Now Reading
Diculik Dari Bangkok & Dibawa Ke Myanmar, Rakan Sendiri Jadi Dalang Penculikan

Diculik Dari Bangkok & Dibawa Ke Myanmar, Rakan Sendiri Jadi Dalang Penculikan

Mangsa yang dikenali sebagai Law berkata rakannya telah mengajaknya bercuti ke Bangkok serta menawarkan untuk menguruskan kesemua perbelanjaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berita melaporkan seorang individu yang merupakan ahli perniagaan telah diculik sewaktu ke Bangkok, Thailand.

Mangsa culik berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Law berkata dalang penculikannya ialah rakannya sendiri.

Saya sakit hati bila memikirkan dalang penculikan saya di Bangkok, Thailand, adalah rakan saya sendiri.

Mangsa culik, Law

Menurutnya, individu tersebut yang telah dikenali sejak 10 tahun lalu dan sudah lama tidak berhubung telah menghubunginya pada bulan April lepas.

“Mulanya, saya agak terkejut apabila dihubungi rakan berkenaan memandangkan sudah lama kami tidak berhubung,” katanya.


Tiket Penerbangan Pulang Ke Malaysia Tidak Disediakan

Mereka kemudiannya bertemu dan dia dibelanja makan. Law kemudiannya diajak bercuti di Bangkok bagi menghadiri upacara keagamaan.

Berasa teruja dengan ajakan tersebut, Law lantas bersetuju memandangkan kesemua perbelanjaan semasa di Bangkok ditawarkan akan diurus oleh rakannya.

Dia yang ditemui di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini (9 Julai) berkata tiket pulang ke Kuala Lumpur tidak disediakan. Namun dia tetap meneruskan ‘percutian’ tersebut dan telah berlepas ke Bangkok pada 7 Mei lalu.


Law Diculik & Dibawa Ke Myanmar Dari Bangkok

Keadaan menjadi menggusarkan apabila Law pengsan ketika diberi minuman dalam sebuah kereta sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Katanya, dia telah berada di kawasan kampung di Maesot, Myanmar apabila tersedar dan diperas ugut bagi wang terbusan.

Apabila tiba di sebuah rumah, empat lelaki China serta seorang lelaki Malaysia minta saya menghubungi isteri dan mereka minta wang tebusan daripada isteri sebanyak RM50,000.

Mangsa culik, Law

Lebih teruk lagi apabila dia dipukul menggunakan kayu dan besi, serta dikelar di leher dan tangan sepanjang berada di rumah tersebut.


Askar Myanmar Beri Perlindungan 2 Minggu

Menurut Law, terdapat beberapa lagi mangsa tebusan lain di rumah berkenaan.

Dia walau bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum bertemu dengan dan dilindungi oleh seorang askar Myanmar yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Saya diberi perlindungan oleh askar berkenaan selama dua minggu sebelum wakil Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) tiba dan membawa saya ke Bangkok untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Mangsa culik, Law

Setelah berjaya melarikan diri, Law telah cuba menghubungi semula rakan yang membawanya ke Bangkok, namun nombor telefon tersebut sudah tidak aktif.

Ini bukanlah kali pertama rakyat Malaysia diculik dan dibawa ke Myanmar. Jika sebelum ini mereka diculik dan dipaksa bekerja sebagai scammer, namun kini mangsa diculik sebagai tebusan serta pemerdagangan manusia.

Baca Artikel Berkaitan: Rescued From Human Trafficking, Malaysian Meets Tragic End In Myanmar

Baca Artikel Berkaitan: Kenalan Ajak Bercuti Di Thailand, Rupanya Mahu Jual Kawan Ke Sindiket

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dedah Derita Dipaksa Kerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd