Now Reading
[Video] Gadis Rusia Raih Pujian, Tak ‘Demand’ Bakal Suami Yang Bergaji Tinggi

[Video] Gadis Rusia Raih Pujian, Tak ‘Demand’ Bakal Suami Yang Bergaji Tinggi

Wanita Rusia yang dikenali sebagai Daria itu menganggarkan bakal suaminya hanya perlu bergaji sekitar US$500 sahaja iaitu lebih kurang RM2,353.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap wanita pasti mempunyai impian untuk berkahwin dengan lelaki yang mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang suami.

Bagaimanapun, tidak dinafikan juga masih ada segelintir wanita menginginkan bakal suami yang kaya dan ‘poket tebal’ agar dia mendapat kehidupan lebih selesa di masa akan datang.

Manakan tidak, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan boleh diambil ringan memandangkan kita akan meneruskan kehidupan bersama pasangan sehingga ke akhir hayat selagi masih mempunyai jodoh bersama.

Wanita Rusia tak kisah pendapatan suami, yang penting mampu tanggung kos sara hidup

Pun begitu, siapa sangka seorang wanita dari Rusia mengakui tidak kisah tentang pendapatan yang diraih oleh bakal suaminya selagi mana lelaki terbabit mampu menanggung perbelanjaan kos sara hidup.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @spstreetstory, wanita yang dikenali sebagai Daria itu menganggarkan bakal suaminya hanya perlu bergaji sekitar US$500 sahaja iaitu lebih kurang RM2,353.

“Tidak kira berapa banyak yang lelaki itu boleh dapat (gaji) dalam setiap bulan, tetapi ia perlu cukup untuk menanggung semua perbelanjaan kos sara hidup,” katanya.

Lelaki perlu beri duit kepada ibu bapa pengantin perempuan bagi majlis kahwin

Menurutnya, mengikut tradisi di Rusia, lelaki perlu memberi duit kepada ibu bapa bakal isterinya yang kemudian akan digunakan untuk majlis perkahwinan.

Apa yang mencuri tumpuan, perbelanjaan itu hanyalah sekitar US$200 (kira-kira RM941).

Jelas Daria, bakal suami juga perlu menanggung segala kos perbelanjaan lain untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan.

Rakan kahwin hanya berbelanja sekitar RM3,000

Menurutnya lagi, sebagai contoh rakannya yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos hadapan akan ditanggung sepenuhnya oleh bakal pengantin lelaki.

Katanya, majlis perkahwinan yang bakal diadakan nanti hanyalah secara kecil-kecilan dan hanya menelan belanja sekitar RM3,298 sahaja.

“Mereka (pengantin) berbelanja wang bukan untuk majlis perkahwinan, tetapi untuk trip berbulan madu,” katanya lagi.

Daria berkata demikian selepas diajukan soalan berapa banyak gaji yang perlu diraih seorang lelaki untuk menikahi wanita Rusia.

@spstreetstory

How much money does a man need to marry a Russian woman?..

♬ original sound – SP STREET STORY – SP STREET STORY

Netizen beri pelbagai komen menghiburkan, siap ada yang ingin ke Rusia

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial yang rata-ratanya terdiri daripada kaum lelaki.

Kebanyakan mereka berseloroh ingin ke Rusia bagi menikahi gadis-gadis di sana setelah mengetahui pendapat yang diperlukan dan kos majlis perkahwinan di sana.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd