Now Reading
[Video] Ibu Ayam ‘Sergah’ Doktor KKM Yang Cuba Bantu Anak-Anaknya

[Video] Ibu Ayam ‘Sergah’ Doktor KKM Yang Cuba Bantu Anak-Anaknya

Sekumpulan anak ayam tersebut pada mulanya telah tersekat di dalam longkang di sebuah klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ada sesetengah individu benar-benar cintakan haiwan sehingga sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan walaupun berhadapan risiko diserang.

Namun dalam membantu haiwan, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, terutamanya bagi perkara membabitkan binatang buas.

Baca Artikel Berkaitan: Cemas Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Wanita Ini Segera Ke Bengkel Minta Bantuan

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan


Dr Klinik KKM Bantu Anak Ayam Keluar Dari Longkang

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@alepza11) yang menunjukkan seorang individu membantu lapan ekor anak ayam untuk mengekori sang ibu.

Pada mulanya, sekumpulan anak ayam tersebut tersekat di dalam longkang.

Zaki yang merupakan seorang doktor di sebuah klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian telah menggunakan karpet ‘welcome’ untuk membantu anak-anak ayam keluar dari longkang.

Di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa dia terdengar bunyi bising di hadapan klinik sebelum membantu anak-anak ayam tersebut.

Sumber gambar: @alepza11/ TikTok

Ayam ‘Sergah’ Doktor

Setelah mereka keluar dari longkang, Zaki menyergah ayam sekeluarga itu agar ke tempat yang lebih selamat. Namun, lebih melucukan apabila dia juga telah ‘disergah’ ibu ayam yang melihatnya sebagai ancaman.

Akhirnya, anak-anak ayam itu perlu melompat ke atas kaki lima untuk mengekori ibu mereka. Kesemua anak ayam berjaya melakukan cabaran tersebut kecuali seekor.

Oleh itu, Zaki terpaksa mengangkat anak ayam tersebut yang sudah mula ‘menjerit’ ketakutan. Sewaktu dia hendak meletakkannya, ibu ayam telah mula mengamuk sehingga menerjah ke arahnya. Sampai tergolek anak ayam itu!


‘Ibu Ayam Melatah’ – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen geli hati dengan situasi tersebut terutamanya apabila tidak dapat membezakan antara bunyi jeritan ibu ayam dan Zaki yang sama-sama terkejut.

Seorang individu bertanya jika ibu ayam telah ke klinik tersebut untuk temu janji ‘check up’.

Ada juga yang berseloroh berkata ibu ayam tersebut telah melakukan ugutan dan cubaan menghalang tugasan seorang penjawat awam.


Netizen Kongsi Pengalaman ‘Diserang’ Ibu Ayam

Seperti mana-mana haiwan lain, ibu ayam tersebut cuma ingin melindungi anak-anaknya daripada orang yang dilihat sebagai ancaman.

Perkara ini bukan hanya dialami oleh Zaki, tetapi ramai lagi orang berhadapan pengalaman sama apabila cuba membantu anak ayam. Sampai trauma pun ada!

Malah, seorang individu berkata dia pernah dikejar ibu ayam sehingga terpaksa memanjat tingkap. Ibu ayam memang garang ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd