Ini Tips Terbaik Buat Ibu Bapa Pilih Taska Terbaik Untuk Anak-Anak
Antara perkara yang boleh ditanyakan kepada pihak taska ialah sama ada ia berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, guru-guru mempunyai sijil tertentu dan jika ada CCTV yang berfungsi di premis.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ibu bapa pasti ingin memberi yang terbaik buat anak-anak, termasuklah juga dari segi pemilihan taska.
Dengan banyak berita buruk tentang taska yang kerap dilaporkan kini, ibu bapa perlu cakna agar anak-anak tidak turut menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Bagi ibu bapa yang pertama kali ingin menghantar anak ke pusat jagaan, pusat asuhan atau taska, ini tips yang penting buat anda. Kena take note, ya!
Pastikan Taska Didaftar Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Seorang individu, Fatin Razak (@teynraz), menerusi akaun X telah berkongsi perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu apabila memilih taska atau pusat jagaan kanak-kanak.
Dia berkata ibu bapa perlu memastikan bahawa taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkara ini boleh dilakukan menerusi laman web JKM yang turut memaparkan alamat penuh, nombor telefon serta koordinat Google Maps premis berkenaan.
Di samping itu, pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh juga diwajibkan untuk mengambil Kursus Asuhan PERMATA. Oleh yang demikian, ibu bapa juga boleh bertanya jika mereka mempunyai sijil yang sepatutnya.
Tambahan lagi, adalah lebih baik jika ibu bapa memilih taska yang dilengkapi dengan CCTV yang berfungsi. Perkara ini penting agar ibu bapa dapat melihat kembali rakaman CCTV jika berlaku kejadiaan tidak diingini seperti kemalangan, kecederaan atau anak didera.
Baca Artikel Berkaitan: Perak Wajibkan Taska Untuk Pasang Kamera CCTV, Elak Kes Tidak Diingini Berlaku
Fatin berkata ratio guru dengan kanak-kanak di taska juga penting. Berdasarkan Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, nisbah guru dan kanak-kanak yang dinyatakan ialah:
- 1:3 bagi bayi baru lahir hingga setahun
- 1:5 bagi kanak-kanak 1 hingga 3 tahun
- 1:10 bagi kanak-kanak 3 hingga 4 tahun
Bayi Perlu Dipisahkan Daripada Kanak-Kanak Lain
Selain itu, ibu bapa perlu mengambil tahu serba sedikit mengenai SOP kesihatan atau kemalangan di taska tersebut. Antara SOP yang boleh diperhatikan adalah pengambilan suhu kanak-kanak apabila tiba di taska, penggunaan pagar di bahagian dapur, dan pintu yang tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh melayari internet untuk membaca sendiri reviu yang ditinggalkan oleh orang ramai. Jika tiada reviu dalam talian, boleh juga bertanya pada penduduk setempat atau ibu bapa lain mengenai keadaan di taska tersebut.
Selain daripada perkara berkaitan pengurusan, ibu bapa boleh survei dahulu keadaan taska. Menurut Fatin, bayi perlu ditempatkan di ruang yang dipisahkan daripada kanak-kanak lain.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah
Buai, Bouncer & Walker Tak Dibenarkan Di Taska
Taska juga perlulah berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, dengan barang-barang serta alat permainan tidak rosak dan berbahaya. Fatin memaklumkan bahawa taska tidak dibenarkan untuk memakai buai, bouncer atau walker.
Jadi kalau anda nampak perkara ini ketika survei, ketahuilah bahawa perkara itu sememangnya telah melanggar undang-undang.
Bagi taska yang berada di deretan rumah kedai, pastikan anda boleh menghantar anak sehingga ke pintu depan dan bukan setakat di tangga sahaja.
Ibu bapa boleh juga bawak anak-anak melawat taska berkenaan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anak-anak dapat merasa dahulu keadaan di premis itu sebelum didaftarkan di sana.
Ibu Bapa Perlu Dengar Cakap Anak-Anak!
Setelah anak dimasukkan ke taska, ibu bapa janganlah berhenti di situ sahaja. Sebaliknya, kerap perhatikan keadaan di taska serta tingkah laku anak.
Menurut Fatin, pertukaran (turnover) guru taska yang tinggi sebenarnya menunjukkan wujudnya masalah atau ‘redflag’ di sana.
Penting juga untuk perhatikan interaksi antara guru dan anak serta perasaan anak terhadap taska. Jika anak kerap menangis dan tidak mahu ke taska, janganlah paksa mereka kerana mungkin ada perkara yang tidak disangkakan telah terjadi terhadap mereka. Sentiasa dengar cakap anak!
Dalam masa sama, kesihatan anak di taska juga perlu diperhatikan. Sesetengah ibu bapa berkata anak-anak mereka kerap jatuh sakit setelah dimasukkan ke taska. Ini mungkin kerana tiada SOP kesihatan yang dijalankan di premis berkenaan. Pihak taska sepatutnya tidak akan membenarkan kanak-kanak yang sakit hadir.

Taska Mahal Tak Bermakna Bagus
Fatin berkata ibu bapa tidak perlu berasa segan untuk bertanyakan soalan-soalan di atas kepada pihak taska. Tambahnya, jika pihak terbabit tidak ingin memaklumkan sesuatu perkara yang ditanya, lebih baik ibu bapa mencari pilihan lain.
Seperti pendapat Fatin, tidak bermakna taska yang mahal itu adalah lebih bagus.
Dia juga berkata ibu bapa mungkin sukar untuk mendapatkan taska yang menetapi jangkaan mereka sepenuhnya. Oleh itu penting untuk sentiasa berwaspada, berkomunikasi dengan guru dan perhatikan perkembangan anak-anak.
Antara yg kena alert bila survey taska:
— Fatin Razak (@teynraz) June 23, 2024
– Berdaftar or not? Check website JKM. Minta sijil
– Functional CCTV
– Ratio guru:bayi
– SOP kesihatan/kemalangan
– Guru terlatih or not
– Pengendalian makan/susu/tidur
– Jadual taska; mandi/makan/tidur/aktiviti
– Review internet, local ppl https://t.co/hODQj4TfdQ
Selain itu, seorang individu turut mencadangkan ibu bapa agar bertanya gaji para guru yang dibayar kerana perkara itu dikatakan dapat memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Namun, Fatin berkata perkara itu mungkin kurang sesuai serta dihalang oleh sifat gaji yang peribadi dan sulit itu sendiri. Sebaliknya, ibu bapa boleh memerhatikan tingkah laku guru serta berapa lamakah mereka bekerja di situ.
Baca Artikel Berkaitan: “Bayar Yuran RM1,300 Tapi Dera Anak” – Pihak HQ Taska Di Cheras Enggan Tunjuk CCTV Kepada Ibu Mangsa Dera
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Garu Kepala Harga Yuran Taska Kini Melebihi RM1,000
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.