Now Reading
“Lebih Bagus Jika Penjimatan Subsidi Digunakan Bagi Tingkatkan Pengeluaran” – Pakar Ekonomi

“Lebih Bagus Jika Penjimatan Subsidi Digunakan Bagi Tingkatkan Pengeluaran” – Pakar Ekonomi

Penurunan harga telur telah dipersetujui setelah satu perbincangan antara Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia dan kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (17 Jun), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penurunan harga telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji. Harga runcit terkini bagi telur ayam gred A ialah 42 sen, gred B 40 sen dan gred C 38 sen sebiji.

Penurunan ini selaras dengan usaha bagi mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Penjimatan Subsidi Bagi Tingkatkan Pengeluaran” – Yeah Kim Leng

Sehubungan itu, beberapa orang pakar dan pemegang taruh berpendapat bahawa memberi subsidi ke atas harga telur tidak akan menyelesaikan masalah bekalan.

Profesor ekonomi di Sunway University, Dr Yeah Kim Leng, berkata walaupun penurunan harga telur dapat membantu dalam mengurangkan kesan inflasi, namun penjimatan subsidi lebih bagus sekiranya digunakan bagi meningkatan pengeluaran.

Sumber gambar: Unsplash

Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti ladang tempatan penting bagi menangani isu harga bahan makanan tinggi dan kenaikan kos bahan import.

Profesor ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng.

Tambahnya, kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak swasta bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri makanan, seterusnya mengekalkan harga yang rendah dan stabil.

Dalam masa sama, Prof Yeah juga mengakui bahawa penurunan harga telur dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap pelan rasionalisasi subsidi diesel apabila penjimatan daripada usaha itu digunakan bagi menangani masalah harga makanan tinggi.


Pengurangan Harga Telur Dianggar Dapat Kawal Inflasi

Pengerusi Management and Technology’s Centre for Business and Policy Research, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Dr Foo Lee Peng berkata pengurangan harga telur akan memberi faedah terbanyak buat isi rumah berpendapatan rendah.

Harga telur yang rendah kemungkinan akan meningkatkan pemakanan telur oleh isi rumah, memudahkan keluarga untuk menjadikannya sebagai makanan asasi yang dapat meningkatkan khasiat dan keselamatan makanan.

Pengerusi Management and Technology’s Centre for Business and Policy Research, UTAR, Dr Foo Lee Peng.

Selain itu, Foo berkata pengurangan harga telur yang merupakan komponen utama bagi indeks harga penggunga (IHP) dapat membantu dalam pengawalan inflasi terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.

Sumber gambar: Unsplash

“Telur Alami Masalah Bekalan, Bukan Harga” – Ameer Ali Mydin

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Dr Ameer Ali Mydin, walau bagaimanapun merasakan pengumuman kerajaan yang bermula dengan rasionalisasi harga diesel sebagai tindakan yang “silly and flip-flop.”

“Kerajaan tidak patut bersikap ‘flip-flop’ dengan berkata subsidi akan dikurangkan, tetapi kemudian memberikan subsidi tersasar dengan mengambil wang dari penjimatan subsidi diesel untuk mengsubsidikan telur,” katanya dipetik The Star.

Ameer juga berkata bahawa tindakan itu tidak akan mengekalkan harga telur rendah dalam masa jangka panjang.

Tambahnya, bekalan semasa telur dalam pasaran hanyalah sekitar 35% daripada jangkaan permintaan yang diperlukan bagi mengekalkan harga rendah.

Masalahnya ialah bekalan telur, bukan harga.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Ameer sebaliknya mencadangkan subsidi telur dibatalkan sama seklai agar harganya ditentukan oleh pasaran seperti mana ayam.

Sumber gambar: Ameer Ali Mydin/ Facebook

Kerajaan Telah Adakan Perbincangan Dengan Pembekal Telur

Menurut penasihat Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, pengurangan harga telur sebanyak 3 sen sebiji dipersetujui setelah perbincangan dengan kerajaan.

Katanya, kos penghasilan telah berkurang, oleh itu tiada masalah bagi penurunan harga tersebut.

“Kebanyakan pembekal telur terlibat, dan kami melakukan perkara ini bagi kebaikan rakyat Malaysia,” kata Ng yang menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa berhubung dengan kerajaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd