Now Reading
Kakitangan IPTS Dakwa Tidak Terima Gaji Sejak April

Kakitangan IPTS Dakwa Tidak Terima Gaji Sejak April

Mereka turut mendakwa bahawa perkara itu terjadi disebabkan oleh seorang pegawai kewangan yang bukan warganegara tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (6 Jun), media melaporkan dakwaan kakitangan sebuah universiti yang menyatakan kesemua pekerja di institusi tersebut tidak dibayar gaji sejak bulan April.

Perkara itu membabitkan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terkenal di Selangor yang turut mempunyai kampus di luar negara.

“Kami tak dibayar gaji sejak April. Hampir 200 kakitangan terkesan dan kebanyakan kakitangan yang tak dibayar gaji adalah rakyat Malaysia,” kata seorang staf dipetik MalaysiaKini.


“Beberapa Staf Warga Asing Telah Terima Gaji” – Kakitangan Universiti

Dalam masa sama, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso turut tidak dilakukan oleh pihak universiti.

Seorang kakitangan yang tidak didedahkan namanya berkata mereka mahu meminta campur tangan kerajaan dalam isu ini.

Kami nak kerajaan segera campur tangan.

Kakitangan universiti swasta.

Dakwa mereka lagi, gaji walau bagaimanapun telah dibayar kepada beberapa staf warga asing yang berkhidmat di universiti itu.


Dakwa Pegawai Kewangan Universiti Jadi Punca

Perkara itu telah didedahkan kepada MalaysiaKini oleh beberapa kakitangan universiti.

Dakwa salah seorang daripada mereka lagi, isu gaji tidak berbayar tersebut terjadi disebabkan oleh seorang pegawai kewangan universiti.

Tambah mereka lagi, pegawai kewangan yang dikatakan merupakan seorang warga asing didakwa ‘membuli dan merendahkan kakitangan Malaysia’.

Pegawai kewangan ini warga Iran. Dia sering membuli dan merendahkan kakitangan warga Malaysia khususnya Melayu. Kami tak pasti sebab dia berkelakuan begitu. Tapi, kami pasti dia memang ‘kurang ajar’ dengan kakitangan warga Malaysia.

Kakitangan universiti swasta.

Aduan Telah Dibuat Kepada PMO, Kesuma dan KPT

Dalam laporan itu lagi, MalaysiaKini sedang berusaha untuk menghubungi universiti berkenaan bagi mendapatkan komen.

Menurut kakitangan universiti, mereka telah melakukan aduan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi e-mel sejak 23 Mei lalu.

Namun, tiada sebarang maklum balas diterima dan mereka berharap agar tindakan segera diambil oleh kerajaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd