Now Reading
“Selfie Ganggu Tumpuan Jemaah” – Terpesong Niat Semasa Tawaf Boleh Sebabkan Ibadah Itu Terbatal

“Selfie Ganggu Tumpuan Jemaah” – Terpesong Niat Semasa Tawaf Boleh Sebabkan Ibadah Itu Terbatal

Pengurus bimbingan Mekah Shahrin Awaludin berpendapat penggunaan media sosial yang meluas sebagai satu cabaran dalam kalangan jemaah haji.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, terdapat pelbagai platform media sosial yang menjadi pilihan orang ramai untuk berkongsi tentang kisah kehidupan mereka menerusi catatan, foto dan video.

Media sosial juga menjadi platform perkongsian maklumat yang dapat diakses oleh pengguna di hujung jari.

Namun begitu, terkadang penggunaan media sosial boleh menjadi sesuatu yang ‘menagihkan’ sehingga boleh mengganggu pelaksanaan ibadah.


Media Sosial Cabaran Buat Jemaah Haji

Menurut pengurus bimbingan Mekah Shahrin Awaludin, penggunaan media sosial, terutamanya platform TikTok, dilihat menjadi cabaran dalam kalangan jemaah haji.

Malah, pihak Lembaga Tabung Haji turut berdepan cabaran bagi meminimumkan penggunaannya dalam kalangan jemaah ketika menunaikan haji.

Shahrin juga mengemukakan kerisauan bahawa penggunaan media sosial akan memberi impak terhadap keberkesanan kursus haji yang dilaksanakan pihak Tabung Haji.

Sumber gambar: Pexels

Tawaf Tak Sah Jika Niat Berubah

Selain itu, tumpuan jemaah dalam melakukan ibadah juga boleh terganggu akibat penggunaan media sosial yang berlebihan. Oleh itu, pasukan bimbingan Tabung Haji akan sentiasa menggalakkan pengurangan gangguan media sosial.

Antara cabaran pasukan bimbingan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan kursus dan juga untuk meminimumkan gangguan media sosial yang mengganggu tumpuan jemaah untuk beribadah.

Pengurus bimbingan Mekah, Shahrin Awaludin.

Kata Shahrin lagi, ibadah tawaf yang dijalankan ketika haji akan menjadi tidak sah jika jemaah mempunyai niat lain (terpesong niat) selain untuk melaksanakan rukun itu. Selain itu, melakukan ‘selfie’ akan menyebabkan jemaah gagal memberi tumpuan ketika melakukan ibadah tersebut.

Kita selalu beritahu dalam kursus bahawa haji ini adalah ibadah yang perlukan fokus, kalau berubah niat dalam tawaf pun tidak sah.

Pengurus bimbingan Mekah, Shahrin Awaludin.
@tabunghaji INFO HAJI : Jemaah haji perlu fokus ibadat haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.Insha-Allah. #tabunghaji #haji1445h #malaysiamadani #alfalah ♬ original sound – Tabung Haji

E-Taib Permudahkan Urusan Menjawab Soalan Jemaah

Di samping itu, Shahrin turut menjelaskan bahawa sistem E-taib (talian ibadat) dalam aplikasi THhujjaj telah menjawab sejumlah 8,115 soalan kemusykilan.

Shahrin berkata perkara ini membantu jemaah kerana soalan boleh dihantar terus menerusi WhatsApp kepada pembimbing.

Jemaah boleh teks WhatsApp kepada pembimbing apa juga soalan berkaitan ibadah. Ini banyak membantu jemaah untuk tidak lagi beratur panjang ketika berjumpa dengan guru agama.

Pengurus bimbingan Mekah, Shahrin Awaludin.

Menurutnya, kebanyakan persoalan yang sering dibangkitkan adalah berkenaan wanita dan larangan ketika dalam ihram.

Malah, soalan-soalan tersebut dikumpul dan dianalisis agar penyampaian kursus ibadah dapat ditambah baik.

Sumber gambar: Pexels

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tawaf

Seperti yang disebut oleh Shahrin, tawaf akan terbatal jika niatnya terpesong atau lalai. Ini termasuk perkara seperti mencari rakan atau ahli keluarga sewaktu bertawaf, apatah lagi jika menggunakan media sosial dalam masa sama.

Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang akan menyebabkan tawaf terbatal iaitu:

  1. Wuduk terbatal
  2. Mendedahkan aurat dengan sengaja
  3. Menyentuh Kaabah, kainnya atau Syazarwan (binaan tembok kecil di kaki Kaabah)
  4. Menyentuh atau memasuki Hijir Ismail yang terletak di utara Kaabah
  5. Tidak yakin tujuh pusingan tawaf. Jika was-was, perlu mengambil bilangan terkecil pusingan.
  6. Tidak cukup tujuh pusingan, tetapi terus melakukan sa’ie dan bergunting

Bagi perbuatan menyentuh Kaabah dan sewaktu dengannya sambil bertawaf, pendakwah bebas Dr Syed Shahridzan Ben-Agil berkata tawaf tidaklah batal secara mutlak.

Jemaah masih boleh menyambung semula tawaf dengan kembali semula ke tempat Kaabah mula-mula disentuh. Kemudian, berdiri tetap dan tegak, menghadapkan bahagian kiri tubuh (bahu) ke arah Kaabah dan menyambung tawafnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd