Now Reading
[Video] Eksperimen Sosial: Adakah Anda Akan Tegur Wanita Yang ‘Bocor’ Darah Haid Pada Pakaian?

[Video] Eksperimen Sosial: Adakah Anda Akan Tegur Wanita Yang ‘Bocor’ Darah Haid Pada Pakaian?

Satu eksperimen sosial telahpun dilakukan oleh sebuah syarikat produk haid, Hello Qween di sekitar pusat membeli-belah Plaza Sungei Wang dan Pavilion Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haid adalah proses tubuh badan yang biasa berlaku pada seorang wanita. Bagi sesetengah wanita, kedatangan haid merupakan waktu yang mencabar kerana menyebabkan sakit senggugut dan perubahan mood.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kerisauan kebocoran haid, terutamanya apabila berada di tempat awam.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Senggugut Atau ‘Period Pain’ Yang Teruk Ketika Haid Merupakan Perkara Biasa?

Jika anda ternampak seorang wanita mengalami kebocoran haid, apa yang akan anda lakukan? Inilah yang ‘dikaji’ oleh satu syarikat produk haid, Hello Qween, baru-baru ini.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: Unsplash)

Eksperimen Sosial Dijalankan Di Pusat Bandaraya

Menerusi satu eksperimen sosial yang dijalankan dari pusat membeli belah Plaza Sungei Wang ke Pavilion Kuala Lumpur, syarikat tersebut melihat sama ada orang ramai akan menegur wanita yang telah bocor darah haid sehingga mengotorkan pakaiannya.

Rakaman eksperimen sosial tersebut telah dimuat naik di TikTok @helloqween.my. Menerusi video, kelihatan kesan darah haid pada baju putih yang dipakai oleh seorang wanita.

Dapat dilihat bahawa beberapa individu terus menegur wanita berkenaan sebaik sahaja ternampak kesan bocor pada bajunya.

Ada yang sehingga mengejar wanita berkenaan untuk memaklumkan perkara itu kepadanya. Malah ada juga wanita yang sanggup berjalan di belakangnya bagi mengelakkan kesan darah daripada dilihat orang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang hanya melihat tanpa memaklumkan kepada wanita berkenaan.


Hanya Wanita Tegur Bocor Pada Baju

Pada akhir video, dia berkata bahawa ramai yang telah memberitahunya bahawa terdapat kesan darah haid pada pakaiannya dan kesemua mereka adalah kaum hawa.

Malah individu yang menegurnya tidak kira bangsa, termasuk warga asing. Terdapat juga wanita lain yang ingin mengiringinya sehingga ke tandas.

Katanya, dia mendengar orang di sekeliling berbisik sesama mereka tentang kebocoran pada pakaiannya. Namun begitu, kedengaran juga suara individu lelaki yang mengejeknya.

@helloqween.my Rakyat Malaysia masih prihatin ke kalau nampak ada wanita bocor di tempat awam? Jom kita tengok!! 🥰😍❤️ #helloqween #helloqweenhq #helloqweenteam #professional #may2024 #periodtok❤️ #kongsijer #kongsitips #feminineenergy #intimatecare ♬ original sound – Hello Qween

Lelaki Kongsi Pengalaman Menegur Darah Haid Bocor

Menjenguk ke ruangan komen, terdapat beberapa pengguna TikTok lelaki yang berkongsi pengalaman mereka menegur wanita yang mengalami darah haid bocor.

Ada juga yang memaklumkan kepada wanita lain agar menegur individu lain yang bocor. Seorang lelaki berkata, kadangkala mereka bukan sengaja tidak mahu menegur, tetapi risau disalah anggap dan dimarahi oleh wanita.

Sumber: @helloqween.my/ X

Di samping itu, beberapa wanita berkongsi mereka pernah ditegur akibat terdapat kesan bocor darah haid pada pakaian. Malah, seorang wanita berkata terdapat lelaki yang meminjamkan jaket untuk menutup kesan darah haid pada seluarnya.

Namun begitu, terdapat juga wanita yang berkata mereka langsung tidak ditegur walaupun penuh kesan darah haid pada bajunya.

Sumber: @helloqween.my/ X

Tiada Yang Tegur Ketika Di Sungei Wang

Dalam satu video lain yang dimuatnaik pihak Hello Qween, wanita berkenaan menerangkan bahawa ketika dia masih bersekolah, tiada sesiapa pun yang akan menegurnya apabila bocor darah haid.

Sebaliknya orang sekeliling hanya memerli, mengejek dan mentertawakannya sehingga dia sendiri terperasan akan keadaan itu. Katanya, eksperimen sosial itu dijalankan untuk melihat jika masyarakat masa kini lebih terbuka untuk menegur wanita yang mengalami masalah itu.

Dia menerangkan ketika berada di Plaza Sungei Wang, tidak ada seorang pun yang menegur tetapi hanya mengejek dan mentertawakannya. Apabila dia hendak melintas ke Pavilion Kuala Lumpur, barulah terdapat individu yang memaklumkan bahawa darah haidnya telah bocor.

Dia mempersoalkan mengapa hanya individu di pusat membeli-belah ‘T20’ yang menegurnya, tetapi tidak di kawasan ‘B40’ dan ‘M40’.

Dia juga mengingatkan agar orang ramai memberitahu wanita yang mengalami darah haid bocor tidak kira usia. Para wanita pasti akan menghargai sesiapa yang memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

@helloqween.my Replying to @Irfan Afifi 🕶️ we need more people like encik irfan. #helloqween #periodtalk #socialexperiment ♬ original sound – Hello Qween

Baca Artikel Berkaitan: Raih 2.5 Juta Tontonan, Video Wanita OKU Buta Penglihatan Dedah Cara Urus Haid Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Ada Solat Yang Perlu Diqada Setelah Habis Haid?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd