Now Reading
[Video] Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Kamera DSLR, Guna ‘Dry Box’ DIY Je!

[Video] Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Kamera DSLR, Guna ‘Dry Box’ DIY Je!

Antara perkara yang perlu dilakukan apabila menyimpan kamera DSLR ialah meletakkan gel silika dan mengeluarkan bateri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jurugambar atau juruvideo pasti mempunyai kamera peribadi yang digunakan bagi tujuan komersial atau perniagaan.

Orang ramai pasti tahu bahawa kamera DSLR bukannya murah dan boleh mencecah puluhan ribu bagi satu set yang termasuk dengan lensa.

Oleh itu, kamera tersebut perlulah dijaga sebaik mungkin untuk mengelakkannya daripada menjadi rosak. Ini termasuklah juga dari segi penyimpanannya.


Tips Simpan Kamera Dalam ‘Dry Box’ DIY

Seorang pengguna TikTok (@syira.manap) telah berkongsi beberapa tips yang dipraktikkannya bagi menyimpan kamera DSLR.

#1. Jangan simpan lama dalam beg

Kamera biasanya akan dibawa di dalam beg kamera yang memudahkan pergerakan pengguna. Beg kamera mempunyai ‘padding’ yang bertujuan bagi mengurangkan risiko kerosakan akibat hentakan.

Namun begitu, kamera tidak sepatutnya disimpan terlalu lama di dalam beg kerana ia bukan tempat yang kering. Jika terdapat kelembapan, lensa kamera boleh berkulat. Walaupun kulat tersebut boleh dibersihkan, bahagian dalam cermin lensa mungkin rosak.

Sumber gambar: Unsplash
#2. Simpan di dalam ‘dry box’

Sebaliknya, simpan kamera di dalam ‘dry box’ jika tidak digunakan dalam jangka masa panjang.

Merujuk ke ruangan komen, beberapa individu mencadangkan agar mendapatkan dry box atau ‘dry cabinet’ khas bagi peralatan elektronik. Namun Syira berkata ia mengikut kepada tahap bajet seseorang.

Anda boleh DIY sendiri dry box menggunakan kotak kedap udara jika tiada bajet yang mencukupi.

#3. Tambahkan gel silika

Anda pasti biasa melihat paket gel silika yang diletakkan di dalam kotak kasut, beg malah bungkusan makanan. Gel silika berfungsi bagi mengawal kelembapan dan mengelakkan suatu barang daripada menjadi rosak.

Menurut Syira, kamera DSLR perlu diletakkan ke dalam dry box bersama-sama gel silika. Apabila gel silika telah berubah warna, tukarkan ia dengan yang baru.

Di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa gel silika boleh ‘dipanaskan’ sehingga kembali ke warna asal untuk digunakan semula.

Sumber gambar: Unsplash
#4. Letakkan meter kelembapan

Salah satu lagi alat yang berguna dalam penjagaan kamera DSLR ialah meter kelembapan yang mengukur tahap kelembapan suatu ruang.

Namun, dapatkan meter yang berkualiti dan bersesuaian agar bacaannya betul.

#5. Keluarkan bateri sebelum simpan

Seperti mana-mana peralatan elektronik lain, bateri kamera juga disarankan agar dikeluarkan apabila tidak digunakan.

Sebagai info, bateri yang dibiarkan lama boleh bocor, seterusnya merosakkan peralatan tersebut.

Kamera bateri juga perlu disimpan dalam persekitaran yang sesuai iaitu pada suhu bilik dan tidak terdedah kepada cahaya matahari dan kelembapan. Jangan lupa bateri kameri perlu dicas sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

Sumber gambar: Pexels
#6. Jangan letak LCD kamera ke bawah

Apabila menyimpan kamera, pastikan ia diletakkan dalam keadaan menegak. Jangan meletak dengan LCD kamera berada di bawah kerana ia boleh merosakkan skrin.

Lens kamera juga tidak sepatutnya menghadap ke bawah kerana jika kotak atau bag terjatuh, ia boleh pecah.

#7. Cabut tali kamera

Akhir sekali, Syira juga memberi saranan untuk mencabutkan tali kamera sebelum disimpan lama di dalam dry box.

@syira.manap Korang ada camera ? Kena jaga betul ii , kalau tak lebur duit korang 🥹 try tips ii ni 👇🏻 1. Jangan simpan camera dalam beg terlalu lama – Boleh menyebabkan lens berkulat – camera perlu disimpan dekat tempat yang kering & tidak lembap 2. Gunakan Dry Box – Simpan camera dalam dry box kalau takguna dalam jangka waktu yang panjang 3. Silika gel – tambahan silika gel dalam dry box – Fungsi : menyerap kelembapan – Tukar silika gel jika berubah warna 4. Humidity meter (optional) – Baca Kadar kelembapan dalam box 5. Cabut bateri sebelum simpan dalam dry box – Boleh menyebabkan screen vignette 6. Jangan letak camera dalam posisi LCD dibawah & lens diatas – Boleh merosakkan screen / screen vignette 7. Cabut Tali strap sebelum simpan dalam try box (kalau simpan terlalu lama) #tips #tipsandtricks #camera #cameratips #tipscamera #canon #tipskamera #kamera #canoncamera ♬ The beauty of existence sped up – vocals only 🫶🏼

Bersihkan Kamera Dahulu Sebelum Disimpan

Di samping itu, Syira turut berkongsi cara membersihkan kamera sebelum menyimpannya. Ini bertujuan bagi membuang sebarang habuk dan cap jari yang melekat pada kamera.

Anda boleh mendapatkan kit pembersihan kamera yang biasanya merangkumi ‘blower’, berus lembut, ‘lens pen’ dan kain microfibre.

Melihat pada video dimuat naik di akaunnya, dia pada mulanya menggunakan blower pada bahagian lensa kamera. Kemudian lens pens digunakan untuk menghilangkan kotoran pada lens.

Seterusnya, boleh gunakan berus lembut pada penutup lensa serta badan kamera untuk membuang habuk yang melekat.

Kain microfibre pula digunakan bagi membersihkan kotoran seperti cap jari pada skrin kamera.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd