Now Reading
[Video] Butik Siti Khadijah Di IOI City Mall Putrajaya Sediakan Ruang Solat, Boleh Cuba Pakai Telekung SK!

[Video] Butik Siti Khadijah Di IOI City Mall Putrajaya Sediakan Ruang Solat, Boleh Cuba Pakai Telekung SK!

Ruang solat tersebut bukan hanya dikhaskan bagi pelanggan butik, tetapi terbuka kepada sesiapa yang berkunjung ke sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila ke pusat membeli-belah, seorang Muslim pasti perlu menunaikan solatnya di surau atau masjid berdekatan apabila masuknya waktu. Kebanyakan pusat membeli-belah kini ada menyediakan surau untuk digunakan pengunjung beragama Islam.

Namun, kadangkala surau boleh menjadi sedikit sempit terutamanya apabila dibanjiri jemaah dalam satu waktu.


Butik Siti Khadijah IOI City Mall Putrajaya Sediakan Ruang Solat

Satu jenama telekung terkemuka, Siti Khadijah, telah menjalankan inisiatif sendiri bagi membolehkan pengunjung menunaikan solat di cawangannya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@frhdafri) di akaun miliknya.

Menurutnya, ia hanya disediakan oleh butik Siti Khadijah yang terletak di pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya.

Malah, butik tersebut siap menyediakan seterika untuk digunakan oleh pengunjung.


Ruang Solat Terbuka Untuk Sesiapa Sahaja

Difahamkan bahawa inisiatif tersebut bukan hanya khas untuk pelanggan butik berkenaan, tetapi sesiapa yang berkunjung ke pusat membeli-belah boleh ke sana untuk melaksanakan solat.

Tempat solat itu juga bukan hanya untuk wanita ya, lelaki pun boleh! Namun perlulah bergilir memandangkan ruang tersebut tidak diasingkan mengikut jantina.

Dia berkata butik Siti Khadijah menjadi pilihannya setiap kali untuk bersolat ketika di pusat membeli-belah tersebut memandangkan suraunya berada agak jauh di bahagian parkir.

Namun, berdasarkan pengalaman kami, terdapat sebuah lagi surau di tingkat atas berhampiran kedai buku Popular.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Butik Sediakan Telekung Untuk Pengunjung

Menerusi video dimuat naik itu, kelihatan jelas bahawa ruang solat tersebut berada di bahagian hadapan butik dan di tempat yang agak tertutup.

Pengunjung juga boleh menggunakan telekung Siti Khadijah yang disediakan dan tidak perlu membawa kain solat sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohammad Munzir Aminuddin sebelum ini berkata konsep surau tersebut dilakukan supaya menjadi inspirasi kepada setiap orang Islam agar menyediakan ruang solat sendiri untuk keluarga dan tetamu.

Katanya lagi, mungkin butik Siti Khadijah yang pertama kali dalam Malaysia menyediakan inisiatif sedemikian iaitu sejak tahun 2022.


“Good Marketing Also” – Netizen

Menjenguk ke ruangan komen, dia memaklumkan bahawa ruangan solat tersebut tiada tempat mengambil wuduk. Oleh itu, pengunjung yang ingin bersolat di situ bolehlah mengambil wuduk di tandas berhampiran.

Pengunjung juga tidak perlu meminta kebenaran pekerja butik untuk menunaikan solat di sana.

Orang ramai juga memuji tindakan Siti Khadijah yang menjalankan inisiatif tersebut dan melihatnya sebagai strategi pemasaran yang kreatif di samping mengumpul pahala.

https://www.tiktok.com/@frhdafri/video/7371835039572626704

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd