Now Reading
IKEA UK Tawar Pekerjaan Sebagai ‘Co-Worker’ Dalam Game Roblox

IKEA UK Tawar Pekerjaan Sebagai ‘Co-Worker’ Dalam Game Roblox

Peluang pekerjaan tersebut dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang menetap di United Kingdom atau Republik Ireland.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika dahulu, ibu bapa cukup marah jika anak-anak banyak meluangkan masa bermain video game.

Namun seiring dengan peredaran zaman, permainan video atau e-gaming kini turut menyediakan peluang pekerjaan, seperti menerusi pertandingan, buat mereka yang mempunyai kemahiran itu.

Salah satu online game yang terkenal di seluruh dunia ialah Roblox yang membenarkan penggunanya menghasilkan permainan sendiri. Melalui Roblox, syarikat perabot terkenal IKEA menghasilkan permainan yang digelar ‘The Co-Worker Game’.


Pengalaman Bekerja Bukan Linear Satu Norma Di IKEA

Perkara ini telah dimaklumkan oleh IKEA United Kingdom (UK) yang akan membuka ‘cawangan dalam taliannya’ pada 24 Jun nanti. Menerusi game itu, pemain boleh merasai sendiri pengalaman bekerja di IKEA secara alam maya.

Pemain dapat terlibat dengan pendekatan unik terhadap kerjaya di IKEA yang mengutamakan pengalaman bekerja bukan linear. Di IKEA, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pekerjanya bertukar-tukar jabatan.

‘The Co-Worker Game’ dihasilkan dengan tujuan untuk memperkenalkan pelbagai jawatan dan perjalanan kerjaya yang terdapat di IKEA menerusi beberapa siri permainan yang diinspirasi daripada kerjaya sebenar di konglomerat yang berasal dari Sweden itu.

Pemain boleh meneroka dan merasai pengalaman bekerja di IKEA termasuk menghidangkan bebola daging popularnya di Bistro dan menyusun produk di bilik pameran yang disediakan.

Malah, mereka berpeluang untuk memenangi User-Generated Content (UGC) IKEA, iaitu barang atau aset yang dihasilkan dalam Roblox. Best betul!

Sumber gambar: IKEA UK

IKEA Tawar Bayaran Bagi 10 Co-Workers di Roblox

Lebih menarik lagi apabila cawangan itu turut menawarkan jawatan berbayar bagi 10 orang ‘co-workers’!

Seperti di dunia sebenar, pekerja-pekerja ini akan melakukan pekerjaan yang bersesuaian, membantu pelanggan dan dinaikkan pangkat untuk bertukar jabatan.

Mereka yang berjaya akan menerima bayaran £13.15 (RM78.92) sejam, sama seperti bayaran pekerja IKEA di London. Menarik juga dapat bayaran dengan hanya main game kan?

Permohonan bagi jawatan tersebut telah dibuka dan akan berlangsung sehingga 16 Jun. Namun ia hanya terbuka bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap di UK dan Republik Ireland.

Sumber gambar: IKEA UK

“IKEA Jenama Pertama Tawar Kerja Berbayar Di Roblox” – Darren Taylor

Borang permohonan The Co-Worker Game juga lain daripada yang lain apabila menanyakan soalan berkenaan menjadi piksel (pixel) dan perasaan jika hotdog piksel di bistro IKEA telah habis.

Menurut Pengurus Pekerja dan Budaya bagi IKEA UK dan Ireland, Darren Taylor, kerja berbayar pertama kali ditawarkan di Roblox oleh mereka.

Kami teruja untuk menjadi jenama pertama yang melancarkan pekerjaan berbayar di Roblox untuk menunjukkan cara berbeza kami mengendalikan kerjaya, di samping menghidupkan falsafah kerjaya yang unik.

Pengurus Pekerja dan Budaya IKEA UK dan Ireland, Darren Taylor.

“IKEA tidak menetapkan laluan perkembangan kerjaya. Rakan sekerja kami dapat menukar peranan dan jabatan, serta berkembang ke mana-mana arah yang dipilih sama ada dalam permainan atau di dunia sebenar.

“Terdapat pelbagai cara untuk belajar dan berkembang di IKEA, dan itulah yang dibawa oleh IKEA di Roblox,” tambahnya lagi.

Sumber gambar: IKEA UK

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd