Now Reading
“Percakapan Sendiri Hingga Ada Individu Terasa Hati” – Ustaz Kazim Dedah Punca Diri Jadi Mangsa Sihir

“Percakapan Sendiri Hingga Ada Individu Terasa Hati” – Ustaz Kazim Dedah Punca Diri Jadi Mangsa Sihir

Menurut Ustaz Kazim, dia mengetahui punca sebenar setelah individu yang menghantar sihir tersebut datang memohon maaf dan mengaku sendiri kepadanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sihir merupakan antara ilmu hitam yang biasa di dengar dalam kehidupan seharian.

Ia merupakan salah satu cara yang digunakan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab untuk membalas dendam kepada orang yang dikehendakinya.

Lazimnya, perbuatan ini dilakukan berpunca akibat perasaan tidak puas hati atau terasa dengan seseorang hingga mereka mengambil cara sebegini untuk melihat mangsa menderita.

Apabila menyebut tentang sihir, pendakwah dan penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim merupakan antara mangsa perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Sihir Berpunca Daripada Percakapan Sendiri Hingga Buat Orang Terasa

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim mendedahkan beliau menjadi mangsa sihir lebih 25 tahun yang lalu berpunca daripada percakapannya sendiri yang menyebabkan ada individu terasa hati.

Menurut beliau, dia mengetahui punca sebenar setelah individu yang menghantar sihir tersebut datang memohon maaf dan mengaku sendiri kepadanya.

“Kali pertama saya kena sihir pada 1997, yang berpunca daripada percakapan saya sendiri. Ketika itu, saya masih muda, mungkin jadi penceramah yang garang sebab terlalu bersemangat dan lantang apabila berkata-kata.

“Saya tak sangka juga mungkin ada yang saya terlepas cakap ketika itu sehingga buat dia (individu berkenaan) marah. Jadi, apabila dapat tahu orang itu, saya tanya kepadanya mengapa bertindak sampai menyihir saya? Dia (orang itu) cakap, terasa hati dengan apa saya kata ketika hadir dalam ceramah saya.

“Tapi, saya tak tahu langsung perkara itu sebab apa yang saya cakap dalam ceramah ketika itu adalah secara umum saja. Tak tuju pada sesiapa pun, tapi dia (orang itu) dah terasa hati. Saya juga tidak kenal peribadinya,” kata beliau yang dipetik daripada Harian Metro.

Pengalaman Mengajar, Lebih Berhati-Hati Dalam Percakapan

Jelas penceramah itu lagi, pengalaman sebegitu sememangnya mengajar beliau untuk lebih berhati-hati dalam percakapan terutama ketika memberi ceramah termasuk memberi komen mengenai isu-isu yang timbul.

“Selain pantang dalam penjagaan makanan harian saya, pada masa sama, saya juga perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang lain terasa hati. Sekarang, saya ambil keputusan sangat berhati-hati.

“Malah, kesan daripada santau dialami itu, saya perlu jaga makan yang sampai sekarang tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau saya termakan juga, mesti badan akan jadi sakit dan perut saya pedih,” kata beliau.

Mohon Pendakwah & Penceramah Muda Berhati-Hati

Pada masa yang sama, beliau turut menitipkan pesanan buat penceramah atau pendakwah muda pada masa kini agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam berkata-kata ketika memberi ceramah.

“Saya mohon kepada penceramah dan pendakwah muda baharu yang aktif berceramah kepada masyarakat agar berhati-hati dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah kerana kita tidak tahu ia mampu membuatkan orang lain terasa hati.

“Pada kita, mungkin apa yang diperkatakan atau disampaikan itu untuk kebaikan, namun kita tidak tahu ia mungkin kurang baik didengar oleh orang lain dan menyebabkan hingga terasa hati. Jadi, berhati-hatilah ketika bercakap,” ujar beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Terpaksa Tutup Muka Guna Kain & Topi, Ustaz Kazim Tetap Semangat Beri Ceramah Agama

Baca Artikel Berkaitan: Wajah Ustaz Kazim Elias Berubah 70% Dari Asal Lepas Terkena Penyakit Ain


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd