Now Reading
[Video] Apa Perlu Buat Jika Anak Terkena Renjatan Elektrik?

[Video] Apa Perlu Buat Jika Anak Terkena Renjatan Elektrik?

Ibu bapa diingatkan agar tidak memegang anak yang sedang terkena renjatan elektrik sebelum memastikan arus terhenti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Renjatan elektrik merupakan satu kerisauan terutamanya buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak perkara itu daripada berlaku terhadap anak-anak, namun malang tidak berbau.

Mungkin ibu bapa yang melihat anak-anak mengalami renjatan elektrik akan serta-merta mahu memegang mereka. Tetapi tindakan ini sebenarnya amat berbahaya.

Memegang seseorang dalam keadaan tersebut akan menyebabkan anda turut terkena renjatan elektrik. Perkara ini seterusnya akan menghalang anda daripada menyelamatkan anak, malah boleh meragut nyawa kedua-duanya sekali.


Pastikan Tiada Aliran Elektrik

Satu akaun di TikTok (@tinyheartseducation) telah membuat perkongsian tentang apa yang perlu dilakukan jika anak anda terkena renjatan elektrik.

Paling penting, matikan dahulu palam yang disambung pada peralatan elektronik. Namun harus diingat bahawa suis yang ditutup tidak bermakna tiada aliran elektrik sama sekali.

Cabut juga plug untuk menghentikan aliran elektrik. Boleh juga tutupkan suis utama pada kotak suis.


Gunakan Bahan Penebat Untuk Alih Anak Dari Sumber Elektrik

Jika sukar untuk matikan palam seperti suis tersorok atau berada di belakang perabot, gunakan alatan yang tidak boleh mengalirkan elektrik untuk mengalihkan anak daripada sumber elektrik.

Boleh juga cuba alihkan sumber elektrik jika tidak dihempap oleh anak. Antara perkara yang boleh digunakan ialah penyapu kayu, batang paip PVC dan surat khabar yang digulung.

AMARAN: Jangan gunakan batang besi kerana ia merupakan bahan pengalir elektrik.

Alihkan anak perlahan-lahan kerana renjatan elektrik yang kuat boleh mengakibatkan retakan pada tulang belakang.

https://www.tiktok.com/@tinyheartseducation/video/7360845656962927878?

Lakukan CPR & Hubungi Ambulans Jika Anak Tak Sedarkan Diri

Setelah anak dialihkan daripada sumber elektrik, semak pernafasan, nadi, warna kulit dan tahap kesedaran. Jika tiada nadi atau pernafasan, segera lakukan CPR selama dua minit sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

Di samping itu, jika anak tidak sedarkan diri atau bernafas secara tidak normal, terus hubungi pihak ambulans.

Dalam keadaan terdapat kebakaran pada tubuh badan, jangan cuba untuk rawat sendiri di rumah tetapi terus bawa anak ke hospital. Jangan tanggalkan baju yang mempunyai kesan terbakar kerana ia boleh menyebabkan mereka lebih sakit jika kulit tertarik.

Tiada kecederaan luaran pada anak tidak bermakna mereka selamat. Sebaliknya, boleh jadi terdapatnya kecederaan dalaman. Oleh itu, anak yang kelihatan sihat juga perlu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Individu yang terkena renjatan elektrik boleh mengalami masalah kesihatan serius di kemudian hari akibat serangan jantung atau jangkitan sepsis. (Sumber gambar: Pexels)

Renjatan elektrik boleh mendatangkan kecederaan seperti sakit kepala, sawan, otot mengejang, rasa kebas dan sakit atau lemah. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menyebabkan serangan jantung, kecederaan dalaman termasuk pada organ, otot, tisu, tulang dan saraf, serta kebakaran luaran dan dalaman.


Jauhkan Anak Dari Sumber Elektrik

Mencegah lebih baik daripada merawat, oleh itu ibu bapa dinasihati agar mengambil langkah-langkah yang secukupnya bagi mengelakkan anak-anak direnjat elektrik.

Kebiasannya, anak-anak terkena renjatan elektrik akibat menggigit wayar elektrik, mencucukkan sesuatu ke dalam soket, bermain dengan wayar atau lampu elektrik serta berada di dalam air apabila terdapanya aliran elektrik.

Berikut merupakan beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan:

  • Tutup soket dengan penutup dan letakkan perabot di hadapannya jika boleh.
  • Buang bahan elektronik dengan wayar yang sudah usang atau terkoyak.
  • Jauhkan bahan elektronik daripada anak-anak.
  • Pastikan bahan elektronik yang digunakan berkualiti dan mempunyai cap SIRIM.
  • Cabutkan wayar bahan elektronik jika tidak digunakan, terutamanya di dapur dan tandas.
  • Semak mainan berelektronik dan lupuskan jika mempunyai percikan elektrik, terasa panas atau berbau seperti terbakar.
  • Tutup wayar dengan penutup wayar (wiring casing).
Ajar anak agar tidak memetik suis dengan tangan yang basah. (Sumber gambar: Pexels)

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Terkena Renjatan Elektrik Ketika Guna Water Heater

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd