Now Reading
Hati-Hati Ketika Lafazkan Takbiratul Ihram, Solat Akan Batal Jika Salah Sebut

Hati-Hati Ketika Lafazkan Takbiratul Ihram, Solat Akan Batal Jika Salah Sebut

Menambah atau membuang sebarang huruf pada lafaz “Allahuakbar” menjadikan sebutan takbiratul ihram salah dan solat tidak sah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam menjalankan ibadah solat, terdapat 13 rukun yang harus diikuti agar solat tersebut sah. Salah satu rukun tersebut ialah melafazkan takbiratul ihram.

Perkara ini bermakna jika takbiratul ihram tidak sempurna, solat seseorang akan terbatal dan menjadi tidak sah.

Oleh itu, penting untuk memastikan takbiratul ihram dilafazkan dengan betul agar solat diterima Allah SWT.


Ucapkan Lafaz Takbiratul Ihram Sehingga Didengari Diri Sendiri

Bagaimanakah ucapan takbiratul ihram yang sebenarnya? Ia haruslah dibaca degan lafaz Jalalah “Allah” (اَللّٰه) dan lafaz “Akbar” (أَكْبَرُ), menjadi Allahuakbar yang bermaksud ‘Allah Maha Besar’.

Sumber: Aku Islam

Lafaz ini juga perlu dilafazkan sehingga didengari telinga sendiri dan tidak boleh sekadar diniatkan di dalam hati.

Dalam masa sama, takbiratul ihram perlu disertakan dengan niat solat dalam hati kerana ia merupakan rukun qalib (hati).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat


6 Sebutan Takbiratul Ihram Yang Akan Batalkan Solat

Sebuah syarikat pengeluar dan pengedar Al-Quran, ENUUR, telah berkongsi di TikTok miliknya enam sebutan takbiratul ihram yang salah serta membatalkan solat.

Pertama ialah meninggalkan huruf alif pada permulaan “Allah”. Perkara ini mengubah sebutan takbiratul ihram menjadi “Lahuakbar”.

Perkataan ‘Allah’ berasal daripada ‘al-Ilah’. ‘Ilah’ bermaksud Tuhan, manakala menyebut ‘Al’ pada permulaan menjadikan maksud khusus iaitu satu-satunya yang dikenali dan diyakini benar.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Seterusnya, menukar huruf alif pada “Akbar” menjadi wau juga merupakan kesalahan kerana sebutan takbiratul ihram akan berubah menjadi “Allahuwakbar”.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Sebutan ‘hu’ pada “Allah” tidak boleh ditambahkan huruf wau atau dipanjangkan. Perbuatan ini menyebabkan lafaz takbiratul ihram menjadi”Allahuuakbar”.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Selain itu, tidak boleh memanjangkan huruf alif pada “Allah” sehingga menjadi “Aallahuakbar”.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Jangan tukarkan huruf alif pada “Allah” kepada wau kerana lafaz takbiratul ihram akan menjadi “Wallahuakbar”.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Akhir sekali, sebutan “Akbar” tidak boleh dipanjangkan dengan menambahkan huruf alif selepas ba sehingga lafaz menjadi “Akbaar”.

Sumber gambar: @quran.enuur/ TikTok

Diingatkan bahawa selain daripada enam contoh di atas, lain-lain sebutan yang menambah atau membuang sebarang huruf, serta memanjangkan sebutan, akan menjadikan lafaz takbiratul ihram salah.


Harakat Hanya Boleh Dipanjangkan Pada Sebutan “Allah”

Di samping itu, mereka turut menjelaskan bahawa lafaz takbiratul ihram hanya boleh dipanjangkan pada sebutan akhir “Allah” (Allaahuakbar). Malah, panjang sebutan yang paling afdal adalah dua harakat.

Namun ilmuwan Islam, Ibnu Hajar, menerangkan bahawa sebutan tersebut boleh dipanjangkan sehingga 14 harakat jika sukar untuk menghadirkan niat ketika takbiratul ihram dalam tempoh yang singkat.

https://www.tiktok.com/@quran.enuur/video/7387712508158659856

Sunat Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Sebagai info tambahan, hukum mengangkat tangan ketika takbiratul ihram ialah sunat hai’ah. Bagi sunat ini, ia tidak akan memberi kesan pada solat jika ditinggalkan dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Ketika takbiratul ihram, kedua-dua tangan diangkat selari dengan bahu, manakala hujung anak jari selari dengan bahagian bawah cuping telinga. Ini adalah berdasarkan hadis Malik bin al-Huwairith yang berkata:

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila bertakbir, Baginda mengangkatkan kedua-dua tangannya sehingga selari dengan kedua-dua telinganya.”

Riwayat Muslim

Sumber gambar: Pexels

Menurut Pejabat Mufti Negeri Terengganu, Rasulullah SAW turut mengangkat tangan pada paras bahu ketika bertakbir.

“Aku telah melihat Nabi SAW membuka takbir di dalam sembahyang (memulakan sembahyang dengan bertakbir) dengan mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir sehingga sama pada bahagian bahunya. Ketika bertakbir untuk rukuk baginda juga melakukan sedemikian.”

Hadis Riwayat Bukhari & Nasa’i

Sumber gambar: Pexes

Setelah selesai bertakbir, tangan diturunkan dan diletakkan di bawah dada. Tapak tangan atas akan diletakkan di atas pergelangan tangan kiri dan digenggamkan sedikit.

Ustaz Azhar Idrus berkata tangan sunat diangkat ketika takbir pada:

  1. Takbiratul Ihram ketika hendak memulakan solat.
  2. Ketika hendak turun rukuk.
  3. Apabila bangun dari rukuk kepada iktidal.
  4. Apabila bangun dari tahiyat awal kepada berdiri (qiam) di rakaat ketiga.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Waktu Sunat Angkat Tangan Ketika Takbir Dalam Solat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd