Salah satu teh yang bagus ialah teh halia kerana ia mempunyai sifat anti-radang.

Bagi mereka yang gemar meminum susu, lebih elok jika mengambil susu rendah lemak atau yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti soya. Sebaliknya, elakkan pengambilan susu lembu penuh krim kerana ia mengandungi lemak tinggi dan boleh memburukkan simptom refluks asid.

Walaupun jus berasidik tidak boleh diminum, namun pesakit GERD boleh mengamalkan jus lain seperti lobak merah, timun dan tembikai.

Selain itu, Dr Suri Roowi sebelum ini telah berkongsi di Facebook bahawa air kelapa muda tanpa gula juga bagus bagi keseimbangan pH dalam badan dan mengawal asid refluks.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Makanan & Minuman Perlu Elak Ketika Sahur, Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd