Now Reading
[Video] Lelaki Ini Kongsi Tips Bersihkan Perut Lembu Guna Sikat. Nampak Senang Je!

[Video] Lelaki Ini Kongsi Tips Bersihkan Perut Lembu Guna Sikat. Nampak Senang Je!

Selain itu, ada juga individu yang membersihkan perut lembu menggunakan ‘water jet’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari Raya Haji telah berlangsung pada Isnin (17 Jun) lalu. Sejak itu, umat Islam telah menjalankan ibadah korban yang akan berlangsung sehingga 13 Zulhijjah ini.

Sehubungan itu, orang ramai telah banyak berkongsi video mereka melapah dan membersihkan daging yang dikorbankan. Anda tahu tak, salah satu bahagian yang paling sukar dibersihkan ialah babat atau perut lembu?

Ini kerana terdapat najis atau kotoran yang melekat di celah-celah perut serta di dalam usus yang perlu dibuangkan sepenuhnya.

Jadi macam mana nak cuci perut lembu ini?


Lelaki Bersihkan Babat Lembu Guna Sikat

Seorang individu berkongsi di akaun TikTok miliknya (@izzatibrahimsr) bahawa dia menggunakan sikat untuk membersihkan perut lembu.

Dia turut berkongsikan beberapa tips yang akan membantu dan memudahkan proses pencucian organ lembu itu.

#1. Gunakan air mengalir

Pertama sekali, penting untuk gunakan air yang mengalir bagi membasuh perut agar tiada najis yang tertinggal.

Mungkin anda pernah melihat orang mencuci perut lembu di sungai. Perkara ini sememangnya lebih menjimatkan penggunaan air, namun perlulah mencari sungai yang bersih agar perut tadi tidak tercemar.

Lebih elok jika memilih sungai yang airnya mengalir dan tidak tersekat kerana ia akan menyebabkan najis berkumpul, seterusnya mencemarkan sumber air itu.

#2. Potong perut ikut saiz pelapik

Kalau anda nak tahu, perut lembu bersaiz sangat besar! Oleh itu, ia haruslah dipotong terlebih dahulu untuk memudahkan proses pencucian.

Jika anda ingin membersihkan perut di atas lapik seperti landas cincang, bolehlah potong mengikut saiz agar lebih mudah diletakkan di atasnya.

Jangan potong terlalu kecil pula kerana ia akan menyukarkan anda untuk menggosok perut tersebut.

#3. Gunakan sikat rambut

Mungkin ada yang pelik mengapa gunakan sikat rambut untuk mencuci perut lembu berbanding pisau atau berus seperti kebanyakan orang?

Menurut Izzat, kotoran pada perut lembu lebih senang ditanggalkan menggunakan sikat berbanding pisau. Ini mungkin kerana kotoran akan melekat pada sikat.

Sikat juga akan lebih mudah dibersihkan semula selepas digunakan berbanding berus. Tidak seperti sikat, kotoran akan melekat pada celah-celah bulu berus dan perlu dibersihkan satu persatu.

Malah, katanya penggunaan sikat tidak akan menyebabkan perut ‘terluka’ seperti apabila menggunakan pisau.

Melihat kepada video yang dikongsi, dia menggosok perut lembu menggunakan sikat dengan kuat sehingga tertanggal daki hitam padanya.

Tambahnya lagi, penggunaan ‘water jet’ akan menyebabkan najis atau kotoran bersepah di merata-rata tempat.

@izzatibrahimsr

Cara saya bersihkan babat lembu dan kenapa saya guna sikat. #eidmubarak #eiduladha2024

♬ Ya Nabi (Arabic Version ) – Maher Zain

Perut Lembu Ada 4 Bahagian

Bagi yang tidak tahu, babat atau perut lembu sebenarnya mengandungi empat bahagian yang dikenali sebagai kitab, tuala, sarang lebah dan muda (usus).

Selain daripada tips yang dikongsikan di atas, perut lembu juga boleh dibersihkan menggunakan water jet dan direndamkan di dalam air kapur makan bagi menghilangkan daki hitam dan bau.

https://www.tiktok.com/@tangan_kidal/video/7381355987699092754

Malah, terdapat juga mesin basuh khas untuk membersihkan perut itu.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok (@tim_greenturae), perut kitab dan perut muda mempunyai tekstur yang lembut, manakala tuala dan sarang lebah perlu dimasak lebih lama agar tidak kenyal.

@tim_greenturae

kali ni Tim akan potong dan masak 4 jenis perut lembu. Perut kitab, di mana ianya berhelai helaian umpama sebuah buku Perut tuala atau perut tua, memang tekstur dia macam tuala tau. Perut sarang lebah, nampak tak bentuk dia macam sarang lebah Perut muda atau usus lembu tersebut Resepi Perut Masak Sambal 1. Blender bahan berikut – Bawang merah, bawang putih, halia dan cili api – Nak warna cantik, guna cili kering 2. Tumis hingga pecah minyak 3. Masukkan perut dan letak air untuk reneh sehingga perut lembut 4. Letak serai dan perasakan garam dan gula. Siap #timgreenturae #perutlembu #reelclasswithdhuna #roomcircletwd

♬ Natural food, cooking and recipes, cooking background music(1324745) – MATSU

Ada Parasit Merah Dalam Perut Lembu

Di samping itu, seorang individu telah berkongsi video yang menunjukkan parasit atau cacing berwarna merah di dalam perut lembu.

Menurutnya, parasit tersebut biasa dijumpai di dalam perut lembu. Ini tidak bermakna ia tidak boleh dimakan, tetapi perlulah dicuci sehingga hilang kesemua cacing itu.

Merujuk ke ruangan komen, seorang individu berkata dia sudah biasa melihat parasit tersebut pada perut lembu. Tambahnya, manusia sendiri pun perlu mengambil ubat untuk menghilangkan cacing di dalam perut, apatah lagi lembu.

Seorang lagi pengguna TikTok berkata jika terdapat parasit ini pada lembu, ia akan mengalami masalah diarea dan penurunan berat badan yang kronik.

Selain daripada parasit merah ini, terdapat juga parasit lain yang boleh berada di dalam perut lembu seperti cacing pita dan penghisap darah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd