Now Reading
Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tak Bersalah Atas Pertuduhan Mengabaikan Mangsa

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tak Bersalah Atas Pertuduhan Mengabaikan Mangsa

Pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan dilakukan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, hari ini (13 Jun) didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan mangsa Disember lalu.

Tertuduh Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf kedua-duanya berusia 29 walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.


Pasangan Didakwa Mengabaikan Mangsa

Menurut pertuduhan, pasangan itu yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn didakwa mengabaikan mangsa sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sekitar jalan PJU Damansara Damai pada 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Jika disabit bersalah, tertuduh akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh apabila ditanya pengakuan untuk direkodkan.


“Ada Tuduhan Untuk Kedua-Dua Anak Guam Kami” – Fahmi

Terdahulu, ibu bapa kepada mangsa telah ditahan reman selama 13 hari sejak 1 Jun lalu dan tamat tempoh hari ini.

Sehubungan itu, Fahmi Abd Moin, peguam mewakili kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut, mengesahkan pasangan itu akan didakwa di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

“Ya, ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam kami,” katanya dipetik Harian Metro.

Namun begitu, Fahmi berkata pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai intipati pertuduhan ke atas kedua anak guamnya.

Peguam Mahmud Jumaat turut mewakili ibu mangsa di samping Fahmi.


Datuk & Nenek Mangsa Turut Ditahan

Dalam perkembangan lain, polis telah menahan datuk dan nenek kepada Zayn di lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam petang semalam (12 Jun).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dan penahanan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Pasangan itu akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, lapor Astro Awani.


Peguam Bantah Permohonan Rekod Pengakuan Ibu Mangsa Di Mahkamah

Semalam, ibu kepada Zayn telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan memberi keterangan di hadapan majistret. Orang Yang Disyaki (OYDS) itu walau bagaimanapun tidak melakukan sebarang pengakuan.

Menurut Mahmud, prosiding tersebut merupakan permohonan polis menurut Seksyen 26(1) Akta Keterangan dan telah dibantah oleh kedua-dua peguam.

Tindakan untuk merekod pengakuan bersalah OYDS di hadapan majistret oleh polis agak luar biasa, dakwa Mahmud dan Fahmi.

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Bantah Permohonan Polis Untuk Rekod Pengakuan Ibu Zayn Rayyan Di Mahkamah

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dianiaya, Ini Fitnah” – Bapa Zayn Rayyan Dakwa Dirinya Dianiaya, Ahli Keluarga Protes Mohon Keadilan


Ibu Lakon Semula Kejadian

Terdahulu, ibu mangsa telah dibawa semula ke lokasi kejadian di Apartment Idaman, Damansara Damai bagi melakonkan semula kejadian anaknya hilang sehingga mayat ditemui pada hari Isnin (10 Jun).

Mayat kanak-kanak autisme tersebut telah ditemukan dalam keadaan terbaring di tepi anak sungai berhampiran kediamannya pada 6 Disember 2023. Dia sebelum itu telah dilaporkan hilang oleh ibunya.

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd