Now Reading
Kes Rider Tersalah Hantar Makanan Ada Babi Kepada Pelanggan Islam, foodpanda Tampil Mohon Maaf

Kes Rider Tersalah Hantar Makanan Ada Babi Kepada Pelanggan Islam, foodpanda Tampil Mohon Maaf

Menurut foodpanda, langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk menangani situasi tersebut dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular di media sosial seorang rider foodpanda telah tersalah hantar makanan tidak halal kepada pelanggan yang beragama Islam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Izham Nayan, apa yang lebih mengejutkan apabila anak-anak kepada rakannya itu telahpun termakan makanan tidak halal berkenaan kerana si ibu mempunyai urusan pada ketika itu.

“(Penghantar makanan) foodpanda salah hantar makanan babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan,” tulisnya.

foodpanda tampil mohon maaf kepada pelanggan Muslim

Terbaharu, foodpanda menerusi satu kenyataan telah memohon maaf kepada pelanggan terbabit akibat kejadian itu.

Menurut foodpanda, kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu itu merupakan kes yang sangat jarang terjadi (isolated case).

Jalankan siasatan dan berhubung secara terus dengan pelanggan dan penghantar makanan

Syarikat terbabit juga telah menjalankan siasatan dan pihaknya sedang berhubung secara terus dengan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan penunggang terbabit.

“Langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk menangani situasi tersebut dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya lagi, foodpanda akan kekal komited untuk memastikan standard perkhidmatan yang tertinggi dan akan terus berusaha gigih bagi menggelak kejadian serupa berulang.

Order mi tarik, dapat babi panggang

Terdahulu, dalam hantaran tular terbabit, difahamkan menu asal yang ditempah oleh pelanggan berkenaan adalah mi tarik warisan, namun makanan yang diterima pula merupakan nasi ayam pangang bersama babi pangang.

Ketika kejadian, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang sibuk mengendali kelas secara dalam talian menyebabkan anak-anaknya yang mengambil penghantaran makanan tersebut.

“Ayah ‘order’ untuk anak kat rumah. Anak terima dan makan sahaja. Resit biasa tampal dekat luar, tapi yang ini resit letak di dalam plastik bahagian bawah, keluarkan semua baru jumpa resit,” tulis di Facebook.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd