Now Reading
BDS Malaysia Jelas KFC Tidak Pernah Masuk Dalam Senarai Boikot

BDS Malaysia Jelas KFC Tidak Pernah Masuk Dalam Senarai Boikot

Menurut Pengerusi BDS Malaysia, KFC sebenarnya diboikot bukan kerana isu Palestin tetapi terdapat pelanggan yang merungut dengan harga produknya yang semakin mahal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain bersuara secara lantang di platform media sosial, antara langkah terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan individu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin adalah melalui tindakan boikot.

Tindakan ini bukan sahaja melibatkan artis atau pempengaruh ternama yang dipercayai bekerja dengan jenama pro-Israel malah orang ramai turut menyeru agar menghentikan pembelian jenama produk makanan yang didakwa mempunyai kaitan atau menyokong rejim Zionis.

Antara jenama terkenal yang terkesan adalah seperti Starbucks, McDonald’s (McD), Pizza Hut, Subway serta Kentucky Fried Chicken (KFC).

BDS Jelas KFC Tidak Pernah Masuk Dalam Senarai

Terbaharu, kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia mendedahkan KFC tidak pernah masuk dalam senarai jenama boikot yang dikeluarkan oleh mereka.

Menurut Pengerusi BDS Malaysia Prof Nazari Ismail, BDS tidak pernah berkempen kepada rakyat Malaysia untuk memboikot jenama itu sejak dari dahulu hingga sekarang.

Jelasnya, McDonald’s juga tidak termasuk dalam senarai namun ia terpaksa disenaraikan kerana tindakan McD cawangan Israel yang memberi makanan percuma kepada tentera Israel.

Berbeza dengan McD, KFC tidak pernah membuat tindakan yang sama. Oleh sebab itu BDS tidak pernah menyenaraikan KFC dalam senarai jenama yang perlu diboikot.

KFC Diboikot Rakyat Malaysia Kerana Makin Mahal

Kata Nazari lagi, KFC sebenarnya diboikot bukan kerana isu Palestin tetapi terdapat pelanggan yang merungut dengan harga produknya yang semakin mahal.

Malah, menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi BDS Malaysia itu, Nazari turut menunjukkan sedutan laporan Malay Mail sebagai bukti bahawa produk makanan itu semakin mahal.

“Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot,” kata Nazari.

Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC: Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia. Kami TIDAK…

Posted by BDS Malaysia on Saturday 25 May 2024

Terdahulu, sekitar penghujung April 2024, kecoh di media mengenai laporan 100 cawangan KFC terpilih ditutup sementara yang didakwa akibat kesan daripada boikot rakyat Malaysia. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pemegang francais KFC Malaysia QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Jelas syarikat berkenaan, tindakan menutup 100 cawangan itu adalah merupakan salah satu cara syarikat itu menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat dan mahu menumpukan kepada kawasan perniagaan yang lebih baik.

Baca Artikel Berkaitan: BDS Antarabangsa Gesa Boikot McDonald’s Kerana ‘Buli’ BDS Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Saman Dari McDonald’s Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd