Now Reading
Video Kucing Sahut Selawat Sebelum Tidur Raih 4.2 Juta Tontonan!

Video Kucing Sahut Selawat Sebelum Tidur Raih 4.2 Juta Tontonan!

Kucing berwarna putih itu menyahut hujung ucapan selawat dengan membunyikan suaranya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi seseorang yang sukakan kucing, bercakap dengan si bulus itu menjadi perkara yang biasa. Kadangkala macam bercakap dengan anak kecil pun ada.

Walaupun kucing secara umumnya tidak memahami percakapan manusia, namun kita tetap bercakap dengan mereka.

Terdapat banyak video yang tular di media sosial menunjukkan kucing seolah-olah boleh bercakap perkataan yang mudah seperti ‘hello’, ‘no’ malah ‘I love you’!


Kucing Sambung Sebutan Akhir Pada Selawat

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menyaksikan seekor kucing menyahut selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang diucapkan oleh tuannya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 4.2 juta tontonan dengan lebih 640 ribu tanda suka.

Kedengaran kucing tersebut yang berwarna putih dengan tompok hitam pada dahi menyambung sebutan terakhir pada hujung ayat selawat dengan membunyikan suaranya.

@lalubachtiar2

nak tidur pun kene shalawat Masya Allah budak Soleh

♬ suara asli – lalubach1 – lalubach1

Menurut pemilik kucing itu, ia dibacakan selawat sebelum tidur. Katanya lagi jika perkara itu tidak dilakukan setiap hari, pasti si bulus tersebut akan merajuk!


“Mesti Sekolah Maahad Tahfiz” – Netizen

Tingkah laku kucing itu menyebabkan orang ramai memujinya serta berseloroh dengan tindakannya.

Memandangkan kucing berkenaan mempunyai tompoh hitam pada dahinya, seorang individu berseloroh bahawa dahinya menjadi hitam kerana rajin bersolat.

Malah ada juga yang mengaitkan sifat soleh kucing tersebut dengan pakaiannya yang bewarna putih seolah-olah jubah atau cahaya yang bersinar.

“Tidur pun pakai jubah putih, memang anak soleh betul,” kata seorang pengguna TikTok.


Tular Video Atok Bercakap Dengan Kucing

Sebelum ini, tular sebuah video lain apabila seorang lelaki warga emas seolah-olah bersembang dengan kucing peliharaannya.

Mereka berdua sedang duduk di atas sofa dengan kucing tersebut kelihatan mengantuk. Apabila disuruh tidur, kucing itu mula menutupkan matanya. Comel betul!

“Tidur betul-betul, tidur cara kucing. Tidur cara kucing macam mana? Tu kan manusia duduk macam tu,” kata ‘Atok’ apabila si bulus tidur dalam keadaan terduduk seperti manusia.

https://www.tiktok.com/@jajaborhan/video/7385973016255089938

Dalam satu video lain dimuat naik pengguna sama, kelihatan seekor kucing menjawab ‘nak’ apabila ditanya jika ingin keluar. Bijak ya kucing-kucing ni!

https://www.tiktok.com/@jajaborhan/video/7387839797382925586

Kucing Boleh ‘Faham’ Percakapan Manusia

Apabila melihat video kucing ‘bercakap’, pernahkah anda terfikir jika mereka benar-benar memahami tutur kata manusia?

Berdasarkan laman web Hill’s Pet, walaupun kucing tidak mempunyai kemahiran kognitif untuk mentafsir percakapan manusia, namun mereka boleh memahaminya. Ini adalah sama seperti manusia memahami kucing dengan cara melihat tingkah lakunya seperti pergerakan ekor dan telinga.

Malah kajian mendapati kucing boleh mengenal pasti dan sesetengahnya memberi tindak balas terhadap percakapan, pergerakan badan dan ekspresi manusia.

Apabila memanggil nama kucing, cuba perhatikan jika mereka menggerakkan telinga atau kepala, mahupun memandang ke arah anda. Sesetengah kucing mungkin menjawab kembali dengan ngiauan, namun mereka secara umumnya berkomunikasi secara bukan lisan dengan manusia.

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd