Now Reading
Trend “Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas” Undang Kerisauan Ramai

Trend “Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas” Undang Kerisauan Ramai

Apa yang lebih teruk hingga ada yang memuat naik isyarat lucah berserta kenyataan ‘Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini nyata membuka mata ramai pihak. Ini kerana banyak perkara yang tidak disangka berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Antaranya seperti Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai sekolah terbaik di negara ini dalam memperolehi keputusan peperiksaan berkenaan.

Selain itu, trend Nobita sekali lagi menjadi tular di TikTok apabila ada segelintir calon SPM 2023 yang memperolehi keputusan gagal dengan bangganya berkongsi result tersebut kepada umum menggunakan latar belakang suara animasi kegemaran ramai itu.

Trend ini nyata mengundang kerisauan ramai apabila segelintir Gen Z dilihat seolah-olah tidak tahu malu dan bangga dengan apa yang telah diperolehi.

Trend Salahkan Guru Punca Murid Jadi Malas Pula Tular

Terbaharu, trend salahkan guru punca murid menjadi malas pula menjadi perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dikongsikan melalui Facebook Teacher Collection, tular tangkap layar beberapa video yang dimuat naik di platform TikTok.

Apa yang menjadi perhatian adalah trend berkenaan seolah-olah menyalahkan guru sebagai punca pelajar menjadi malas belajar dan ke sekolah.

Malah, apa yang lebih teruk hingga ada yang memuat naik isyarat lucah berserta kenyataan ‘Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas’.

Hantaran asal yang dibuat oleh pengguna Facebook Saifullah Kamanoordin itu jelas menunjukkan dia risau dengan situasi tersebut.

“Sekarang ni trend budak-budak sekolah bagi alasan untuk jadi pemalas dengan menyalahkan guru.

“Bila depa tengok orang cemerlang diraikan oleh sekolah, depa ajak pula mak ayah protes majlis meraikan kejayaan orang cemerlang.

“Begitulah sikap orang yang gagal. Mereka akan menyalahkan sekeliling atas kegagalan mereka, bukannya salah sendiri. Inilah generasi yang sedang dibentuk dan bakal menerajui negara,” tulisnya.

Sekarang ni trend budak2 sekolah bg alasan utk jadi pemalas dgn menyalahkan guru..bila depa tgk org cemerlang diraikan…

Posted by Teacher Collection on Thursday 30 May 2024
https://www.tiktok.com/@moyyyanis/video/7365411151808646418
https://www.tiktok.com/@qrishaje/video/7365485133362711824?_r=1&_t=8mnejWcJaIS

Hantaran Undang Kerisauan Ramai

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet bimbang melihat situasi berkenaan.

Ini kerana mereka risau dengan masa hadapan pelajar terbabit apabila membuat perangai sedemikian.

Malah, ada yang tidak menyangka dan terkejut dengan sikap segelintir pelajar masa kini yang seolah-olah menganggap guru punca mereka menjadi malas.

Namun ada juga yang berpendapat, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah pelajar ini.

Berikut antara komen warganet:

“Bagaimanapun Rupa & Sikap Murid, Cikgu Tidak Pernah Menjadikan Itu Sebagai Alasan Untuk Jadi Malas & Tidak Bersemangat”

“Bukan Sebab Cikgu, Sebab Diri Sendiri, Suka Letak Salah Dekat Orang, Salah Sendiri Tak Mahu Lihat”

“Budak Sekarang Manja Tak Bertempat, Pemalas, Macam-Macam Alasan. Bergantung Kepada Ibu Bapa Juga Sebenarnya”

“Aku Dulu Pun Malas Pergi Sekolah, Tapi Mengenangkan Libasan Getah Paip Mak Aku, Terpaksa Juga Pergi”

“Sekarang Dia Pemalas, Dia Bitter Dekat Cikgu, Nanti 20 Tahun Lagi Dia Struggle Nak Cari Makan, Dia Bitter Pula Dekat Graduan”

“Takpe, Malas Itu Pilihan, Tiada Siapa Yang Rugi Kecuali Diri Kamu”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd