Now Reading
[Video] Ahli Mikrobiologi Perjelas Kenapa Bahaya Minum Susu Belum Dipasteur

[Video] Ahli Mikrobiologi Perjelas Kenapa Bahaya Minum Susu Belum Dipasteur

Susu mentah kemungkinan besar mengandungi bakteria berbahaya seperti Salmonella, Staphylococcus dan E. coli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Susu adalah salah satu produk tenusu yang menjadi pilihan ramai kerana paling murah berbanding produk lain. Ia juga mengandungi banyak khasiat terutamanya kalsium yang penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang.

Bagi mereka yang bekerja atau pernah ke ladang, pasti biasa melihat proses mendapatkan susu segar daripada lembu atau kambing.

Namun begitu, susu ini tidak boleh diminum serta-merta, sebaliknya perlu dimasak atau dipasteur terlebih dahulu.

Sumber gambar: Pexels

Ahli Mikrobiologi Sangkal Dakwaan Susu Dipasteur Sebabkan Wabak Salmonella

Seorang ahli mikrobiologi yang dikenali sebagai Wes telah berkongsi di akaun TikTok miliknya (@microbiologywes) mengenai susu mentah iaitu susu yang baru diperah dan belum dipasteur.

Dia memuat naik video berkenaan sebagai respon kepada seorang wanita yang mendakwa bahawa wabak Salmonella paling teruk berlaku disebabkan oleh susu dipasteur.

Untuk makluman, Salmonella merupakan sejenis bakteria yang berbahaya dan biasa ditemui pada daging mentah dan susu mentah.

Wes yang menghasilkan tesis ijazah sarjana mengenai jangkitan bakteria pada kelenjar susu lembu berkata bahawa wabak Salmonella terbesar di Amerika Syarikat berlaku pada tahun 1994 dan dikaitkan dengan aiskrim.

Namun begitu, aiskrim tersebut dibawa di dalam sebuah tangki (tanker) yang telah membawa produk tidak dipasteur sebelum itu.

Tangki tersebut tidak dicuci dengan betul sehingga menyebabkan sekitar 224,000 individu dijangkiti.


Minum Susu Mentah Boleh Sebabkan Keracunan Makanan & Tuberculosis

Wes berkata meminum susu mentah bukan sahaja kotor tetapi sangat berbahaya. Ini kerana susu mentah kemungkinan besar mengandungi patogen berbahaya seperti Staphylococcus, E. coli, Campylobacter dan Brucella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Malah individu yang minum susu mentah juga berisiko mengalami masalah tuberculosis, iaitu penyakit berjangkit yang kebiasannya memberi kesan ke atas paru-paru.

Proses pempasteuran yang dijalankan dengan betul akan membunuh kesemua bakteria tersebut.

Sumber gambar: Pexels

96% Masalah Kesihatan Berkait Produk Tenusu Akibat Minum Susu Mentah

Menurut Wes, individu yang meminum susu mentah mempunyai lebih 640 kemungkinan menjadi sakit berbanding mengambil susu dipasteur.

Malah, terdapat lebih 45 kebarangkalian dimasukkan ke hospital jika jatuh sakit setelah minum susu mentah.

Tambah Wes lagi, hanya sebanyak 3% penduduk di Amerika Syarikat yang minum susu mentah. Namun begitu, mereka merangkumi 96% daripada jumlah masalah kesihatan yang dikaitkan dengan produk tenusu.

Menurut New York State Department of Health, bakteria di dalam susu mentah boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, sakit peruk, demam, sakit kepala dan sakit badan. Dalam keadaan yang lebih teruk, individu yang minum susu mentah boleh mengalami kelumpuhan, strok, malah kematian.

Di samping itu, dalam satu video lain, Wes berkata tiada sebarang bukti yang mencadangkan susu mentah lebih berkhasiat berbanding susu dipasteur. Kedua-duanya mengandungi nutrien yang sama.

@microbiologywes

I mean she also believes in chem trails so my hopes of changing her mind are basically zero. #microbiologywes #rawmilk #dairy

♬ original sound – Microbiology Wes, MSc

Netizen Kongsi Pengalaman Dijangkiti Bakteria Dari Susu Mentah

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu berkongsi pengalaman mereka berkaitan susu mentah.

Seorang ahli mikrobiologi bagi produk tenusu berkata dia menjalankan ujian ke atas susu mentah bagi mengenal pasti bakteria di dalamnya sebelum dipasteur. Perkara ini menyebabkan dia tidak akan meminum susu mentah sama sekali.

Selain itu, seorang pakar diet di sebuah hospital kanak-kanak berkongsi terdapat begitu ramai kanak-kanak yang jatuh sakit setelah diberi minum susu mentah.

Pengguna TikTok, Kae, yang pernah bekerja di ladang ternakan memaklumkan dia pernah dijangkiti bakteria Campylobacter. Katanya dia tidak pernah meminum susu mentah, tetapi dijangkiti hanya melalui sentuhan.

Terdapat juga seorang individu yang selalu meminum susu mentah sehinggalah dia dijangkiti bakteria sama dan perlu dimasukkan ke hospital.

Malah, seorang wanita pernah mengalami tuberculosis tulang akibat minum susu mentah.


Tidak Boleh Jual Susu Mentah Di Malaysia

Menurut Peraturan 51 di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983, penjualan susu mentah untuk diminum secara terus hendaklah dikenakan perlakuan haba seperti pendidihan dan pempasteuran terlebih dahulu.

Perkara ini boleh dilakukan menerusi empat kaedah iaitu:

  • Kekalkan susu pada suhu tidak kurang 100°C sekurang-kurangnya tiga minit.
  • Kekalkan susu pada suhu tidak kurang 135°C sekurang-kurangnya dua saat.
  • Kaedah Holding.
  • Kaedah Suhu Tinggi Masa Singkat.

Penjual yang tidak mematuhi peraturan di atas telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd