Now Reading
[Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?

[Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?

Ustaz Syed Abdul Kadir berkata seseorang itu benar-benar berada dalam keadaan yang suci jika yakin bahawa dirinya suci.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang Muslim yang ingin menjalankan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran haruslah berada dalam keadaan suci di mana kedua-dua hadas kecil dan besarnya diangkat.

Apabila di tempat kerja atau di luar, sesetengah individu akan cuba memelihara wuduknya agar memudahkan urusan ibadah.

Namun bagi wanita, terdapat tanggapan bahawa mereka perlu memeriksa setiap kali sebelum solat sekiranya terdapat keputihan yang keluar, walaupun dalam keadaan berwuduk.


Seseorang Kekal Suci Jika Yakin Wuduk Tidak Batal

Seorang wanita telah berkongsi di TikTok miliknya (salimahabibi11) berkenaan isu ini.

Dia telah mengikuti pengajian kitab hadis Bulughul Maram oleh Ustaz Syed Abdul Kadir di Masjid Ridhuan Hulu Klang. Katanya, kitab tersebut mengumpulkan dalil-dalil hukum hakam syarak.

Dia berkata menurut fiqh Islam dan seperti penerangan Ustaz Syed, seseorang yang yakin berada dalam keadaan yang suci, bermakna dia benar-benar suci. Oleh itu, wanita yang dalam keadaan berwuduk tidak perlu menyemak keputihan setiap waktu kecuali jika wuduknya telah terbatal.

Ustaz Syed berkata was-was tidak sepatutnya diendahkan kerana ia merupakan satu bentuk gangguan syaitan.


Yakin Terbatalnya Wuduk Jika Terdapat Tanda Yang Jelas

Menurut Ustaz Syed, jika sedang solat dan berasa was-was sama ada telah terkentut, jangan berhenti kecuali jika yakin wuduk telah batal. Keyakinan telah terkentut ini adalah sama ada mendengar bunyi atau terdapat bau busuk.

Katanya lagi, kaedah sama juga digunakan bagi menentukan pembatalan wuduk disebabkan oleh keluarnya keputihan iaitu jika terasa keluarnya sesuatu daripada faraj atau berasa basah.

Sebaliknya, jika tiada tanda-tanda tidak perlu berasa was-was. Namun beliau berkata perkara itu berbeza bagi setiap individu memandangkan terdapat wanita yang sering keluar keputihan.

Wajib untuk jangan layan was-was. Individu yang layan was-was menjadi bahan tawa syaitan.

Penceramah, Ustaz Syed Abdul Kadir.
@salimahabibi11

Ternampak kat tiktok ni ramai yang komen ‘seelok2 nya kita check dlu utk yakin’ , sedangkan hakikatnya dalam fiqh dan dalam Islam sendiri cara terbaik adalah sepertibtg Ustaz terang dlm video ini. . Kalau yakin suci, tak de kentut tak de rasa ada kwelyar keputihan maknanya suci. Sal tak perasan rupenya belum share video ni di tiktok. Pengajian Bulughul Maram. . Wanita, bila dah ada wudhuk, tak perlu check setiap waktu, kecuali mmg yakin batal. Perkataan kalau , entah2, buang jauh2, kecuali yakin. . Pengajian Bulughul Maram, kitab hadith yg mengumpulkan dalil dalil hukum hakam syarak. Pengajian harini di Masjid Ridhuan Hulu Klang bersana Ustaz @Ustaz Syed Abdul Kadir , dan soal jawab Fiqh. Kuliah penuh di EF B boleh cari je nama Ustaz. . Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Antara pengajaran harini, was was jangan dilayan..ikutlah Nabi jangan ikut syaitan

♬ original sound – Salima Habibi – Salima Habibi

Perlu Ulang Semula Solat Jika Baru Sedar Ada Najis Selepas Habis Solat?

Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu telah mempersoalkan sama ada solat menjadi tidak sah dan perlu dilakukan semula jika perasan terdapat keputihan setelah itu.

Salima berkata jika tidak yakin keputihan telah keluar sewaktu menunaikan solat, maka ia tidak perlu dilakukan semula. Ini kerana keputihan mungkin boleh keluar pada waktu lain selepas solat seperti ketika berjalan ke tandas.

Walau bagaimanapun, mengikut pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika najis disedari terus selepas solat, ibadah itu menjadi tidak sah dan perlu diulangi semula. Namun jika hanya perasan selepas waktu yang lama, maka tidak perlu diulangkan tetapi sunat jika melakukannya.


Wuduk Bagi Wanita Dengan Masalah Keputihan Kritikal

Oleh itu jelas bahawa wanita tidak wajib menyemak keputihan dan mengambil semula wuduk jika tiada tanda ia terbatal. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang sering keluar keputihan tidak kira waktu?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, bagi wanita yang mempunyai masalah keputihan yang kritikal, dia perlu beristinjak dan mengambil semula wuduk setiap kali masuk waktu solat. Lebih elok jika memakai pad atau pantyliner agar keputihan tidak meleleh keluar.

Akan tetapi, jika keputihan keluar ketika solat, perkara itu dimaafkan dan ibadah tersebut sah.

Malah, wanita tidak perlu mengambil semula wuduk walaupun ternyata telah keluar keputihan untuk menunaikan solat sunat seperti tarawih. Hanya solat fardu yang diwajibkan mengambil semula wuduk.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, keputihan sebegini dihukumkan seperti wanita istihadah dan wuduknya sah untuk satu solat fardu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd