Now Reading
Kes Pemandu E-Hailing Dakwa Dipukul Pengiring Kenamaan Sudah Selesai Cara Baik – Polis KL

Kes Pemandu E-Hailing Dakwa Dipukul Pengiring Kenamaan Sudah Selesai Cara Baik – Polis KL

Menurut Ketua Polis KL, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pemandu e-hailing yang sebelum ini mendakwa telah dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa (28 Mei) telah membuat laporan polis kedua pada hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pengadu yang juga seorang pemandu Grab telah membuat laporan polis kedua pada jam 9.59 malam memaklumkan yang dia sudah menyelesaikan perkara itu secara baik dan enggan memanjangkan kes berkenaan.

“Pada 28 Mei, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya dalam satu kenyataan media.

Di dalam kenyataan sama, beliau berkata Polis Kuala Lumpur telah menerima laporan pertama dari pemandu itu pada jam sekitar 1.00 petang, 28 Mei.

Salah faham arahan pergerakan untuk alihkan kenderaan jadi punca

Pemandu e-hailing OKU berkenaan mendakwa telah diserang oleh individu terbabit yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

“Kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.”

Terdahulu media melaporkan pengadu membuat laporan polis mendakwa telah dipukul orang seorang pengawal peribadi.

Insiden berlaku ketika dia sedang menunggu penumpang di sebuah hotel lima bintang di Brickfields berdekatan KL Sentral.

Dia mendakwa ditumbuk di kepala oleh pengawal peribadi berkenaan dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Baca artikel berkaitan:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd