Now Reading
[Video] Ustaz Azhar Idrus Terpanggil Ulas Isu Hukum Kebumi Jenazah Jauh Dari Kubur Lain. Ini Penjelasan Sebenar

[Video] Ustaz Azhar Idrus Terpanggil Ulas Isu Hukum Kebumi Jenazah Jauh Dari Kubur Lain. Ini Penjelasan Sebenar

Menurut Ustaz Azhar Idrus, perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya dengan niat hanya untuk mengaibkan jenazah semata-mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila kebanyakan orang mempersoal kenapa jenazah suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor dikebumikan jauh daripada kubur yang lain.

Fatwa Negeri Johor membuat keputusan menjarakkan kubur suspek itu untuk memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan atau terbabit dengan mana-mana aktiviti yang dilakukan oleh suspek.

Keputusan itu diberikan selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Baca Artikel Berkaitan: “Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Kebumi jenazah secara berjauhan perlu dilihat pada ijtihad

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menyatakan perkara tersebut perlu dilihat kepada ijtihad mengenai tujuan ia dilakukan.

“Jika diingat ada maslahah pada fatwanya, maka sah fatwa tersebut,” kata Ustaz Azhar yang turut mesra disapa UAI.

Kitab-kitab Feqah ada jelaskan tentang fatwa kubur orang bunuh diri perlu dijarakkan

Menurutnya, di dalam kitab-kitab Fiqah juga ada menjelaskan mengenai fatwa tentang kubur orang yang bunuh diri dijarakkan daripada liang lahad lain.

“Benda ini biasa, tapi kita netizen kita jahil, kita bila dengar rasa pelik. Jadi bila kita mengaji benda itu dah tak pelik.

“Saya tak pelik pun dengar, sebab itu semua ijtihad,” katanya lagi.

Tak boleh dilakukan jika niat untuk mengaibkan jenazah

Bagaimanapun, UAI berkata perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya dengan niat hanya untuk mengaibkan jenazah semata-mata.

Menurutnya lagi, Nabi Muhammad SAW juga tidak ingin menyolatkan jenazah yang mempunyai hutang, namun membenarkan sahabat-sahabat lain untuk menyembahyangkan mayat itu.

“Kerana apa? Supaya orang-orang yang masih hidup rasa insaf jangan buat perangai macam jenazah ini,” ujar UAI.

UAI menjelaskan tentang perkara itu selepas diajukan soalan oleh seorang lelaki mengenai perkara itu semasa majlis kuliyah maghrib dan sesi soal jawab agama di sebuah masjid pada baru-baru ini.

Sekadar info, ijtihad bermaksud usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan keadah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam).

Terdahulu, negara digemparkan dengan insiden Balai Polis di Ulu Tiram yang diserang oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan dua anggota polis meninggal dunia dan seorang cedera parah.

Dua anggota yang meninggal dunia tersebut dipercayai telah ditembak dan ditetak oleh suspek.

Suspek yang memakai topeng serta baju hitam dan lengkap berparang bagaimanapun berjaya ditumpaskan serta maut di tempat kejadian.

Baca Artikel Berkaitan: KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Baca Artikel Berkaitan: Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd