Now Reading
Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Antara perkara yang perlu dilakukan ibu ayah agar anak-anak tidak menjadi ‘picky eater’ ialah mengurangkan pemberian susu formula dan makanan diproses tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapatkan nutrien yang secukupnya menerusi pemakanan.

Namun begitu, terdapat sesetengah kanak-kanak yang memilih makanan dan sukar mengamalkan diet sihat seperti memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebenarnya, kanak-kanak menjadi ‘picky eater’ disebabkan oleh pengalaman mereka dengan sesetengah makanan.

Antara perkara yang menyebabkan keadaan ini adalah kesukaran ketika makan, lambat diperkenalkan dengan makanan pepejal dan pemilihan makanan tertentu oleh ibu bapa.


5 Cara Elak Anak Jadi ‘Picky Eater’

Satu video dikongsikan oleh kedai bayi dalam talian, BeiBeeBoo HQ, di TikTok menjelaskan cara-cara yang boleh diamalkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak menjadi ‘picky eater’.

Menurutnya, umur antara dua hingga empat tahun merupakan ‘golden age’ yang akan menentukan sama ada kanak-kanak akan menjadi cerewet dalam pemakanan atau gemar mencuba pelbagai makanan.

#1. Kurangkan Susu Formula

Susu yang kaya dengan nutrien penting seperti protein dan kalsium merupakan salah satu diet penting bagi tumbesaran kanak-kanak.

Namun begitu, terdapat salah faham dalam masyarakat bahawa susu formula lebih bagus berbanding susu segar.

Kajian oleh American Academy of Pediatrics (AAP) mendapati tiada sebarang kebaikan nutrien dalam susu formula bagi kanak-kanak berusia antara enam hingga 36 bulan.

Malah kandungan gula dalam kebanyakan susu formula adalah tinggi dan boleh menyumbang kepada kanak-kanak menjadi cerewat dalam pemakanan.

Sumber gambar: Pexels.
#2. Kenalkan Anak Dengan Pelbagai Makanan

Anak-anak harus diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan sejak kecil lagi dengan rasa dan tekstur dan berbeza. Ini dapat mencegah mereka daripada mengalami kesukaran menyuap makanan (feeding difficulties) sewaktu membesar.

BeiBeeBoo berkata ibu bapa harus membiarkan anak mencuba pelbagai jenis makanan apabila mereka mahu dan jangan menghadkan perkara itu.

Sumber gambar: Pexels.
#3. Ibu Bapa Tegas Dengan Keputusan Pemakanan

Jika anak menangis atau ‘tantrum’ meminta anda membelikan gula-gula atau aiskrim sewaktu di kedai, kenalah tegas mengatakan ‘tidak boleh’.

Mungkin ada ibu bapa yang memilih jalan ringkas untuk memujuk anak dengan membelikan makanan tersebut, tetapi ingat bahawa ia tidak elok untuk perkembangan mereka.

Dalam pada itu, ibu bapa atau orang sekeliling juga jangan biasakan berjanji dengan kanak-kanak untuk membeli makanan manis sebagai ganjaran.

Ingat ya, jika anda berjanji dan tidak tunaikan, ia merupakan satu bentuk penipuan!

Sumber gambar: Pexels.
#4. Libatkan Anak Dengan Penyediaan Makanan

Ibu bapa mungkin menganggap kanak-kanak masih tidak memahami apa yang diajar sewaktu usia kecil dan mengecualikan mereka daripada melakukan sebarang kerja rumah.

Namun kanak-kanak sebenarnya boleh diajar sejak kecil untuk melakukan penyediaan makanan yang mudah.

Bawa mereka ke kedai atau pasar untuk membeli bahan masakan bagi mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Apabila menyediakan makanan, boleh juga ajak anak untuk melakukan perkara mudah seperti membasuh dan mengupas buah.

Kanak-kanak yang terlibat dengan penyediaan makanan akan dapat memupuk tabiat pemakanan sihat dan menggalakkan ‘picky eater’ mencuba makanan yang disediakan sendiri.

Sumber gambar: Pexels.
#5. Kurangkan Makanan Tinggi Diproses

Yang terakhir dan paling penting, kurangkan memberi makanan tinggi diproses (ultra-processed food) seperti sup cendawan paket, nuget dan sosej kepada anak-anak.

Makanan sebegini bukan sahaja mempunyai kandungan nutrien rendah, tetapi juga tinggi sodium yang boleh menyumbang kepada kanak-kanak memilih makanan.

BeiBeeBoo juga meningatkan agar tidak membeli makanan yang dipromosikan sebagai ‘kids food’ tetapi tiada nutrisi.

Biasakan anak-anak dengan makanan sebenar sejak kecil lagi. (Sumber gambar: Pexels)

Walaupun begitu, ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak memakan makanan yang tidak diingininya kerana perkara ini boleh menyebabkan mereka menjadi lebih cerewet.

Selain itu, makanan baru juga boleh diperkenalkan kepada anak dengan perlahan-lahan dan secara kreatif.

Ingat juga bahawa anak-anak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan diberi gula dan garam tambahan (no salt, no sugar). Selain tidak bagus untuk kesihatan, perkara ini juga dipercayai boleh menyebabkan mereka menjadi ‘picky eater’.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: “Lambat, Tinggal” – Ibu Ayah, Tolong Berhenti Buat 5 Penipuan Ini Terhadap Anak-Anak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd