[Video] Jangan Urut Leher Terlalu Kuat, Boleh Sebabkan Strok
Menurut perawat tradisional bertauliah itu, strok boleh terjadi apabila pembuluh darah di bahagian leher pecah sekaligus menyebabkan darah beku dihantar ke otak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebanyakan orang pasti suka berurut bukan? Lebih-lebih lagi bila urat-urat badan terasa sakit. Mesti badan rasa segar semula selepas diurut.
Kini, terdapat pelbagai pilihan untuk berurut seperti menggunakan ‘massage chair’, pergi ke spa atau memanggil tukang urut datang ke rumah.
Walaupun sesetengah orang suka diurut dengan kuat, namun anda harus ingat bahawa tekanan yang terlalu kuat pada urat boleh menyebabkan bahaya.
Risiko Strok Jika Leher Diurut Terlalu Kuat
Menurut seorang perawat tradisional bertauliah di bawah TCM-KKM, bahagian leher tidak sepatutnya diurut dengan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan risiko strok.
Dia yang juga dikenali sebagai Cikgu Urut di TikTok, mengingatkan orang ramai agar menegur tukang urut yang mengurut di bahagian leher dengan sangat kuat.
Menurut lelaki itu lagi, mengurut dengan kuat di leher boleh mencederakan saraf atau urat, terutamanya buat mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Pembuluh Darah Pecah Elak Penghantaran Oksigen Ke Otak
Di samping itu, Cikgu menerangkan bahawa strok atau lumpuh boleh terjadi apabila pembuluh darah di leher pecah akibat tekanan yang kuat.
Dia turut menunjukkan titik urut yang tidak seharusnya diurut dengan terlalu kuat iaitu di bahagian bawah tengkorak yang bersambung dengan leher. Katanya, titik tersebut merupakan tempat di mana oksigen dihantar kepada otak.

Katanya, dalam keadaan pembuluh darah pecah, darah beku boleh dihantar ke otak dan serta-merta menyebabkan masalah strok dan lumpuh.
@cikguurut Jangan urut dekat leher terlalu kuat. Berisiko stroke. #cikguurut #urutan #petua #stroke
♬ original sound – Cikgu Urut – Cikgu Urut
Urutan Untuk Kurangkan Sakit Leher
Jadi, apa perlu buat jika leher sikit? Tidak salah untuk berurut, tetapi pastikan tidak terlalu kuat. Dalam satu hantaran lain, Cikgu Urut berkongsi kaedah urutan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit leher.
Pastikan untuk sapu minyak terlebih dahulu agar kulit tidak terasa kesat apabila diurut.
Pertama, dengan menggunakan tangan kanan, tekan dari bahagian belakang telinga kiri ke tengah leher. Lakukan perkara tersebut 20 kali di satu belah sebelum diulang di sebelah lagi.

Seterusnya, kuncikan kedua-dua tangan bersama dengan ibu jari menghadap ke bawah. Letak ibu jari ke bahagian belakang telinga dan urut ke bawah di tepi leher. Lakukan sebanyak 20 kali.

Kemudian, urut pula di kawasan bahu dengan gerakan menarik ke bawah.
Bahagian kepala juga boleh diurut. Gunakan sendi pada jari telunjuk untuk urut dari tengah dahi ke tepi. Jika nak letakkan minyak, jangan pula gunakan minyak panas ya.

Kemudian, tekan di bahagian atas alis mata menggunakan dua jari seolah-olah seperti mencubit.

Akhirnya, jika anda menggunakan calming oil, sapu di kedua-dua belah tangan dan hidu minyak tersebut. Pasti anda akan berasa lebih segar dan tenang setelah itu.
@cikguurut Replying to @fi_artwork DIY urutan sakit kepala dan sakit leher. Follow @AMJ Store @ZACK KINRARA #cikguurut #urutan #petua #urutantradisional #migraine
♬ original sound – Cikgu Urut – Cikgu Urut
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.