Now Reading
Wanita Ini Kongsi 7 Tips Berguna Untuk Para Ibu Kekal Aktif & Sihat. Penting Ya!

Wanita Ini Kongsi 7 Tips Berguna Untuk Para Ibu Kekal Aktif & Sihat. Penting Ya!

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senaman yoga dengan bayi, bermain bersama anak di taman permainan dan keluar berjalan-jalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi seorang ibu sememangnya perkara yang memenatkan, lebih-lebih lagi apabila perlu menjaga anak-anak yang masih kecil. Kadangkala para ibu sampai tak ada masa untuk ‘me time’!

Namun begitu, jangan pula sehingga mengetepikan kesihatan diri sendiri ya? Ibu-ibu perlu kekal sihat dan aktif, barulah dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.


Wanita Kongsi 7 Perkara Yang Dipraktik Olehnya Sebagai Ibu

Seorang pengguna laman X, @DalilaAtiqah, telah membuat perkongsian tentang perkara yang dilakukannya agar sentiasa sihat dan dalam keadaan aktif.

Katanya, penting untuk seorang ibu bersenam agar kekal kuat, bertenaga dan bahagia untuk menjaga keluarganya.

Tambahnya lagi, ketiadaan pembantu rumah tidak menjadi penghalang untuk dia lakukan aktiviti-aktiviti berikut. Ini kerana anak-anak akan turut terlibat dalam rutinnya.

#1. Yoga bersama bayi

Yoga merupakan salah satu senaman yang mudah dilakukan kerana anda tidak perlu ke mana-mana dan boleh mengikut video senaman secara dalam talian.

Memandangkan pergerakan yoga banyak merangkumi regangan otot, ia amat sesuai dilakukan untuk mengelakkan sakit pinggang dan belakang serta meningkatkan ‘core strength’.

Dalila berkata melakukan yoga bersama bayi juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Bayi pasti terhibur melihat gelagat ibunya ketika melakukan senaman tersebut!

Sumber gambar: Pexels
#2. Kurangkan penggunaan ‘stroller’ bayi

Kereta sorong bayi merupakan satu alat yang memudahkan apabila berjalan keluar. Ini kerana bayi boleh diletakkan sahaja di dalam ‘stroller’ tersebut tanpa perlu sentiasa diangkat.

Namun bagi Dalila, dia tidak gemar menggunakan alatan tersebut kerana merasa leceh. Sebaliknya, dia mengendong bayinya menggunakan ‘baby carrier’.

Mungkin sesetengah ibu kurang berkenan dengan cara ini terutamanya apabila bayi sudah semakin berat. Namun, anda sebenarnya tidak akan merasa beban bayi jika carrier dipakai dengan betul. Malah penggunaan carrier akan mengukuhkan lagi ikatan antara ibu dan anak.

Pastikan juga kedudukan badan anda dan bayi betul apabila menggunakan baby carrier supaya kedua-duanya dalam keadaan selesa.

Sumber gambar: Pexels
#3. Keluar dari rumah

Di samping itu, Dalila berkata baginya, cara yang paling senang menyebabkan berat badan naik dan mental kurang sihat adalah dengan hanya duduk sahaja di rumah.

Jadi dia akan selalu keluar dari rumah dengan membawa anak-anak bersama walaupun hanya untuk ke pasar.

Dia juga membawa anak berjalan-jalan di kawasan Kuala Lumpur menaiki MRT.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!

#4. Main bersama-sama ketika di taman permainan

Kalau anda tak tahu nak ke mana, boleh juga bawa anak-anak ke taman permainan. Sementara di sana, jangan hanya tengok sahaja anak-anak bermain tetapi main bersama mereka.

Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak tetapi juga boleh membakar lemak dalam badan.

Jika cuaca kurang mengizinkan, kini terdapat pelbagai permainan ‘indoor’ yang sesuai bagi seisi keluarga.

Sumber gambar: Pexels
#5. Lakukan aktiviti keluarga yang aktif

Hujung minggu merupakan hari ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak. Ada yang memilih berjalan ke pusat membeli belah untuk menonton wayang, ‘shopping’ atau menjamu selera.

Namun Dalila berkata, lebih elok jika buat aktiviti yang aktif bersama keluarga seperti berjoging dan berenang.

Baginya, dia memilih untuk berenang kerana dapat menyejukkan badan sekaligus. Malah kini terdapat banyak kolam renang yang dibuka kepada umum dengan bayaran yang berpatutan. Lagi best kalau ke kolam renang yang ada taman permainan!

Walaupun bawa anak bersama, ini tidak bermakna ibu bapa tidak boleh lakukan renangan kardio. Gilir-gilir antara suami isteri untuk bermain dengan anak dan berenang.

Sumber gambar: Pexels
#6. Berkongsi makanan

Bagi pasangan ‘foodie’, mengamalkan gaya hidup sihat bukan bermaksud anda perlu elak mengambil pelbagai jenis makanan.

Sebaliknya berkongsi makanan dapat mengurangkan ‘portion’ yang diambil dalam suatu masa. Sebagai contoh apabila makan di luar, tempat makanan yang dicadangkan bagi dua pax untuk dikongsi bersama tiga orang.

Bukan sahaja dapat mengurangkan kalori dan pembaziran, anda juga boleh melakukan penjimatan menerusi kaedah ini.

#7. Lebihkan memasak di rumah

Sebenarnya kalau nak lebih jimat dan sihat, sediakan hidangan keluarga anda di rumah sahaja.

Anda boleh merujuk kepada banyak perkongsian tentang perancangan dan penyediaan makanan yang merangkumi hidangan seimbang.

Apabila memasak di rumah, anda juga dapat mengawal jumlah garam, gula dan perasa yang digunakan dalam makanan.

Malah, ibu bapa boleh mengambil peluang ini untuk sama-sama mengajar anak memasak hidangan mudah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Badan Fit? Ikuti Rutin & Pemakanan Khairul Aming Di Bulan Ramadan Ini

Sumber gambar: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd